Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

28 September 2009

Sudah lahirkah suatu umat yang bersyukur?

Oleh Dinsman

Malam itu saya diajak seorang kawan, Qosim, untuk ikut bersama dengannya berjumpa kawan lamanya sambil makan malam di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu. Saya ikut saja tanpa bertanya latar belakang siapakah kawannya itu, selain diberitahu dia seorang ketua jabatan kerajaan persekutuan di Kelantan.

  Rupa-rupanya mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Bukan sahaja pernah bekerja dalam satu jabatan di luar Kelantan, malah kenal baik pula dengan isteri dan anak masing-masing. Kawannya itu pun turut membawa isteri dan seorang anak perempuannya bersama. Maka rancaklah mereka berbual, kerana lama tak berjumpa. Bercakap mengenai kawan-kawan yang pernah bekerja dalam jabatan yang sama, yang rupa-rupanya dikenali juga oleh isterinya. Mungkin isterinya juga pernah bekerja di jabatan yang sama, tak tahulah. Dan berdasarkan perbualan mereka, tahulah saya yang mereka pernah bekerja di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Dan akhirnya, seperti lazimnya, tentulah kawan saya ini akan bertanya – bagaimana kerja di sini, seronokkah atau tidak (berbanding dengan di negeri-negeri lain)? Ya, inilah yang menarik perhatian saya. Tanpa dijangka sama sekali. Kerana percakapan kami strictly mengenai hubungan persahabatan, tanpa sedikit pun menyentuh soal politik atau isu-isu semasa, hingga saya diam-diam membuat rumusan di dalam diri bahawa orang ini betul-betul profesional dan teknikal. Memang pun dia seorang profesional yang bertugas dalam lapangan dan jabatan yang melibatkan hal-hal teknikal. Namun khidmat mereka adalah khidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum atau golongan. Makanya apabila dia menjawab soalan Qosim tadi, dan jawapannya begitu spontan dan selamba, saya amat tertarik dengan jawapannya. "Seronok kerja di sini. Tak ada masalah. Senang banyak berbanding dengan kerja di tempat-tempat lain sebelum ni." Itu mukadimahnya, yang menarik perhatian saya. Dan tentulah saya seperti tak sabar-sabar menantikan penjelasannya, tetapi segan hendak bertanya. Namun dengan spontan dan selamba juga dia meneruskan jawapannya, tanpa menunjukkan apa-apa kecenderungan politik. Strictly professional nampaknya. "Memanglah, kalau dari segi peruntukan tu memang ada masalah. Abang pun tahu, kerajaan pusat banyak menyekat peruntukan untuk negeri Kelantan. Tetapi itu tak bagi masalah kepada saya," katanya, dengan membahasakan 'abang' kepada Qosim. Dan dia terus bercerita, selamba dan spontan: "Orang-orang di sini faham. Mereka ini masyarakat yang bersyukur. Kalau ada projek yang tak dapat dibuat pun, mereka terima, dan mereka ajak pula kita berdoa. 'Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah membukakan rezeki kita.' Selalu mereka cakap begitu." Itu yang menarik perhatian saya – ungkapan bahawa "mereka ini masyarakat yang bersyukur". Seingat saya inilah pertama kali saya mendengar orang menyifatkan atau melabelkan masyarakat Kelantan sebagai "masyarakat yang bersyukur". Ah, waktu itu saya pun melimpah-limpah rasa bersyukur di dalam diri. Biarlah apa pun perbalahan yang sedang berlaku di luar sana, khasnya di kawasan pilihan raya kecil Permatang Pasir, dengan segala tuduhan-tuduhan liar terhadap Tok Guru Nik Aziz, mengatakan dia ekstrim dan menyelewengkan fahaman agama dan sebagainya, namun di sini sekarang saya sedang mendengar satu ungkapan yang sangat tinggi nilainya. Ungkapan itu bukan diucapkan oleh orang politik atau orang berkepentingan politik, atau orang yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu, tetapi diucapkan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan persekutuan, kepada seorang kawan lamanya, yang sekadar berceritakan hal dirinya dan suasana kerjanya. "Dan yang paling pentingnya," katanya lagi, bercerita kepada Qosim, "kerja di sini paling tak ada stress. Kalau di negeri lain, bila ada menteri nak datang, atau exco nak datang, kita kena pastikan orang ramai akan hadir. Kalau tak, kita kena marah. Di sini tak ada itu semua. Exco hadirkah, atau Menteri Besar hadirkah, macam itu saja. Tak ada tekanan langsung. Kita buat kerja kita macam biasa." Katanya lagi, "Campur tangan politik tak ada di sini. Exco nak melobi, nak minta itu ini, tak ada. Kita buat kerja kita betul-betul cara professional." Dan ini disokong pula oleh isterinya, yang menceritakan perihal perubahan pada diri suaminya. "Nampak dia kerja lebih releks dan enjoy di sini," katanya. Hanya kemudian baru saya tahu rupa-rupanya mereka suami isteri itu bukan orang Kelantan. Sekarang mereka tinggal di Kelantan ialah kerana kerja. Beberapa tahun lagi akan pencen. Maka mereka sedang berfikir samada hendak terus menetap di Kelantan atau balik ke Perak, atau ke Kedah, kampung asal mereka. "Sesekali terfikir untuk terus menetap di sini," kata si suami. "Menjadi sebahagian daripada masyarakat yang bersyukur." Ya, masyarakat yang bersyukur, atau umat yang bersyukur, adalah suatu keadaan masyarakat atau umat yang hampir kepada yang sempurna, atau yang ideal. Seperti sebuah Utopia. Sesuatu yang hanya diimpikan kewujudannya. Tetapi baru malam tadi saya mendengarnya diucapkan secara real oleh seorang pegawai tadbir kerajaan yang berpengalaman.  Tidakkah ini suatu berita yang sangat menggembirakan? Dan ini bukannya suatu yang terjadi dengan sendirinya, atau terjadi secara kebetulan. Ini adalah suatu pencapaian, hasil daripada kepimpinan dan suatu sistem pentadbiran yang lain, bukan sistem pentadbiran arus perdana yang banyak dikenali umum itu.  Memang ini bukan suatu pengiktirafan yang dibuat sebagai hasil suatu kajian terhadap masyarakat Kelantan baru dibawah kepimpinan ulamak Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu cetusan pemikiran atau tanggapan yang genuine, dan bukan yang direka-reka atau diada-adakan kerana tujuan tertentu.  

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

Kesan Calar Aidilfitri 1430

Oleh Azizi Hj Abdullah

Aidilfitri 1430 sudah berlalu. Ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aid itu sendiri kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam kita menyambut hari aid ini. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronkan..Hari aid telah ditunggang balik tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenar. Golongan ini telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pangkal.



Apa sudahnya jika hal ini berlarutan? Siapa yang bertanggung jawab untuk membetulkan hal ini? Barangkali boleh kita letakkan tanggung jawab ini kepada:

1. Seorang menteri yang berkuasa dalam Kementerian Komunikasi yang juga berkuasa dalam lesen Astro atau dalam bidang penyiaran swasta.
2. Pengarah dan penerbit rancangan hiburan di mana-mana stesen penyiaran.
3. Pelakon, artis, budayawan, fesyen, modeling atau setidak-tidaknya pengarah/ penerbit persembahan.
4. Editor ruangan hiburan atau editor akhbar, majallah dan,
5. Sesiapa yang dirasakan ada memain peranan dengan bidang ini menjelang hariraya.

Golongan-golongan ini mestilah diberi penerangan yang sungguh-sungguh dengan hujah dan hukum. Beri ceramah dan kaunseling yang berkesan tentang salah betul apa yang dikata agama itu. Dan kemudiannya dikuatkuasakan pula oleh undang-undang, di mana menteri berkenaan dan pihak berkuasa komunikasi sudah faham segala-galanya.

Jangan jadi hukum sebat Kartika. Hukum ada tetapi pelaksaaannya uk-ak-uk-ak.

Tulisan ini akan dianggap melampau. Tetapi soalnya kita telah membiarkan hal ini sedemikian lama, maka apakah kita tidak mahu sama-sama membetulkannya?

Aidilfitri sebenarnya sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan, maka Allah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari itu Allah menghalalkan berbuka dan mengharamkan berpuasa Tapi mengapa ada golongan yang mengubah tuntutan aid ini dengan imej gila dan tidak ada kena mengena dengan aid.

Dulu kongsi raya. Ada pemimpin beria-ria kata bagus. Pembodek pun kata bagus. Pada tak betul. Yang tak betul ialah amalannya. Tapi kerana kejahilan, perkara itu jadi acara Aid Islam.

Kini program hiburan menjadi program hari raya. Hari raya semacam tidak sah kalau tidak ada program ini. Siapa yang mengajar? Petua mana yang diambil? Ke mana JAKIM, IKIM pula mana dakwahnya. YADIM apa kuasanya? Menteri Penerangan Islam, Kementerian Komunikasi, masakan boleh membiar begitu saja.



Kalau ada golongan yang bawa kepala lembu di katakan mencemar kesucian. Kartun Nabi Muhamad, menghina Islam. Soal penjualan arak di katakan tak jaga maruah Islam. Sebut Tuhan samseng melenting kata kurang ajar. Rasul melayu ditangkap. Tetapi apabila ada program mencemar kemuliaan raya, digalakkan pula.

Bukan mereka tidak tahu di antara adab-adab dan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menyambut kedatangan hari raya, tapi sayangkan mereka degil. Tak pula dimasukkan ke ISA kerana menghina agama.

Golongan yang disebutkan di atas sebenarnya tidak memahaimi apa yang mereka lakukan itu adakah maruah hari raya atau hiburan hari raya. Bagi mereka hari raya ialah:

1. Pendedahan pelakon A bertunang dengan B, seiring sejalan menghantar tunang balik kampung di perhentian keretapi. Itulah upacara hari raya.
2. Bagi mereka hadiah hariraya ialah pengumuman ia membintangi drama hariraya?
3. Bagi mereka tidak nama hari raya jika tidak dengan Mega Raya Aidilfitri?
4. Bagi mereka hari raya ialah dengan adanya program drama Apek, Raja Azura, Nabil atau Aziz Satar.
5. Bagi mereka, kemeriahan hari raya ialah dengan adanya Roda-roda hari raya?
6. Bagi mereka hari raya mesti ada program telatah dan jeritan dan lompat gedik Aznil Nawawi dengan rancangannyanya?
7. Bagi mereka hari raya mesti ada tayangan filem Duyung, di mana Maya Karin berkemban sisik?
8. Bagi mereka petua memeriahkan hari raya umat Islam ialah hidangan I `m Not Singgle. Tasbeh dan takbir raya ialah dengan pendedahan Pierre Andre dengan Maya Karin dipaksa kahwin dalam usia muda melalui filem untuk hari raya?
9. Bagi mereka persembahan sempena hariraya hanya dengan kemunculan Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana?
10. Kenapa mesti meletakkan acara sempena hariraya umat Islam dengan Impak Maksima, Nana Tanjung3 yang menggambarkan seorang bapa kena main dan dibuli oleh anak-anak?
11. Apakah dengan tidak ada acara Habibi Mawi Aidilfitri maka hariraya tidak wujud?
12. Filem-filem hancai dan tidak memberi apa-apa makna selain menjerat emosi anak-anak muda, seperti syarat wajib tayang menjelang Aidil Fitri. Maka apakah rancangan hariraya dengan Kelab Pop, Fantasia, Macam-macam Aznil, Evolusi KL Drift, Monsert Reunion Af7 itu benar-benar dituntut oleh adab-adab hari raya?
13. Apakah megahnya hari raya dengan konsert Datuk Siti Nurhaliza dan akan tambah nilaikah fadilat hari raya?
14. Pihak rikod dan perushaan CD juga berebut-rebut menjelang raya, kononnya mahu mengambil sempena hariraya. Apakah hari raya hari MTV Karaoke Raya? Hari Nostalgia lagu raya? Hari Kompilasi lagu lama baru? Itulah amalan hari raya?
15. Apakah keberkatan hari raya kesahnya Abby yang sudah jadi solo dan menduduki rumah baru? Megah apa untuk hari raya hanya kesah seorang artis dikapit anak-anak yang bapanya sudah bercerai?
16. Tak jadi hari rayakah jika tidak ada Santai Bersama Seloka Lebaran.
17. Tak berserikah hari raya jika tidak menayang pakaian cantik dari modelling yang menyatakan gembira sambul lebaran dengan teman lelaki?
18. Bermaknakah hari raya yang mulia lalu diberita tentang seorang mantan johan menyanyi yang menangis di hari raya?
19. Itukah hariraya dengan barisan modeling menyatakan inilah songket sempena hariraya?
20. Hari rayakah kalau hanya dengan artis-artis kacau dodol di pakarangan rumah, kemudian pakat-pakat menyanyi hari raya?

Betulkah program seperti ini untuk hari raya umat Islam? Siapa yang mengajar mereka? Siapa yang merancang program seperti ini?

Ternyata mereka: dari peringkat kementerian, pengawal selia media, pengarah rancangan, penerbit, edtitor, pengarah drama, yang melulus rancangan, yang menamakan slot itu sempena hari raya perlu menilai semula minda, pengetahuan yang sedia ada. Setidak-tidak-tidaknya tanya minda sendiri, apakah ini betul program hari raya yang dituntut oleh Islam?

Atau yang bertanggung jawab dalam soal ini perlu berhimpun dan jemputlah pula mana-mana badan, alim ulama, cendekiawan agar hari raya tidak dicaca merbakan dengan program yang tidak ada sangkut paut dengan kemuliaan dan tuntutan hariraya dari sudut agama. Kalau sekadar menari, menyanyi, hiasan lampu dan pelita, kawah dodol dan lawak bodoh, filem-filem yang tak sampai ke mana, bukan hari raya pun boleh dibuat. Tetapi mengapa hari mulia dengan adab-adabnya yang tersendiri, kita menempelnya menjadi program raya?

Ini belum disebut tentang konsert hari raya. Dari mana nama dan konsep ini datang? Tapi sayang umat Islam tetap tidak peka. Apabila ada sekumpulan membantah, dituduh bermacam-macam. Yang anihnya, pegawai yang meluluskan permit pun tumpang sekaki dengan erti kosert raya seperti itu.

Kita sudah banyak menyeleweng. Pihak JAKIM, IKIM, YADIM, YAPEIM dan institusi keagamaan, alim ulamak dalam kerajaan, Pusat Pengajian Islam, Kementerian Penerangan, Komunikasi, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah penyiaran, ketua editor akhbar, majallah, TV dan lain-lain perlu mengambil satu sikap memelihara kemuliaan hari raya. Kita sudah lama tersasar.

16 Sept. sepatutnya dihargai



Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Hari ini genap 46 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Sejak 2008, tanggal 16 September setiap tahun akan diingati sebagai Hari Malaysia.

Dengan perisytiharan ini diharap mengubah sikap kurang sedar oleh sebilangan besar rakyat tentang tarikh pembentukan Malaysia. Ini terjadi kerana kita lebih mengingati tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 berbanding dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September 1963. Tetapi Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Barangkali untuk rakyat mengingati tarikh ini maka wajar 16 September dijadikan hari cuti umum di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengenang hari penubuhan Malaysia.

Lebih-lebih lagi tiada program sambutan secara besar-besaran dianjurkan di seluruh negara pada tarikh tersebut sejak dahulu lagi. Oleh itu bukan pelik tarikh bersejarah ini berlalu tanpa timbul rasa perbezaan dengan hari-hari biasa. Oleh kerana tarikh 16 September jatuh dalam bulan Ramadan, umat Islam berpuasa maka tiada sambutan diadakan.

Jika tahun-tahun terdahulu, Hari Malaysia disambut - itu pun kerana meraikan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan ia hanya diadakan di negeri yang menjadi tuan rumah sambutan itu sahaja. Liputan yang diberikan oleh pihak media juga kurang meluas.

Apakah benar sesetengah rakyat negara ini tidak menghargai tarikh bersejarah 16 September 1963? Jangan salahkan pandangan bahawa kita sendiri mendiskriminasi tarikh 16 September berbanding tarikh 31 Ogos, sedangkan kedua-dua tarikh itu sama penting dalam lipatan sejarah negara.

Atau rakyat Malaysia lebih mengingati 16 September sebagai tarikh cadangan penubuhan kerajaan baru seperti dicanangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tahun lalu.

Mujur tarikh itu tidak mencipta sejarah kerana ia hanya satu impian Anwar semata-mata. Sebab itu, kerajaan wajar mengangkat Hari Malaysia setaraf dengan tarikh 31 Ogos agar tarikh terbentuknya negara kita lebih dihayati, dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat.

Hubungan antara kaum yang dilihat agak longgar sejak dua tahun kebelakangan ini perlu dipulihkan.

Jika tarikh 16 September dijadikan cuti umum maka elok hari tersebut diadakan acara yang memupuk perpaduan kaum termasuk melibatkan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.

Pada 16 September 1963 , Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia itu membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British melalui Malaysia.

Berdasarkan geopolitik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960-an, penyatuan itu lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutama daripada ancaman komunis.

Dalam proses pembentukannya, gagasan itu ditentang oleh Filipina dan Indonesia. Beberapa tahun lalu Manila mengisytihar tidak akan menuntut Sabah yang berada dalam Malaysia.

Tetapi berlainan dengan Indonesia, masih ada api dalam sekam yang masih berbara. Dalam kempen pembersihan rakyat Malaysia di Indonesia sejak tiga minggu lalu pemerhati politik Datuk Hashim Suboh berpandangan, rakyat kita perlu sentiasa kekal matang, cerdik, bijaksana dan rasional.

"Rakyat Indonesia khususnya politikus, karyawan media, pemimpin NGO dan mahasiswa sebenarnya baru mula bernafas dalam udara demokrasi.

"Mereka yang ghairah tentang hak, ketelusan dan keterbukaan ini akan lambat-laun menyedari bahawa di alam realitinya bangsa Indonesia tidak boleh dimajukan dengan sajian politik retorik semata-mata," jelas Hashim ketika dihubungi.

Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia, kata beliau, adalah penting untuk kita tidak lagi bersentimental dengan mereka. Buang jauh-jauh hubungan secara abang-adik kerana kita dan mereka pasti mudah terguris dan tercalar oleh sesuatu perkara berbanding dengan pola hubungan bersama rakan-rakan yang berdiri sama tinggi.

Kini terbukti penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu keputusan yang tepat dan terbukti membawa rahmat besar kepada rakyat dan kedua-dua negeri.

Dengan bukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini, tidak ada pihak boleh menafikan kewajaran penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dikecapi sejak merdeka menerusi Malaysia 46 tahun lalu, jelas berjaya mengubah landskap kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu.

Menurut Hashim yang juga Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, kejayaan memajukan negara secara seimbang tanpa membiarkan mana-mana negeri atau daerah tertinggal, daif dan kelihatan seolah-olah terabai dan dipinggirkan mestilah dijadikan matlamat utama mana-mana kerajaan dan mereka yang diangkat menjadi pemimpin kerajaan.

Konsep federalisme perlu dihayati sepenuhnya biarpun kita bersaing habis-habisan di pentas politik. Sementara politik dan demokrasi perlu dimatang dan dimurnikan, Malaysia sesungguhnya kini memerlukan persekitaran politik yang lebih kondusif, cerdik, beradab dan saling menghormati di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak mungkin telah tiba masanya parti-parti politik berasaskan negeri dinaikkan taraf atau diserapkan menjadi parti politik bertaraf nasional jika benar kita semua inginkan Malaysia yang satu dan holistik," kata Hashim.

Kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada dalam petak atau kompartmen yang berasingan telah terhakis dengan cukup jelas sebaik-baik sahaja kita menghentikan penggunaan istilah Malaysia Barat untuk merujuk Semenanjung dan Malaysia Timur untuk Sabah dan Sarawak.

"Ia tambah dimantapkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan menyeragamkan waktu yang memberikan kesan psikologi yang cukup besar kepada seluruh rakyat tentang 'kesatuan' kita.

"Pada masa yang sama kelonggaran peraturan kemasukan rakyat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak turut membantu melenyapkan perasaan 'keterasingan' yang amat tidak perlu itu.

"Supaya perasaan itu terus terhapus mungkin lebih wajar perkataan Semenanjung juga tidak perlu digunakan lagi selepas ini. Sebaliknya kita boleh terus merujuk identifikasi geografi kepada negeri atau bandar yang telah kita gunakan dengan selesa di luar perkataan Sabah dan Sarawak," jelas Hashim.

15 September 2009

Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.
 

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)

Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.

[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]

Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.

(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)

Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.

Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)

Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.

Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)

Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.

Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.

"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.

Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.

Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.

Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia.

Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."

Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.

Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata