Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

26 November 2009

Guru DiPaksa Jadi Tukang Masak Semasa Banjir



Beberapa dekad dahulu, profesion perguruan dipandang mulia oleh masyarakat. Kita dapati terdapat bekas guru yang menjadi pemimpin besar negara seperti Tun Ghafar Baba. Kini profesion mulia ini sudah hilang reputasinya.

Tugas guru kini sudah jadi tunggang langgang. Dengan tugas sebagai guru ko-kurikulum, mereka menjadi pelbagai penjawat seperti polis, askar, pengakap, pegawai JPA 3, bomba dan sebagainya.


Di sekolah pula, selain mengajar, mereka menjadi tukang kebun, pencuci dan penyapu kelas, kuli bukan sahaja kepada Pengetua dan GPK-GPKnya malah kepada pelajar juga apabila guru tidak lagi boleh mendidik pelajar dengan sewajarnya tetapi tertakluk dengan puluhan kekangan berbentuk peraturan, undang-undang dan amaran. Sekiranya ada apa-apa majlis sama ada peringkat antara sekolah, daerah, negeri atau negara, guru akan menjadi 'seseorang' yang lain pula seperti penjaga parking, pengawal peribadi pelajar, pemandu, penyambut tetamu, tukang masak dan sebagainya. 

Pada  musim tengkujuh ini, banyak sekolah di pantai timur  telah dijadikan pusat perpindahan banjir. Lalu guru pun dicatur oleh sipengetua dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengelola Pusat Perpindahan Banjir. Dalam negara 'Malaysia Boleh' ini, sudah menjadi amalan dan reality dimana mereka yang rendah pangkat atau kelulusannya menjadi 'orang atasan'  kepada mereka yang lebih tinggi kelulusan, pengalaman dan pangkatnya. Contohnya ialah dalam sesebuah kampong atau mukim, ia ditadbir oleh Ketua Kampong dan Penghulu yang puratanya lulus SPM. Mereka lebih berkuasa dan ditakuti oleh Pegawai Daerah yang mempunyai kelayakan untuk menjadi 'Stipendiary Magistrate'.  Inilah yang berlaku dalam Jawatankuasa Banjir di mana JKKK diletakkan sebagai ketua dengan kuasa untuk memperkulikan guru yang berada di bawah J/kuasa mereka.  

Terdapat sekolah misalnya  sebuah sekolah menengah di  Batu 4 Jalan Gambang Kuantan Pahang yang dikatakan 'Sekolah Harapan Negara' telah mengarahkan guru supaya menjadi tukang masak untuk mangsa banjir. Bukan itu sahaja, guru juga diminta mengagih , merekod, menghantar, mengambil makanan untuk mangsa-mangsa banjir. Jangan terkejut, mereka perlu melakukan semua ini dengan kenderaan mereka sendiri. Bolehkah guru dipaksa membuat kerja sebegini? Kalau mereka mahu guru buat kebajikan, maka jangan paksa, kerana kerja kebajikan ini adalah sukarela.

Inilah status guru kini dibawah pentadbiran UMNO yang dulu kini dan selamanya  memang suka menganggap orang lain sebagai pariah, memperbodohkan rakyat  dan mereka adalah 'raja' yang menguasai segala hasil negara seperti harta bapa mereka sendiri. Kenapa Ketua Polis, Wakil Rakyat, DO, Pengarah Pelajaran tidak mahu jadi tukang masak untuk mangsa banjir ini? Tidakkah mereka mahu buat kerja kebajikan lalu dapat pahala dan masuk syurga yang disediakan oleh UMNO???
  

20 November 2009

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

Oleh KutuKatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan.

Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.

Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

17 November 2009

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia!!!

Manusia secara fitrahnya dilahirkan dan melayari hidup secara  berpasang-pasangan. Wanita dijadikan sebagai peneman, rakan kongsi, pengubat duka dan berkongsi kegembiraan. Realitinya walaupun pahit seperti yang ditakdirkan Allah SWT bahawa Iblis secara licik mempengaruhi Hawa bagi mengoda Adam AS, Nabi Ayub AS juga pada mula ditinggalkan oleh isterinya, Nabi Nuh AS terpaksa akur dengan kekafiran isteri dan anaknya.

Bahkan anak Nabi Adam AS juga berbunuhan hanya kerana wanita dan juga hati Firaun cair dengan wanita dipujuk oleh Isterinya dalam kisah Nabi Musa AS.

Alangkah pentingnya martabat wanita bergelar wanita apatah lagi para isteri, Perkahwinan itu adalah wajib bagi yang berkemampuan dan sangat indah jika dibina atas dasar Islam dan mengubati segala penyakit masyarakat. Dengan isteri lelaki bernama suami boleh berubah, dengan wanita kadangkala mengakibatkan lelaki bergelar suami menempah neraka bilamana timbul perbalahan mertua atau menantu atau mungkin wujud wanita kedua dalam pasangannya. Hebatnya para isteri apatah lagi sebagai pejuang dalam Islam. Justeru, Islam meletakkan Isteri yang solehah itu adalah ubat segala penyakit dalam kehidupan seharian dan pendamai kepada jalan menuju syurga,..

Alangkah beruntungnya isteri pimpinan PAS yang dibuat baiah dalam memilih ADUN atau Ahli Parlimen (SEKIRANYA WUJUD) martabat paling tinggi diletakkan bukannya untuk digadaikan dalam dan demi memperjuangkan Islam. Kenapa para isteri perlu berasa gusar jika perkahwinan dibina atas jalan Islam, dilayari dengan semangat jihad Islam, berkorban atas nama menegakkan hukum Allah dan sekaligus berusaha membuang cintakan harta duniawi. Sedarlah para isteri, dugaan untuk mendapat syurga cukup berat perlu ditanggung oleh para suami, apatah lagi dalam rejim sekarang wang dan kuasa menjadikan manusia cepat lupa diri.. Alangkah indahnya jika suami kamu dapat istiqamah dalam perjuangan ini, ganjaran sebenar bukan untuk dunia sahaja tetapi di akhirat jua.. Kita masih beruntung kerana belum lagi menjadi para isteri di Palestin yang suaminya berjuang dengan darah dan nyawa, bahkan pergorbanan mereka jauh lebih tinggi dari segala-galanya.

Para isteri adalah pendokong utama dalam kehidupan, kewajaran talak tiga dalam baiah tersebut perlu dipandang positif setaraf dengan pergorbanan dalam kehidupan perjuangan pada jalan Allah. Tiada guna bersumpah dengan nama Allah sekalipun, seperti sesetengah golongan untuk mentadbir dengan adil dan saksama tetapi aurat isteri dan anak tidak terpelihara. Berapa ramai yang tahu dan sedar bahawa bermadu dapat menempa payung emas di syurga tetapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian?

Dalam pola masyarakat melayu, talak kadang-kadang disandarkan oleh suami kepada kelakuan yang boleh dilakukan isteri dibelakang suami contohnya kalau engkau keluar dari rumah semasa aku tiada jatuh talak, kalau engkau benar bapa engkau masuk rumah, maka jatuh talak, bahkan dalam lafaz taklik sendiri diwajibkan bagi memberi penghormatan dan kebebasan kepada isteri. Tetapi jika telah suka ada yang isteri ditinggalkan bertahun-tahun tetap setia kerana malu atau segan untuk diadukan. Kenapa harus dibangkitkan baiah tersebut seandainya perjuangan dalam PAS dianggap sesuci pembinaan perkahwinan yang diredhai oleh Allah. Isteri harus berbangga kerana taraf kamu akan menentukan bukan sahaja istiqamah perjuangan tetapi mencegah dari terlibat atau bersekongkol dengan kejahatan UMNO. Lihatkan apa yang berlaku dalam negeri Perak boleh melompat dan melompat demi harta atau kuasa disokong oleh semua instrumen kerajaan tanpa ada maruah. Kaum hawa patut menjadi pendorong agar suami terpelihara bukan sahaja godaan dunia tetapi juga bersama menuju kesyurga .

Talak tiga tidak boleh dirujuk semula.. melainkan melalui Cina buta dalam golongan yang mempersendakan agama Allah. Kamu .. para isteri akan menjadi tempat berbincang, meluahkan perasaan, berkongsi pandangan, berbincang dan kamulah penentu kepada suami kamu yang diumpan dengan wang, harta dan kuasa untuk membuat khianat dalam perjuangan Islam, kalau kamu tidak sanggup memikul sumpah tersebut jangan kamu ingat sanggup untuk berkorban pada jalan Allah SWT,,, jangan pula pikul amanah yang tidak tentu kamu mampu mendorong suami kamu dapat melaksanakannya. Kalau tidak kemampuan jangan terjun dalam dunia politik yang penuh muslihat apatah lagi masih dikuasai UMNO laknatullah dan juga penuh dengan musuh dalam selimut. Bahkah kita akur bahawa semua isteri pimpinan PAS adalah berakhlak mulia dan tergolong dalam muslimah sejati.

Talak bagi yang menghayati Islam bukanlah perkara enteng dan main-main, kegembiraan dan redha Allah diletakkan bersesama dan sekali dengan perjuangan PAS itu. Justeru tahap tertinggi dihadirkan dalam membuat baiah dalam memperjuang dan mepertahankan Islam wajar diletakkan sebagai aulia kepada kehormat dalam istitusi keluarga apatah lagi ganjanrannya hanya dari Allah dan jalannya yang nyata bukan dalam perjuangan bersandarkan assobiah perkauman atau perjuangan yang berpaksikan telunjuk lurus, kelingking berkait.

Syabas para isteri yang menerima baiah tersebut.

Resepi Raidah - Nasi Mandhi

Nasi Mandhi ni ialah sejenis masakan Arab. Sangat enak rasanya. Selamat mencuba....

Bahan-Bahan Ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara Penyediaan Ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan Nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara Penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

16 November 2009

Adakah Anda Ada Tanda-tanda Terkena SIHIR!!!



kemenyanJika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya)

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak

vi) Masalah hubungan suami - isteri

Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumahhttp://2.bp.blogspot.com/_1AlZVrMR7O0/StvuQMXUsLI/AAAAAAAAAYc/6ZzllFpZYQk/s400/ubat1.jpg

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya

http://lutfimj2006.blogspot.com/

15 November 2009

Maafkan Cikgu


Oleh:Martinelli

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

11 November 2009

Pakailah Tudung Tutuplah Aurat

Oleh dyll

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata