Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

01 November 2008

Waspada terhadap golongan sesat di kalangan umat Islam

Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan umatnya sejak empat belas abad yang lalu, iaitu satu tempoh yang agak lama, sepeninggalan baginda sebenarnya telah memberikan banyak input mengenai Islam dalam bentuk yang mudah difahami, apatah lagi umat hari ini yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang mudah untuk memahami sesuatu, kerana mereka semakin cerdik.

Namun begitu, apa yang sepatutnya diharapkan dari umat ini ialah bagaimana mereka boleh menjadi individu-individu yang terbaik dalam segenap aktiviti atau agenda harian hidup mereka, kerana peluang dan kesempatan untuk mereka menggarap khazanah ilmu peninggalan baginda Rasulullah s.a.w. terbentang luas, sepatutnya mereka boleh jadi lebih baik dibandingkan umat terdahulu, sama ada di kalangan para sahabat, tabi'in dan generasi selepas itu.

Tetapi apa yang dapat dilihat di kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.

Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., "bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka."

Justeru, tidak hairanlah jika mereka bertindak sesuatu yang menyalahi ajaran agama Islam, akibat daripada menjauhkan diri daripada ulama yang merupakan pewaris nabi-nabi, malah mewarisi tugas, kerja, peranan nabi-nabi dalam menyampaikan kebenaran untuk menyeru manusia seluruhnya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : "Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka."

Jelas daripada apa yang ditegaskan oleh baginda, sesungguhnya bagi mereka yang benar-benar komited dengan Islam, berusaha untuk menyampaikannya kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama akan berhadapan dengan golongan-golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai anti kepada Islam yang mesti dibendung dengan apa cara sekalipun , lebih-lebih lagi golongan pemerintah.

Kenapa tidak, kerana golongan-golongan tersebut boleh memudaratkan akidah, pegangan, kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Islam yang lemah cara berfikirnya, dibimbangi akan mendatangkan musibah yang berpanjangan pada masa akan datang.

Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Begitu juga dengan golongan yang mencipta agama baru, seperti lahirnya golongan yang mengaku menjadi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., seperti Kahar Ahmad, Ayah pin dan lain-lain yang masih aktif dengan penyelewengan mereka yang sepatutnya dihukum sebagai terkeluar daripada agama Islam, namun penguatkuasaan ke atas mereka masih berada pada jalan buntu yang belum dirungkai.

Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, "sisters in Islam" dan lain-lain yang jelas menunjukkan kejahilan mereka mengenai Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam yang jelas menyimpang jauh daripada landasan Islam sebenar.

Yang dibimbangkan, jika golongan-golongan berkenaan tidak dibendung dengan kadar segera oleh pihak berkuasa, lambat laun akan mempengaruhi umat khususnya di kalangan golongan remaja yang longgar ikatan dan hubungan mereka dengan Islam, kerana golongan-golongan berkenaan tidak pernah berdiam diri daripada berperanan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Islam mengikut acuan mereka yang tidak selari dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata