Apabila menatap akhbar, sedarlah penulis, Ahad, 21 Jun ini  adalah Hari Bapa. Penulis pun membaca beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah  rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus.  Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.  Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi  kepada si bapa, umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan  menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah  ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai  juadah lain di restoran mereka.   Sebuah rencana bermula dengan ayat, 'Kasih ibu bawa ke syurga,  kasih bapa tiada penghujungnya'. Membaca ungkapan ini, melayanglah ingatan  penulis akan tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah di masjid ketika solat Jumaat  hari ini (19 Jun). Kedua-dua majlis ini memperkatakan perkara yang sama - Hari  Bapa - dengan penceramah menekankan akan tanggungjawab bapa kepada anak manakala  khatib membawa persoalan solat.   Kata penceramah, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi  seorang bapa. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam  (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.   Pertama adalah sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat dan  ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Penceramah berhujah, adakah anak  yang kita kasihi sekarang ini, akan mendatangkan manfaat kepada kita apabila  kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya?   Muhasabah (koreksi)lah diri, apakah benar kita sudah  menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan,  eloklah ditanya soalan ini.   Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan  jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku? Atau  adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok  di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok  bilal, pak imam dan sebagainya?   Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh.  Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk  menjadi orang soleh dan solehah?   Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa;  jarang benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si  anak; hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga  bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna, atau si anak  menjadi seorang artis berjaya.   Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa  berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selama saja  berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung,  tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat.  Adakah pak haji dan mak aji ini fikir dia saja nak masuk syurga; anak-anak  lantak kau oranglah.   Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum,  tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab  sembahyang? Perkara inilah ditekankan oleh khatib dalam khutbah Jumaatnya.   Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah  dibereskan tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan  solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah  membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan  profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti  solat tidak beres?   Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan  solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada  senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah  kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita  sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak  sembahyang?   Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa  ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak  soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada  Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku  nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku  sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!   Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha  keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan  berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah  Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat  bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.   Selain seorang bapa, kita sebenarnya adalah juga seorang anak.  Adakah kita seorang anak yang termasuk dalam golongan soleh yang dapat menolong  orang tua kita di alam ini atau di alam sana?   Akuilah kita gagal menjadi seorang anak yang baik dan juga  seorang bapa yang baik. Kepada-Nya kita mengadu, Ya Allah, Kau ampunilah  dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, datuk moyang dan zuriat-zuriat kami dan sekalian  Muslimin dan Musliman kerana kegagalan kami menjadi anak dan bapa yang baik  sebagaimana kehendak-Mu.   Kerana gagal menjadi bapa dan anak yang baik, apakah kita rela  tersengih-sengih menyambut Hari Bapa ciptaan Barat itu, apatah lagi dengan  menghadiri majlis yang menambahkan koleksi maksiat dan dosa kita kepada-Nya?   * Artikel lain penulis boleh diakses di Lanh14.blogspot.com _  
Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
> Radio Kita Untuk Kita Kita...
      
      
      
?>
| Launch in external player | 
Daftar Sekarang
Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....
| 
   | 
| Melanggan jqafkent | 
| Lawat jqafkent groups | 
21 Jun 2009
Berbanggakah anda menyambut Hari Bapa?
Telah dihantar oleh KITA pada 13:41
Topik Dari JAPIM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Khat Arabi
Sukatan Baru
Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan
مبادئ البحث التربوي 	
	Publish at Scribd or explore others:			

1 komentar:
sangat bagus artikel ni ustaz....sebenarnye ramai mak ayah yang tak sedar yang anak tu aset paling berharga dunia dan akhirat. Zaman sekarang ramai mak ayah yg dh ikut telunjuk anak. Lebih takut anak marah daripada hukum Tuhan...nauzubillah...semoga dijauhkan!
Catat Ulasan