Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

30 Mei 2007

Pendidikan Akidah

Oleh Wan Mohd Hujjatullah Ghazali

Pendahuluan

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang.
Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak
memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh
Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi
Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas
pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw
telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang
kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin
Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu
besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar
bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari
sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam
jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam
lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam
segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang
dengan begitu pesat sekali.

2.0 Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah

2.1 Mengakui keesaan Allah swt

Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya
mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib
disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya
yang bermaksud :


"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi
tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan
tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)

Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah
swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana
akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din
maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam
jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.

2.2 Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan
akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada
kebesaran dan keagongan Allah swt.

2.3 Membentuk keperibadian insan

Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka
demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya
menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti
yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk
sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya.
Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan
keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak
laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai
khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987),
Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah)
yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah
akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk
manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana
kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang
merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alma semesta dan
hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan.
Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah
hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang
menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat
Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk
dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh
kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah
memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan
sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada
apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib
sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi
contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari
pendidikan akidah yang mantap.

2.0 Definisi Akidah

Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang
bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang
maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan
yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus
dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan
yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak
mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud
kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang
mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci
seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt,
rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.

3.2 Hakikat Iman

Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau
keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman
ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan)
dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan.
Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud : "Iman itu ialah
mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal dengan anggota".
(al-Hadis)

Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang
lain selain dari dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh
orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak pernah berkompromi atau
bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di
dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secucuk dengan
kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya
kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt
maka terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat
Allah swt, bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka
bertawakkal. Mereka mendirikan solat, membelanjakan daripada apa yang kami
beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)

Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali
sebagai rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam perkara :

a.. Pertama : Beriman kepada Allah swt.
b.. Kedua : Beriman kepada Malaikat.
c.. Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.
d.. Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.
e.. Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.
f.. Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.


Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :

"Iman itu bahawa kamu mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya,
kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kumudian dan kamu beriman kepada takdir
baik dan buruknya".
(Riwayat Muslim)


3.3 Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak
diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian
manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah
laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi
ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya
terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah
itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman
hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan
syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan
dua perkara iaitu

(i) dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) dan

(ii) melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan
(amalan) dinamakan Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan
penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang
bermaksud : "Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi
ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling rendah ialah
membunag benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan".
(Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang
rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama
akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat
dilihat dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya. Dalam
menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis
sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu
mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ".
Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang
Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat
dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)

Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman
dan Islam di mana Islam itu menjadi salah satu daripada perinsip Iman dan
Iman pula dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan
melaksanakan hukum syariat dalam segala amalan. Sekiranya berlaku iqrar
syahadah dan menunaikan fardhu sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak
percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam Allah swt maka seseorang itu
dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang
berlaku kepada sesetengah orang-orang Badwi di zaman Rasulullah saw.

Firman Allah swt yang bermaksud


"Orang Arab berkata : Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu
belum beriman (janganlah berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi
meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam".
(al-Hujurat : 14)

Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam
melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh
dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat
merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt
merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan seseorang.
Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya.

3.4 Konsep Ihsan dan Hubungannya dengan Iman dan Islam

Ihsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi syara" bermaksud
mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin
dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang
baik. Al-quran menerangkan dengan meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang
bersifat muhsinin (berbuat kebaikan).

Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :

"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah
untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk)
berbalik kepada diri kamu juga".
(al-Isra" : 7)

Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan
ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya.
Al-Quran menerangkan bahawa Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt
telah memberi ni"mat kepada manusia dengan IhsanNya, maka manusia perlu
Ihsan dengan ni"mat ini kepada makhluk.

Firman allah swt yang bermaksud :

"Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)

Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan
oleh orang lain dan orang yang menerima Ihsan itu sendiri merasa senang.
Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang
membuat keburukan tidak akan mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt
telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang
bermaksud :
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan
(kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)

Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi
jika turut disertakan dengan ikhlas kepada Allah swt dan kedua-dua ini
dianggap sebagai sifat yang paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri
setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman itu umpama akar, Islam umpama pokok
maka Ihsan pula umpama buah yang baik. Demikianlah hubungan di antara Iman,
Islam dan Ihsan.

3.5 Peringkat-peringkat Iman

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah Iman seseorang boleh
dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan
Rasul. Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para
Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun
iaitu Iman kebanyakan orang mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang
jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang yang
fasik lagi jahat.

Iman terbahagi kepada lima peringkat:

a.. Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid
beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan
terdedah kepada kesesatan.
b.. Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan
fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini
juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
c.. Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman
pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada
tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan
Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
d.. Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan
syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat
iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia.
Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.
3.6 Rukun Iman

Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam dikenali sebagai
rukun-rukun Iman ialah enam perkara sebagaimana firman Allah swt yang
bermaksud:

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt,
Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya".
(al-Baqarah : 285)

Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah
swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat,
Qadar baik dan buruk".
(Riwayat Muslim)

3.6.1 Beriman kepada Allah swt
Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad dengan
teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt.
Seseorang itu hendaklah beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa
Allah swt bersifat dengan sifat-sifat yang sumpurna dan sesuai dengan
ketuhananNya. Mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan
harus bagi Allah swt melakukan semua perkara atau meninggalkannya.

Iman dan tauhid kepada Allah swt tegak di atas dua asas iaitu

Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rububiyyah bermaksud mengimani dan yakin bahawa Allah swt sahaja
Tuhan yang mencipta alam ini. Mentauhidkan Allah swt sebagai pencipta,
pengurus, pentadbir, pengatur, pemerintah, pendidik, pemelihara dan pengasuh
sekelian alam. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid
Uluhiyah ini. Antaranya firman Allah yang bermaksud:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللّهَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِالْحقِّ إِن
يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ


"Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi
dengan sebenarnya". Jika ia mengkehendaki, kamu dimusnahkanNya dan
digantiNya dengan makhluk yang baru".
(Ibrahim 14 : 19)

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي
الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ
وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ
كَرِيمٍ


"Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia
mengadakan gunung-ganang di muka bumi supaya jangan ia bergoyang-goyang
bersama kamu dan Dia menyebarkan di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami
turunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan di muka bumi
bermacam-macam tumbuhan yang baik".
(Luqman 31:10)

Dalam beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orang-orang kafir
juga percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku bahawa Allah swt
adalah pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى
يُؤْفَكُونَ


"Dan jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir yang menyembah
berhala itu) siapa yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah
swt! maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan".
(al-Zukhruf : 87)

Maksud firman Allah swt lagi:

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ
الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ


"Dan jika kamu menanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air dari
langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya". Tentulah
mereka akan menjawab : Allah swt".
(al-Ankabut : 63)

Tauhid Uluhiyyah

Beriman kepada Uluhiyyah Allah swt bermaksud yakin bahawa Allah swt sahaja
Tuhan yang patut disembah, dipohon segala doa, dipatuhi, dicintai, ditakuti,
dan tawakkal kepadaNya. Seterusnya mnerima segala hukumNya dengan yakin dan
redha. Ringkasnya Tauhid Uluhiyyah ini menuntut seseorang meyakini
kemutlakan kekuasaan Allah swt yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk
sama ada dari segi sembahan atau memohon segala doa dan hajat. Keyakinan ini
menetapkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkah menentukan hukum dan
peraturan bagi seluruh makhluk di alam ini. Di antara ayat al-Quran yang
membicarakan tentang Uluhiyyah Allah swt adalah seperti berikut. Firman
Allah swt yang bermaksud:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
memohon pertolongan"
(al-Fatihah : 5)


Firman Allah lagi yang bermaksud:


"Katakanlah (wahai Muhammad) Dialah Allah swt yang Maha Esa. Allah swt
tempat meminta (tumpuan). Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan
tidak ada sesuatupun yang meneyrupaiNya".
(al-Ikhlas : 1-4)


Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Engkaulah yang memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam.
Engkau juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup. Engkau jugalah yang memberi rezki kepada sesiapa yang
dikehendaki dengan tiada hitungan hisab".
(Al-Imran : 27)

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ
وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ


Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga kini mengakui Tauhid
Rububiyyah Allah swt dengan mengakui bahawa Allah swt menciptakan langit dan
bumi serta sekelian alam ini. Tetapi mereka ingkar secara perkataan dan
perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah swt seperti beribadat kepada yang lain
dari Allah swt serta tidak melaksanakan syariat dan hukum Allah swt dalam
kehidupan ini. Keselarasan di antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah
adalah penting untuk memastikan keimanan yang sejati terhadap Allah swt. Ini
adalah kerana Tauhid Rububiyyah adalah adalah merupakan pengakuan bahawa
Allah swt adalah sumber cipta. Sementara Tauhid Uluhiyyah ialah suatu
pengakuan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang wajib disembah dan tempat
tumpuan sekelian makhluk.

3.6.2 Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk
yang digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui. Di antara ciri-ciri malaikat yang disebut di dalam al-Quran dan
al-Hadis antaranya ialah:

a.. Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.
b.. Diciptakan dari nur.
c.. Tidak mempunyai hawa nafsu.
d.. Tidak makan dan minum
e.. Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.
f.. Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).
g.. Malakikat mempunyai sayap.
h.. Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.
Malaikat merupakan makluk yang tidak dapat dikesani dengan penyelidikan dan
pemikiran tentang kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan adanya malaikat
semata-mata kerana ia tidak dapat dilihat atau dikaji oleh akal manusia.
Beriman kepada malaikat adalah termasuk di dalam beriman kepada
perkara-perkara ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan oleh pancaindera.
Hakikatnya amat sukar difahami oleh akal fikiran manusia. Perkhabaran
tentang malaikat dan perkara-perkara ghaibini diketahui melalui al-Quran dan
al-Hadis. Yakin dan beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti syurga,
neraka, roh merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang bertaqwa kepada
Allah swt. Di antara dalil berkenaan dengan malaikat adalah seperti berikut:

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan tidaklah ada yang mengetahui siapa tentera Tuhan itu melaikan Dia".
(al-Mudasir : 31)

وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا
عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ
أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرْتَابَ
الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي
قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا
كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء وَمَا يَعْلَمُ
جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ


Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan".
(al-Nahlu : 50)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada percikan
api".

(Riwayat Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Miraj yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat
pemerintahanNya (menerima dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya
lima puluh ribu tahun".
(al-Ma"rij : 4)

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Segala puji bagi Allah swt yang menciptakan langit dan bumi, yang
menjadikan maalaikat utusan-utusan yang brsayap dua, tiga dan empat".
(al-Fath : 1)

Dalam perkembangan kepercayaan manusia terhadap perkara ghaib sejak zaman
purbakala telah ada kepercayaan kepada dewa-dewa. Orang Greek di zaman purba
mempercayai adanya dewa-dewa. Demikian juga orang Tionghoa dan Mesir.
Kadang-kadang kepercayaan kepada dewa-dewa ini dihubungkaitkan dengan
bintang-bintang. Contohnya orang Greek (Yunani) mempercayai bintang Mars
adalah dewa peperangan. Demikian juga ada yang mempercayai bahawa malaikat
itu adalah anak perempuan Tuhan.

Setelah fahaman "ketauhidan" menjadi jelas di dalam Islam, maka tegaklah
kepercayaan bahawa persembahan dan pemujaan hanyalah kepada Allah
semata-mata. Malaikat-malaikat bukanlah Tuhan dan tiada kuasa. Ia tidak
dapat memakbulkan permohonan makhluk. Kita tidak perlu takut kepada malaikat
kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah swt.
Demikianlah halusnya pokok kepercayaan dalam Islam sehingga memuja malaikat
adalah termasuk dalam perbuatan syirik yang membatalkan akidah seseorang.

Menurut athar Said bin al-Musayyib bahawa malaikat itu bukan lelaki dan
bukan perempuan, mereka tidak makan atau minum dan tidak tidur. Bilangan
malaikat amatlah ramai. Tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah swt.
Setiap orang wajib beriman kepada malaikat secara ijmal kecuaili sepuluh
malaikat sahaja diwajibkan kita beriman secara tafsil sebagaimana berikut:

Jibril

Malaikat pertama yang dianggap sebagai penghulu sekelian malaikat. Dia juga
bernama Namus, Ruh al-Amin (roh yang diberi keperrcayaan) dan Ruh al-Qudus
(roh yang suci). Tugasnya yang utama ialah menerima perintah Allah swt untuk
disampaikan kepada para Nabi dan Rasul. Oleh kerana ruh Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul itu telah mendapat latihan yang cukup dan istimewa sehingga
memudahkan hubungannya dengan alam ghaib. Maka dapatlah mereka melihat dan
berhubung nyata dengan Malaikat Jibril itu. Nabi Muhammad saw pertama kali
berjumpa dengan Jibril ialah semasa menerima wahyu pertama di gua Hira" di
atas bukit Nur. Datang berupa seorang lelaki berpakaian serba putih.
Demikian juga semasa Isra dan Mi"raj Nabi saw ditemani oleh Jibril
alaihissalam.

Jibril pernah merupakan dirinya sebagai seorang sahabat Nabi saw yang muda
dan pantas sikapnya iaitu Dahiyah al-Kalbi. Menurut hadis Bukhari dan Muslim
yang diriwayatkan oleh Saidina Omar al-Khatab menyatakan bahawa Jibril
merupa seorang lelaki datang ke majlis Rasulullah saw mengemukakan
pertanyaan berkaitan dengan Iman, Islam dan Ihsan. Semua sahabat Rasulullah
saw yang hadir melihatnya.

Di waktu Rasulullah saw menghembuskan nafasnya yang penghabisan Jibril turut
hadir di sisi Baginda saw. Sebab Rasulullah saw berkata "Jibril ! Jibril !
Dekatlah kepadaku". (Hamka, 1988).

Kitab-kitab suci dan suuf yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran diturunkan melalui perantaraan
Jibril as.

Mikail

Malaikat Mikail tugasnya mengurus hal ehwal penghidupan. Mengatur rezki,
hujan dan sebagainya. Mengatus perjalanan matahari, bumi, bulan dan
cakrawala ini. Peredaran matahari dan bintang menyebabkan berlakunya siang
dan malam. Ia menjaga perjalanan alam ini sehingga segala sesuatu itu
berjalan dengan lancar di dalam peraturan yang ditentukan. Yang berat turun
ke bawah, yang ringan terapung ke atas dan tenaga tarik menarik yang ada
semuanya dalam lingkungan tugas Mikail.

Izrail

Izrail terkenal denganpanggilan "Malaikat Maut". Bertugas mencabut nyawa
segala makhluk yang bernyawa di alam ini apabila tiba masanya. Izrail tidak
akan datang kalau kita belum "dipanggil". Walaupun di kiri kanan kita
bergelimpangan mayat-mayat, kita tidak akan mati kalau belum tiba giliran.
Dan kalau tiba giliran ke mana kita menyembunyikan diri Izrail tetap
menunggu kita. Walaupun kita berada dalam perti besai yang kukuh sekalipun.

Kita tidak tahu bila Izrail akan datang kepada kita. Kita juga tidak boleh
cemas kerana dia pasti datang. Kecemasan boleh dihilangkan dengan memenuhi
hidup kita melakukan kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Tugasnya meniup sangkakala (Shur). Tiupan pertama memusnahkan seluruh alam
ini melainkan perkara-perkara yang tidak diizinkan Allah swt musnah.

Kesan Akidah Islam

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai
kepribadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku,
percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah
Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan
menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti
berikut:

3.7.1 Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha
esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan
gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt.

3.7.2 Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.

509 3.7.3 Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan
terpuji.

Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa,
tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di
samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria",
takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat.

3.7.4 Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis
dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia
di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian
di akhirat.

3.7.5 Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya,
mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang
mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil
kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih
nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh
merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.

3.7.6 Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke
hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah
berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah
masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka.
Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran
dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

3.7.7 Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan
kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang
harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa
disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.

3.7.8 Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau
hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.

3.7.9 Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke
jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah
sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir
demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa
untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan
dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.

Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam
di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh
akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai
unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari
menghayati Akidah Islam yang sebenar.

Akhlak & Disiplin Di Dalam Harakah Islamiah

Oleh TG Haji Abdul Hadi Awang

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah
atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat
terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala' dan melengkapkan
diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan
prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh
itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang
mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan
muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat
pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan
sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana
Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga
didaulatkan.

Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui
Rasullah, dia berkata:

"Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana
mahu disebut orang, berperang kerana riya', maka siapakah yang dikira
berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya
'kalimatullah' itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan
Allah."

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada
melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain
daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah, maksudnya:

"Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri
kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus."
(al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan
hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya', ujub dan sum'ah.

Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala
tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut
bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada
perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun
dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:

"Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang
tidak tahu". (Yunus : 189)

Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:

"Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu
lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku
beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah."

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka
diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah
sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara
untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah
amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan,
iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari
medan perjuangan."

Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan
pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan
yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan
pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa
senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam
perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:

"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan
Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)". (an-Nisa : 59)

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan
melakukan bai'ah di antara Baitul 'Aqabah yang terkenal sebelum melakukan
hijrah.

Di dalam Bai'ah itu Rasulullah bersabda:

"Berbai'ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa
malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan
menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama
Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba
kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku."

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan
dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut
yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang
mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh
membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh
anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak
boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera
masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu
sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di
dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang
yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

Wala'

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan
kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan
pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara
menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala'
dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan
secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:

"Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman
yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku'"

(al Maidah : 55)

Wala' dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala' itu kepada beberapa aspek yang perlu
diberikan penekanan.

a) Wala' terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala' dalam aspek ini
berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya,
wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan
segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang
wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala' kepada Allah dan rasul secara
mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi
bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti
Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala' kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi
bai'ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala' kepada kumpulan lain samada
yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah
dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan
jenteranya.

Adapun wala' kepada jamaah itu bergantung kepada wala' jamaah terhadap
aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli
mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala' kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang
penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala'
kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh
tanggungjawab. Wala' ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga
bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman Allah, maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu
dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."

(ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara
menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah
menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

1. Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah

2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya

3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah

4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya

yang boleh

5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah

6. Beramal dengan akhlak Islam

7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi
atau

merugikan jamaah

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap
ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi
meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan
individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan
jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.

28 Mei 2007

Konsep Kepimpinan Dalam Islam

KOOleh : Abdul Wahab b Hj Zakaria, UTM. KL.
Pendahuluan
Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala:

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan"
(Surah Shaad ayat 26)
Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab

"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
(Surah Al-Maidah ayat 49)
Firman Allah lagi
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"
Firman Allah Taala selanjutnya:
"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",
Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:
Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabi-Nya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.
Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).
Firman Allah:
"Sesiapa yang taat kepada Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".
Firmannya lagi .
"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"
dan berfirman lagi:
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".
Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya"
Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."
Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep pimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah
Al-Quran,
Al-sunnah
Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."
Megujudkankan pimpinan yang diredhai Allah
Meujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
maksud ayat (A1i-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..."
Maksud ayat (Al-Taubah 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "
maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh
Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.
Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar
Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.
Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir."
(Surah Al-Rum ayat 21).
Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman

Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,'
(surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)
Contoh yang lain Allah berfirman:

" Dan (hamba-hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."
(Surah al-Furqan ayat 63-75)
Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.
Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin
Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:
Muslim,'akil baligh dan laki-laki
Adil Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Berilmu Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.
Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
Beradab mengikut akhlak Islam, Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.
Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah
Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.
Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.
Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam
Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:
Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
Menjaga kesejahteraan umat
Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.
Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.
Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.
Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.
Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.
Pimpinan dalam rumahtangga
Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.
Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:
Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.
Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:
Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan".
Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.
Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.
Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak
Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:
Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.
Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di teli.nga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu".
Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.
Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.
Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."
Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."
Piminan ketua tentera
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut:
Pimpinan guru terhadap muridnya
seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara'
Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.
Kesimpulan
Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
"Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup

".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'lam

27 Mei 2007

Salam Permulaan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya bina satu blog yang saya harapkan akan dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung.

Komentar dan sumbangan semua sangat diharapkan untuk faedah kita bersama.

Selamat .....

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata