Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

30 September 2007

Poster Pilihanraya

Beberapa poster menarik untuk disebarkan.
 
Klik pada http://groups.google.com/group/jqafkent/web/poster-pilihanraya
- atau salin & tampal ia ke bar alamat penyemak imbas anda jika tidak
menjadi.

05 September 2007

Ramadhan Karim

Ramadhan Karim Wa Antum Bi Khair...

MENYAMBUT RAMADHAN
Sama ada kita sedar ataupun tidak, setiap detik dan saat akan tetap berlalu meninggalkan kita. Setiap detik dan ketika akan menjadikan kita semakin tua di mana hari ini lebih tua dari semalam dan keadaan ini akan berterusan tanpa mempersoalkan sama ada kita bersedia ataupun tidak. Begitu juga dengan perjalanan masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Di mana sekarang ini kita telah berada di penghujung bulan Syaaban dan bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan dirindui oleh setiap individu Muslim kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai keistimewaannya dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah SWT.

Pada bulan Ramadhan kita dituntut untuk menyempurnakan salah satu rukun Islam iaitu ibadat puasa. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 183 : Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ibadat puasa mempunyai rahsia dan hikmat di sebalik tuntutan kefarduannya, akan tetapi ianya hanyalah dapat diketahui oleh mereka yang benar-benar menghayati konsep dan tujuan sebenar ibadat puasa tersebut. Adapun di antara tujuan ibadat puasa itu difardukan ialah untuk melahirkan seorang mukmin yang bertaqwa. Taqwa dalam erti kata di sini ialah seseorang yang berpuasa itu takut daripada melakukan maksiat kerana wajib ke atasnya meninggalkan segala runtunan hawa nafsu dan perkara-perkara yang boleh mencacatkan ibadat puasa seperti mengumpat, berkhalwat dan lain-lain lagi, apatah lagi perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadat puasa seperti makan minum, melakukan persetubuhan di siang hari di bulan Ramadan dan sebagainya. Kerana nafsu membawa kepada keburukan, menggalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang mungkar dan ketahuilah sebaik-baik benteng ialah dengan berpuasa seperti mana sabda Rasulullah SAW hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA maksudnya : " puasa itu adalah perisai ( benteng pertahanan ) , ( apabila seorang itu berpuasa ) maka janganlah ia mengeluarkan perkataan keji dan jangan pula ia buat-buat tidak tahu. Sekiranya ada orang yang hendak menyakit hatinya dengan bergaduh atau memaki hamunnya maka hendaklah ia ucapkan sesungguhnya aku ini berpuasa sebanyak dua kali"

Dikalangan kita ada berbagai-bagai perasaan orang menyambut puasa ramadhan ada yang merasa tidak selesa dan mengeluh dengan tibanya ramadhan.seolah-olah ia merasakan bulan ramadhan itu satu beban dan penjara baginya. Ada pula orang yang menyambut ramadhan dengan perasaan biasa sahaja, sama seperti bulan-bulan lain tidak ada bezanya. Ada pula yang merasa seronok dengan kedatang bulan ramadhan bukan kerana ibadah dan ganjaran pahala yang ada didalamnya tetapi kerana hendak menyambut hari raya dan persiapannya yang lebih diberi tumpuannya serta keseronokkan berniaga dan membeli belah. Golongan-golongan ini amalan puasa mereka sebagaimana yang dinayatkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dari Abi Hurairah RA sabdanya bermaksud: "boleh jadi ramai orang berpuasa sedangkan ganjaran puasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja, dan boleh jadi berapa ramai orang yang bersolat malam ( bertarawih ) habuan dari solat sunat qiamnya itu hanya sekadar berjaga malan sahaja" ( hadis hasan sahih )

Ada diantara kita yang benar-benar ikhlas dalam menyambut ramadhan dengan perasaan penuh keriduan kepada ganjaran pahala dan keampunan daripada Allah SWT. Kesibukan masanya dalam bulan ramadhan hanya dipenuhi dengan amalan ibadah kepada Allah semata-mata. Tiada lain yang difikiran hanya tumpuannya semoga puasanya diterima oleh Allah SWT dan memcapai matlamat puasa iaitu menjadi orang yang bertakwa serta semoga ia keluar dari bulan ramadhan berkeadaan orang yang diampuni dosanya dan terlepas daripada azab neraka. Mereka inilah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA sabdanya bermaksud: "sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan dengan penuh harapan balasan pahala maka diampuni baginya segala dosa yang telah lepas".

Kalau kita perhatikan pula pada keadaan umat Islam, maka kita akan mendapati beraneka ragaman cara di kalangan umat Islam saat menyambut bulan ramadhan. Di antara mereka ada yang menyambutnya dengan berpesta dan berhiburan dalam bulan ramadhan Ada yang menyambutnya dengan memenuhi masanya menonton film-film, samada melalui TV atau pun VCD tanpa mempedulikan amal ibadah. Di antara mereka pun ada yang menyambutnya dengan mengadakan berbagai acara peraduan Ramadhan yang kurang nilai pendidikan serta bercanggah dengan hukum syara atau acara-acara lainnya yang melalaikan orang dari mengingati Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Munafiqun ayat 9 :Maksudnya: dan hendaklah kamu membawa bekalan dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah takwa dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

01 September 2007

Keputusan Peperiksaan J-qaf 2006 - jqafkent | Kumpulan Google

Keputusan Peperiksaan J-qaf 2006 - jqafkent Kumpulan Google

Selamat Hari Merdeka ke 50

Selamat menyambut ulang tahun ke-50 alaysia merdeka. Kemerdekaan tahun ini tidak berapa bermakna bagiku, kerana bila ku lihat sekelillingku, tiada apa yang nak ku banggakan dan aku tak nampak yang diriku sudah merdeka. Aku tengok sekitar halaman hidupku juga tak nampak tanda-tanda kemerdekaan ada di situ. Entah apa yang mereka bersorak riang ketika melaungkan kalimah keramat "MERDEKA" berulang kali. Mungkin mereka sudah merdeka......

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata