Petang itu, Pak Akob memandu kereta Morris Minornya yang cukup disayangi. Walaupun banyak juga orang kampung yang merungut yang keretanya mengganggu pemandu lain kerana kelembapan kereta itu dipandu tapi Pak Akob tak peduli, baginya biarlah apa orang nak kata,dia tetap memandu kereta itu juga.
Bukan dirinya tangkai jering tapi hakikatnya begitulah, baginya hartanya perlu dikekalkan dan jika dia membeli kereta baru, bermakna hartanya akan berkurangan nanti.

Sedang asyik dia memandu, tiba-tiba dia terpandang sekumpulan orang sedang berkumpul di tepi jalan untuk melihat mangsa kemalangan yang berlaku di situ. Pak Akob pun memberhentikan kereta Morris Minornya itu.
Pak Akob pun menghampiri kumpulan tersebut, Pak Akob cuma menyelit masuk dalam kumpulan tadi untuk melihat mangsa kemalangan tersebut tetapi tidak berjaya. Lalu Pak Akob pun menggunakan helahnya dan berteriak, "Tepi, tepi aku nak tengok anak aku, anak aku yang accident tu, "Semua orang yang berada di situ terdiam dan terus memandang ke arah Pak Akob. Pak Akob tak peduli dengan pandangan mereka, baginya yang penting dia mesti lihat dengan mata kepalanya sendiri, mangsa kemalangan tersebut.
Sebaik sahaja Pak Akob melihat mangsa kemalangan tersebut, maka terkeluarlah perkataan daripada orang ramai yang melihat kejadian itu, "Oh,inilah dianya bapak kambing tu tadi!"
Dengan muka yang merah padam, Pak Akob terus berlari pergi dengan meninggalkan kereta Morris Minornya. Orang ramai yang ada di situ habis gelak ketawa melihat Pak Akob.
Moral: Dalam hidup ni bertanya tu penting, jangan rasa macam best aje

0 komentar:
Catat Ulasan