Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

03 Jun 2007

KONSEP KEPIMPINAN DALAM PARTI ISLAM SE MALAYSIA

Oleh ALLAH YARHAM DATO' HAJI FADZIL MOHD NOOR


Menurut Islam, kepimpinan atau imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua
tanggungjawab yang besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah
dunia.

Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan
syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi,
keluarga, masyarakat an negara bahkan dunia seluruhnya.

Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran,
pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan,
pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai
agama dan prinsip-prinsip syariat.

Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan
ummah.

Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan
yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh
dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah
kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya,
kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada
umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT.

"Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan
sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma'ruf dan
mereka mencegah dari berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat
dari segala urusan" (al Hajj : 41)

Antara syarat-syarat kepimpinan dalam Islam ialah

i) Seorang yang berilmu

ii) Memahami hukum-hukum ke tahap yang dapat berijtihad dalam menangani
isu-isu yang berlaku

iii) Seorang yang adil dalam pengertian dan syarat-syarat keadilan

iv) Mempunyai kepintaran di dalam menjalani siasah syariah dan
pentadbiran

v) Mempunyai keberanian di dalam mempertahankan hak-hak dalam kebenaran
Islam

vi) Mampu menghadapi tentangan musuh selain dari mempunyai pengaruh yang
besar yang dilambangkan di dalam pengertian ianya hendaklah seorang yang
berketurunan Quraish.

Syarat-syarat yang penuh seperti ini tentulah sukar ditemui di dalam setiap
generasi kepimpinan tetapi ianya dapat dipenuhi di zaman kepimpinan para
sahabat Nabi Muhamad SAW dan juga dalam beberapa khalifah yang kemudian
selain dari kepimpinan Rasulullah SAW sendiri yang merupakan kemuncak
kepimpinan kemanusiaan yang sempurna.

Kepimpinan Islam bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syariat, meletakkan
manusia dalam suasana pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT dalam semua
bidang samada aqidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, pemerintahan,
pembangunan dan perundangan dan sebagainya.

Maksudnya "Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
memperhambakan diri kepadaKu". (ad-Dzariyyat : 56)

Membebaskan mereka dari segala ikatan pengabdian kepada yang lain dari Allah
SWT, melaksanakan kebaikan di tengah-tengah masyarakat serta mencegah segala
bentuk kemungkaran.

Jika kita mendalami matlamat dari risalah agama yang sebenarnya, akan kita
dapati antara matlamatnya ialah untuk membentuk suatu system kepimpinan yang
soleh dan mempunyai pengarahan menuju kebenaran dan hidayah iaitu kepimpinan
yang dapat memandu manusia bagi menghayati konsep pengabdian dan ketaatan
yang padu kepada Allah SWT dan perintah-perintahNya.

Kepimpinan yang dapat menegakkan keadilan dan membasmi kemungkaran serta
kefasadan dari muka bumi. Antara hikmah dan tujuan kebangkitan para Nabi dan
Rasul-rasul adalah untuk melaksanakan peranan tersebut.

Peranan kepimpinan untuk membawa manusia ke jalan hidayah dan pengabdian
kepada Allah diteruskan oleh para ulama' selepas wafatnya nabi-nabi dan
rasul-rasul. Kerana Ulama' adalah pewaris dan penanggung amanah mereka.

Dalam sejarah Islam kita dapat melihat mereka yang memegang kepimpinan umat
dan negara umumnya terdiri daripada ulama'.

Khalifah-khalifah Al Rashidin RA adalah ulama-ulama yang agung, mereka
sebagai bintang-bintang yang menyinari alam ini. Begitu juga sebahagian
daripada mereka yang kemudian.

Meskipun ada di antara yang kemudian itu bukan terdiri dari ulama' yang
tinggi kewibawaan tetapi mereka sentiasa mendampingi ulama' dan di satu
pihak yang lain pula para ulama' sentiasa memberi nasihat, teguran dan
kritikan yang sungguh berani dan tegas.

Selepas kejatuhan khalifah Islam yang terakhir di Turki dan syariah Islam
digugurkan, diganti dengan undang-undang sekular dari barat, wilayah-wilayah
Islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajahan.

Sebelum dan selepas kejatuhan khalifah, pimpinan umat Islam dipegang oleh
golongan sekular yang tidak lagi menghirau syariat apatah lagi pandangan
ulama'.

Menyedari tentang kewajipan melaksanakan dakwah, syariat serta mengembalikan
khalifah yang telah kehilangan kuasa itu maka para ulama' telah mempelopori
pembentukan jamaah harakiah, gerakan-gerakan Islam dan menyeru umat supaya
menyertai jemaah memperjuangkan kembali kesatuan umat, menghayati dan
melaksanakan syariat serta membebaskan diri dari segala bentuk penjajahan
dan penindasan sama ada dalam politik ataupun pemikiran.

Gerakan-gerakan Islam yang lahir di Turki, Mesir dan wilayah-wilayah Arab
yang lain, Iran, India, Indonesia dan Malaysia dipelopori oleh para ulama'.
Gerakan yang dipelopori mereka mendapat dukungan dari kalangan umat yang
masih setia dan cinta kepada Islam dan syariahnya.

PENGHAYATAN KONSEP KEPIMPINAN ULAMA' DALAM PAS

Penubuhan Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951 yang
kemudian dikenali dengan Parti Islam SeMalaysia adalah dipelopori oleh ulama'
dan mereka yang mendapat pendidikan agama kerana mereka merupakan golongan
yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajahan.

Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS
diseluruh tanah air.

Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka
sebagai pemimpin meskipun di dalam Perlembagaan PAS yang awal tidak
menyebutkan tentang syarat-syarat kepimpinan.

Tetapi sudah menjadi suatu yang difahami, ulama'lah yang dianggap lebih
berwibawa untuk memimpin sesebuah gerakan Islam termasuk PAS.

Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kepada suatu keadaan di mana
sebahagian ahli-ahli PAS merasakan seolah-olah ulama' tidak diberi peranan
utama di dalam PAS.

Mereka mendesak supaya satu perubahan yang lebih tegas dibuat bagi
membolehkan ulama' itu memimpin. Suatu pindaan kepada Perlembagaan PAS telah
dibuat dengan penubuhan suatu majlis yang dikenali dengan Majlis Syura Ulama
seperti yang tersebut di dalma Fasal 7 (3) (4) Perlembagaan PAS Pindaan
1993, menyebutkan:

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam ceraian (2) di atas dan
badan-badan yang diberi kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana
peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak
yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS
seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah
ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama' dan diberi
kepadanya kuasa-kuasanya berikut:

a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan
di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan
tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi
dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi
serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam
perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli
jawsatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 75
perlembagaan ini.

Ahli-ahli Majlis Syura Ulama' hendaklah terdiri dari 15 orang dan tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan berikut:

Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulama' itu
hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al Usul) dalam
syariat Islam dan hukum-hukum atau dan dapat merujuk masalah-masalah itu
kepada Al-Quran, Al Sunnah Ijmak dan Qisas dengan faham akan maksud dan
maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakin tidak melakukan
dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah seorang
ahli PAS.

Fasal tersebut telah memberi penegasan tentang peranan penting yang mesti
dilaksanakan oleh para ulama' di dalam PAS serta sifat-sifat ulama' yang
layak memduduki Majlis Syura tersebut.

Bagi kita ulama' bukanlah dilihat dari segi pakaina lahirnya tetapi yang
kita maksudkan ulama' ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya
dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak
dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat
pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi
mereka juga mumgkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan
melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu
keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di
dunia sekarang ini.

Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang
awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri
memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai
pemimpin.

Kita telah memberi penekanan terhadap cirri-ciri yang perlu dimiliki ulama'
di dalam melayakkan mereka menerajui kepimpinan PAS di dalam dekad-dekad
yang akan datang sesuai dengan cabaran-cabaran yang semakin sofistikated.

Kita telah menyatakan suasana dan permasalahan yang sedang kita alami ini
memerlukan kepimpinan ulama' berijtihad di dalam pelbagai isu yang sedang
mendesak ini.

Kepimpinan Islam perlulah memiliki ciri-ciri khas iaitu kepimpinannya adalah
kombinasi dari pelbagai unsur terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh
kepimpinan

Rasulullah SAW dan para sahabat RA iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia
mestilah sensitif dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu
merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan tolenrasi
dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan
ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan.

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata