Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

07 Oktober 2008

Kebajikan Guru Perlu Diutamakan

 
 Cadangan untuk mengadakan sambutan hari guru di Malaysia sebanyak dua kali setahun telah dilontarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail apabila pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan bahawa Sambutan Hari Guru Sedunia adalah pada 5 November walaupun ianya masih lagi di dalam peringkat perbincangan.





Saya bersetuju dengan kata-kata Datuk Razali bahawa sambutan hari Guru adalah sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik namun saya lebih melihat bahawa bukannya sambutan sahaja yang perlu dititikberatkan tetapi tugas yang semakin dibebankan kepada guru perlu juga diambil perhatian.

Bebanan tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana sejak beberapa tahun ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali bermulanya musim persekolahan.

Sebagai contohnya, pada 8 Januari 2006 dalam laporan Berita Harian telah mendedahkan bahawa guru-guru di Malaysia menjalankan tugas secara berlebihan selama 74 jam seminggu sedangkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan bahawa maksimum jam bekerja adalah 48 jam sahaja.

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain – pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru' meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru. Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias (rujuk
http://dppnjohor.blogspot.com/2006/01/bebanan-kerja-guru-berpunca-daripada.html )

Sebab itu saya katakan bahawa bukannya sambutan Hari Guru yang perlu diutamakan tetapi tugas dan bebanan kerja guru-guru yang perlu diberikan perhatian oleh KPM. Guru-guru adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/


Hari guru mungkin disambut dua kali setahun - Bernama
06/10/2008 4:48pm

KUALA TERENGGANU 6 Okt. — Golongan guru di negara ini mungkin menyambut Hari Guru sebanyak dua kali dalam setahun, berikutan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov.

Bagaimanapun persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara ini masih berbincang sama ada untuk menyambut Hari Guru sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Sambutan Hari Guru di negara ini disambut pada 16 Mei setiap tahun.

"Tarikh sambutan Hari Guru Sedunia telah diisytihar oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB baru-baru ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan dan dunia.

"Kedua-duanya tetap sama iaitu untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik," katanya. — BERNAMA


0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata