Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

19 Julai 2009

Masyitah Direbus Kerana Cinta

Barangsiapa yang ingkar akan diseksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masiytah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sisir Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah agar dengan itu mereka tidak diganggu.

Tetapi pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut salah seorang daripada puteri Firaun,tiba-tiba sisir itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian alam.

Puteri itu dengan serta merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Dan Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya.

Selain menjadi tukang sisir, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa siasat dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.

Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu,Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir,Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anak-anaknya yang masih kecil itu diseksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah,tiba-tiba anak yang masih baik itu berkata-kata dengan ibunya, Masyitah:

"Wahai ibu,marilah kita menyusul ayah,sesungguhnya syurga sedang menanti kita."

Bila mendengar kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab seksa yang sangat pedih.

Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj,baginda telah melalui sebuah maqam. Dan maqam itu sangat wangi dengan bau kasturi.

Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya,maka jawab Jibril a.s :

"Itulah maqam Masyitah,salah seorang wanita penghulu syurga."

Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah.

Kuatkan imam dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam.InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya? Fikir-fikirkan lah....

 

Sumber: Buku Panduan Menjadi Wanita Solehah Terbitan Jahabersa

18 Julai 2009

Bila dibolehkan mengumpat?

Soalan :
Seringkali kita diperdengarkan tentang haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar ghibah adalah haram untuk semua keadaan?


Jawapan :
Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari'at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.

Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu

Kedua
, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti'ânah 'ala taghyîril munkar wa raddal 'âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga
, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta'yîn), sebagaimana yang akan diceritakan di dalam hadits dari Hindun seperti di bawah nanti.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma' kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu. Contoh lainnya adalah meminta pandangan atau pendapat (musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua'amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan. Maka wajib bagi orang yang dimintai pendapat itu untuk tidak menyembunyikan maklumat berkenaan orang yang ingin diketahui. Bahkan ia mesti menyebutkan sikap-sikap buruknya yang memang diniatkan untuk melakukan nasihat. Contoh lainnya lagi adalah jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya. Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Hal ini merangkumi situasi di mana seseorang itu memiliki kekuasaan dan dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Terdapat kemungkinan yang berlaku iaitu dia memang tidak layak atau fasiq mahupun lalai, atau yang sejenis dengannya. Maka, adalah wajib hal itu dilaporkan kepada orang atasan yang memiliki kekuasaan yang lebih tinggi daripadanya agar kelalaian itu dapat diatasi atau digantikan dengan orang yang lebih berkebolehan. Orang atasan tersebut mestilah mengambil pendekatan yang sesuai dengan keadaan orang yang lalai tersebut tanpa berlengah dan sepatutnya berusaha menasihati si pelaku kesalahan itu agar istiqamah ataupun menggantikannya dengan orang lain yang lebih amanah.

Kelima
, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Keenam
, panggilan nama atau gelaran(at-ta'rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A'masy (Si Mata Rabun) atau al-A'raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A'maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

Inilah enam sebab yang disebutkan oleh para ulama dan disepakati oleh sebahagian besar mereka. Berikut adalah di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan mengumpat/ghibah di dalam keadaan seperti di nyatakan di atas adalah di bolehkan:
عن عائشة رضي الله عنها أن رجلا استأذن على النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ "ائذنوا له، بئس أخو العشيرة‏؟‏ ‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

Dari Aisyah radhiallahu anha bahwa seseorang meminta izin pada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau berkata: izinkanlah ia, seburuk-buruk saudara suatu kabilah. [Muttafaq Alaih]
Al Bukhari berhujjah dengan hadis ini mengenai kebolehan berghibah terhadap ahlul fasad (pembuat kerosakan) dan ahlu ar rayb (menciptakan keraguan).
وعنها قالت‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏"‏ما أظن فلانًا وفلانًا يعرفان من ديننا شيئًا‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏ قال الليث بن سعد أحد رواة هذا الحديث‏:‏ هذان الرجلان كانا من المنافقين

Dan masih dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, aku melihat si fulan dan si fulan tidaklah mengetahui sedikitpun dari perkara agama kami. [HR al Bukhari]. Al Layts ibn Sa'ad—salah seorang perawi hadits ini—berkata: kedua orang yang disebut di sini adalah orang munafiq.
وعن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت‏:‏ أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت‏:‏ إن أبا الجهم ومعاوية خطباني‏؟‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏"‏أما معاوية،
فصعلوك لا مال له ، وأما أبوالجهم، فلا يضع العصا عن عاتقه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Fathimah binti Qays radhiallahu anha, ia berkata: aku mendatangi Nabi Sallallahu Alaihi wa sallam lalu aku berkata, sesungguhnya Abul Jahm dan Mu'awiyah telah mengkhitbahku. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata, adapun Mu'awiyah adalah orang fakir, ia tidak mempunyai harta. Adapun Abul Jahm, ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. [Muttafaq alaih]

Dan dalam riwayat Muslim, haditsnya berbunyi:

‏"‏وأما أبو الجهم فضراب للنساء‏"‏
Adapun Abul Jahm ia suka memukul wanita.

Ini merupakan penjelasan dari riwayat sebelumnya yang mengatakan ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. Juga dikatakan bahwa makna ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya adalah katsiirul asfaar, yakni banyak bepergian atau merantau.
وعن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال‏:‏ خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر أصاب الناس فيه شدة، فقال عبد الله بن أبي‏:‏ لا تنفقوا على من عند رسول الله حتى ينفضوا وقال‏:‏ لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخبرته بذلك، فأرسل إلى عبد الله بن أبي ، فاجتهد يمينه‏:‏ ما فعل، فقالوا‏:‏ كذب زيد رسول الله صلى الله عليه وسلم فوقع في نفسي مما قالوا شدة حتى أنزل الله تعالى تصديقي ‏{‏إذا جاءك المنافقون‏}‏ ثم دعاهم النبي صلى الله عليه وسلم، ليستغفر لهم فلووا رءوسهم‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

Dari Zaid bin Arqam radhiallahu anhu, ia berkata: "kami pernah keluar bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam sebuah perjalanan di mana orang-orang ditimpa kesusahan. Lalu Abdullah bin Ubay berkata, jangan engkau memberi infaq kepada orang-orang yang bersama Rasulullah supaya mereka bersurai meninggalkan Rasulullah.. Lalu ia berkata lagi, "sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana". Kemudian aku mendatangi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam, lalu aku menceritakan hal tadi, maka beliau mengutus kepada Abdullah bin Ubay, namun ia bersumpah bahwa ia tidak melakukannya. Lalu orang-orang mengatakan¸ "Zaid telah membohongi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam". Lalu beliau(Sallallahu alaihi wa Sallam) mencelaku dengan keras atas apa yang orang-orang katakan hingga Allah Subhanahu wa Taala menurunkan apa yang dapat membenarkanku "apa bila datang orang-orang munafiq" (TMQ Al Munaafiquun:1). Kemudian Nabi SAW memanggil mereka untuk memintakan ampun bagi mereka, tapi mereka memalingkan wajah mereka." [Muttafaq alaih]
وعن عائشة رضي الله عنها قالت‏:‏ قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه، وهو لا يعلم‏؟‏ قال‏:‏ ‏"‏خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Aisyah radhiallahu anha, ia berkata: Hindun isteri Abu Sufyan berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, "Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang laki-laki yang pelik, ia tidak memberikan kepadaku apa yang mencukupi aku dan anakku kecuali apa yang aku ambil secara diam-diam tanpa pengetahuannya". Lalu Nabi Sallahu Alaihi wa Sallam berkata "Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma'ruf)" [Muttafaq Alaih]

07 Julai 2009

Ciri pendidik bertakwa

Oleh Muzdalifah Mokhtadi

SABAN hari ada saja masalah disiplin pelajar. Pengetua atau guru besar banyak membuang masa untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar mereka. Selesai satu masalah akan timbul pula masalah lain

.

Anak berusia di antara 10 hingga 15 tahun, khususnya akan sentiasa memerhatikan persekitaran mereka. Contohnya, mereka meneliti tindak-tanduk ibu bapa mereka, program televisyen, perangai manusia di luar rumah seperti jiran, rakan dan guru di sekolah. Tidak ketinggalan gelagat insan di sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah.

Golongan remaja ini sentiasa mencari 'role model' atau teladan yang akan mereka ikuti.

Persoalan pertama, adakah anak ini memahami tujuan mereka dilahirkan? Untuk apa dilahirkan dan ke manakah akhirnya hidup mereka? Di manakah peranan ibu bapa sebagai pendidik pertama ?

Adakah anak-anak diberikan garis panduan untuk bekalan sepanjang hidup mereka? Anak-anak tidak selamanya berada di sisi ibu bapa mereka. Ini kerana mereka akan keluar bersama mereka atau melakukan kegiatan seharian lain, seperti bekerja.

Persoalan kedua, adakah guru yang berhadapan dengan murid dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang menjalankan peranan mereka dengan bijaksana? Tidakkah anak-anak ini akan bosan dengan beban kerja sekolah, di samping guru yang kurang berinteraksi dengan muridnya?

Guru yang berkesan dapat menghabiskan sukatan pelajaran dan membantu murid membuat persediaan bagi mencapai kejayaan dalam hidup. Adakah kejayaan hanya dilihat dari keputusan cemerlang dalam peperiksaan? Sekiranya anak itu tidak cemerlang dalam pelajaran adakah mereka akan gagal dalam hidupnya?

Persoalan ketiga, adakah masyarakat prihatin masih lagi wujud?

Bagaimanakah sensitifnya masyarakat untuk menegur anak jiran yang membuat kesalahan. Sikap biarlah anak orang lain yang rosak, asalkan anak kita selamat, perlukah diteruskan?

Sepatutnya kita tidak menyalahkan sesiapa sekiranya anak-anak ini tersalah memilih contoh 'role model' mereka.

Usaha berterusan tanpa jemu akan menghasilkan natijah yang baik sama ada melalui peranan ibu bapa, guru atau masyarakat yang memahami tanggungjawab melahirkan pelapis masyarakat cemerlang sama ada dari segi jasmani, rohani atau emosi.

Sebagaimana firman Allah bermaksud: "Beramallah kamu, sesungguhnya Allah akan melihat amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Maka (Allah) akan memberitahu kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Taubah, ayat 105)

Setiap usaha yang dilaksanakan dengan rasa penuh bertanggungjawab akan menghasilkan insan yang saling menghormati di antara satu sama lain. Ia juga melahirkan rasa kasih sayang dan persaudaraan kental di jiwa orang yang terbabit sama ada anak, ibu bapa, guru atau masyarakat.

Seperti kata Imam Hassan al-Banna: "Berkasih sayanglah sesama kamu dan peliharalah persaudaraan (ukhuwwah) kerana ia rahsia kekuatan dan kemenangan kamu. Hendaklah kamu berterusan dalam demikian, sehingga Allah datangkan kemenangan bagi kamu dan agamamu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi kemenangan."

Sebagai seorang pendidik, sama ada ibu,bapa, penjaga, guru atau masyarakat yang prihatin, seharusnya mempunyai ciri seorang pendidik sebenar iaitu:

l Sifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidikan sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman daripada Allah.

Setiap pendidik yang menjalankan tanggungjawab perlu menunjukkan setiap kerja yang dilakukannya hanya kerana Allah.

l Sifat takwa iaitu, bimbang akan seksaan Allah secara rahsia dan terang-terangan. Jika ini diabaikan, maka tiada syak lagi kanak-kanak akan membesar dalam penyelewengan dan dia akan berulang-alik kepada kumpulan perosak dan kejahilan.

l Sifat sayang kepada ilmu pengetahuan iaitu mengetahui dan mengenali dasar pendidikan yang ditunjukkan dalam syariat Islam.

Ini kerana ilmu yang ada dapat membantu meletakkan setiap perkara pada tempatnya.

l Suka memaafkan kerana sifat ini akan menarik anak-anak kepada pendidik dan dengan sebab itu, anak akan menyambut kata-kata dan perintah pendidiknya.

Sifat ini dapat meletakkan manusia di kemuncak adab dan kesempurnaan serta di tingkat tinggi dalam strata sifat budi pekerti.

l Sifat tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak dalam segi keimanan dan kelakuan, membentuknya dalam segi jasmani dan rohani serta menyediakannya dalam segi mental dan sosial.

Pendidik hendaklah selalu bimbang jika dia melalai atau mencuaikan tanggungjawabnya. Ini kerana perbuatan demikian, pasti membuat anak itu akan terjebak ke dalam kerosakan sikit demi sikit dan selangkah demi selangkah.

27 Jun 2009

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita

Sumber : http://dakwah.info/

 Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai 'list to do' untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak.

1.      Membaca untuk anak - anak

2.      Meminta anak - anak membaca

3.       Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran

4.       Berlatih kemahiran matematik bersama

5.      Menulis

6.      Belajar/ mendalami Islam

7.      Berbual

8.      Aktiviti mendengar dan menulis

9.      Belajar/ memahami Bahasa Arab

10.    Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan

1. Membaca untuk anak kita setiap hari

Kelebihan membaca untuk anak anda adalah: 

  • Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
  • Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak - anak
  • Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
  • Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
  • Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
  • Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
  • Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.

Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.

Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar

Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka 

2. Meminta anak – anak membaca

Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya

Membaca setiap hari adalah penting!

Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran

Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.

3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran 

Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.

  • Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
  • Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya) 

 4. Berlatih kemahiran matematik bersama.

Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:

  • Menyelesaikan soalan yang diberikan
  • Bermain teka – teki matematik
  • Kelas matematik
  • Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!

5. Menulis

Minta anak – anak kita menulis setiap hari untuk memperbaiki tulisan mereka dalam masa yang sama mereka dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau alami melalui tulisan.

Ada beberapa cadangan:

  • Menyalin semula. Minta anak – anak menyalin semula huruf, nombor, perkataan, ayat, peranggan dari pelbagai sumber seperti buku, surat khabar, tanda isyarat, label, ayat Al Quran dan juga Hadith
  • Minta mereka untuk membacakan semula apa yang telah mereka tulis 
  • Minta mereka menyalin senarai seperti barang keperluan dapur, senarai ke pasar raya, judul buku yang sudah di baca, nama adik beradik dan ahli keluarga. 
  • Anak – anak juga boleh diminta menulis surat .

 6. Belajar/ mendalami Islam 

  • Ajarkan kepada anak – anak kita tentang konsep – konsep asas yang penting dalam Islam seperti rukun Islam dan rukun Iman.
  • Mempraktikkan bacaan doa dan etika harian sebagai seorang muslim (semasa bangun tidur, hendak tidur, sebelum makan, semasa makan, selepas makan, keluar dan masuk bilik air, beri salam, bersin dan sendawa)
  • Membuat praktikal solat bersama anak – anak  (mengikut pada tahap anak – anak itu sendiri). Kalaupun tidak pada setiap hari, jadikan ini sebagai rutin mingguan supaya kita dapat memastikan mereka dapat belajar dan akhirnya mendirikan solat dengan betul.

 7. Berbual

 Masa makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak – anak. Luangkan masa untuk bercakap dengan anak – anak sejak mereka masih kecil lagi.

Jangan lupa menjaga beberapa perkara semasa berbual dengan mereka:   

  • Menjaga eye contact
  • Jangan menyampuk
  • Mendengar dengan perhatian
  • Memberikan tindak balas atau respon yang sesuai

 Pada pendapat saya, sekiranya anak – anak tersilap sebut, mereka perlu dibetulkan dengan lembut . 

8. Aktiviti mendengar dan menulis

Tuliskan/ sediakan untuk anak – anak beberapa perkataan atau bahan untuk dibaca, kemudian kita menyalin apa yang dibacakan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bergilir, dimana kita pula membaca kemudian anak – anak menulis apa yang dibacakan untuknya.

  • Aktiviti ini boleh melatih kesemua empat kemahiran dalam bahasa iaitu menulis, membaca, bercakap dan mendengar
  • Ianya membantu dalam melatih ingatan anak – anak.
  • Kajian menunjukkan bahawa menulis apa yang didengar dapat merangsang perkembangan bahasa anak – anak.

 9. Belajar/ memahami dan bercakap Bahasa Arab

Cuba untuk mempelajari bahasa Arab setiap hari, sama ada melalui kelas secara formal atau tidak formal dengan cuba berbual dalam bahasa ini antara satu sama lain. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa agama kita, oleh kerana itu bahasa ini amat penting untuk dipelajari.  

10. Menyelia,mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan

Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak – anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik.

Luangkan masa untuk mengawasi anak – anak kita dari segi kebersihan dan kekemasan semasa;

  • Menggunakan bilik air
  • Mandi
  • Memberus gigi
  • Makan
  • Menyikat rambut
  • Memotong kuku

Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama – sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan pada diri mereka. Aktiviti memasak bersama juga salah satu dari idea yang menarik untuk dicuba.

 Adaptasi dari perkongsian Umm Ibrahim bint Milton

Azab Terhadap Orang Yang Menyembunyikan Ilmunya

Manusia merupakan makhluk Allah yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu membentuk dan membangunkan sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang begitu luas di muka bumi ini, manusia mampu merekacipta serta bersaing sesama mereka untuk mewujudkan teknologi yang pelbagai yang diadaptasikan dari sumber semulajadi yang Allah jadikan untuk kegunaan manusia serta makhluk lain di dunia ini.

Setiap kejayaan yang dikecapi oleh manusia pada hari ini perlulah disyukuri dan sentiasa menunaikan ibadah kepada Allah serta melakukan amar ma'ruf nahi munkar.

Perlu kita ketahui serta memahami bahawa segala ilmu yang ada di mukabumi ini adalah milik Allah S.W.T dan Al-Quran merupakan ibu segala ilmu yang mencakupi segala ilmu yang wujud di alam ini tidak kira samada ilmu sains, matematik, astronomi dan sebagainya bersangkut-paut dengan Al-Quran apatah lagi ilmu agama yang begitu luas manfaatnya. Namun berapa ramai yang menggunakan ilmu yang dimiliki ke jalan yang diredhai Allah walaupum mereka sedar hasil kajian dari ilmu yang dimiliki mereka semuanya boleh membantu mereka di jalan dakwah kerana mereka sedar setiap ilmu serta kajian yang mereka dapati semuanya membawa kepada penemuan kebesaran Allah S.W.T

Seseorang itu apabila bergelar seorang profesionalisme akan menemui pelbagai kebesaran Allah melalui hasil kajian mereka seperti kejadian manusia, kejadian alam semesta dan sebagainya apabila merujuk Al-Quran kerana Al-Quran telah menceritakan segala penciptaan-Nya di alam semesta ini. Seseorang yang berkelulusan dalam bidang pengajian agama pula akan merasa lebih yakin serta mempunyai keimanan yang tinggi setelah mempelajari pelbagai selok-belok agama. Namun sebahagian dari mereka tidak kira golongan profesionalisme atau golongan berkelulusan agama apabila mendapat sedikit nikmat serta habuan dunia akan mula melupai tugas mereka sebagai khalifah di mukabumi ini dalam mengajak manusia ke jalan kebenaran.

Cuba kita renungkan berapa ramai orang yang mempunyai ilmu takut untuk menyuarakan pendapat serta menyatakan sesuatu kebenaran walaupun mereka mengetahui akan kebenarannya. Mereka seolah-olah takut kehilangan pangkat serta harta yang sedikit sehingga berusaha untuk mengelak dari menyatakan kebenaran. Cuba kita lihat berapa ramai orang yang berilmu segan-silu untuk memberikan sumbangan serta khidmat kepada masyarakat di sekeliling mereka yang memerlukan bimbingan mereka. Kemanakah mereka menghilang apabila mereka diperlukan disisi agama pada setiap masa. Adakah tugas mereka hanya sekadar mencari mata pencarian untuk memenuhi kenikmatan dunia yang sedikit. Mereka ini mementingkan kehidupan mereka sahaja apabila setiap hari pergi bekerja kemudian pulang ke rumah untuk berehat tanpa menghiraukan keadaan masyarakat di sekeliling mereka. Mereka yang bersifat suka menyembunyikan ilmu serta kebenaran ini telah dijanjikan oleh Allah akan beroleh azab yang pedih di akhirat kelak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:


174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata