Oleh Dinsman (Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms  0136362408) rsama dengannya berjumpa kawan lamanya sambil makan malam  di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu. Saya ikut saja tanpa bertanya latar  belakang siapakah kawannya itu, selain diberitahu dia seorang ketua jabatan  kerajaan persekutuan di Kelantan.
rsama dengannya berjumpa kawan lamanya sambil makan malam  di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu. Saya ikut saja tanpa bertanya latar  belakang siapakah kawannya itu, selain diberitahu dia seorang ketua jabatan  kerajaan persekutuan di Kelantan. 
  Rupa-rupanya mereka  mempunyai hubungan yang sangat rapat. Bukan sahaja pernah bekerja dalam satu  jabatan di luar Kelantan, malah kenal baik pula dengan isteri dan anak  masing-masing. Kawannya itu pun turut membawa isteri dan seorang anak  perempuannya bersama. Maka  rancaklah mereka berbual, kerana lama tak berjumpa. Bercakap mengenai  kawan-kawan yang pernah bekerja dalam jabatan yang sama, yang rupa-rupanya  dikenali juga oleh isterinya. Mungkin isterinya juga pernah bekerja di jabatan  yang sama, tak tahulah. Dan berdasarkan perbualan mereka, tahulah saya yang  mereka pernah bekerja di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Negeri  Sembilan. Dan akhirnya, seperti  lazimnya, tentulah kawan saya ini akan bertanya – bagaimana kerja di sini,  seronokkah atau tidak (berbanding dengan di negeri-negeri lain)? Ya, inilah yang  menarik perhatian saya. Tanpa dijangka sama sekali. Kerana percakapan kami  strictly mengenai hubungan persahabatan, tanpa sedikit pun menyentuh  soal politik atau isu-isu semasa, hingga saya diam-diam membuat rumusan di dalam  diri bahawa orang ini betul-betul profesional dan teknikal. Memang pun dia seorang profesional yang  bertugas dalam lapangan dan jabatan yang melibatkan hal-hal teknikal. Namun  khidmat mereka adalah khidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum atau golongan.  Makanya apabila dia menjawab soalan Qosim tadi, dan jawapannya begitu spontan  dan selamba, saya amat tertarik dengan jawapannya. "Seronok kerja di sini. Tak ada masalah. Senang  banyak berbanding dengan kerja di tempat-tempat lain sebelum ni." Itu mukadimahnya, yang menarik perhatian saya.  Dan tentulah saya seperti tak sabar-sabar menantikan penjelasannya, tetapi segan  hendak bertanya. Namun dengan spontan dan selamba juga dia meneruskan  jawapannya, tanpa menunjukkan apa-apa kecenderungan politik. Strictly  professional nampaknya. "Memanglah, kalau dari segi peruntukan tu memang ada masalah. Abang pun  tahu, kerajaan pusat banyak menyekat peruntukan untuk negeri Kelantan. Tetapi  itu tak bagi masalah kepada saya," katanya, dengan membahasakan 'abang' kepada  Qosim. Dan dia terus bercerita,  selamba dan spontan: "Orang-orang di sini faham. Mereka ini masyarakat yang  bersyukur. Kalau ada projek yang tak dapat dibuat pun, mereka terima, dan mereka  ajak pula kita berdoa. 'Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah membukakan  rezeki kita.' Selalu mereka cakap begitu." Itu yang menarik perhatian saya – ungkapan bahawa "mereka ini masyarakat  yang bersyukur". Seingat saya inilah pertama kali saya mendengar orang  menyifatkan atau melabelkan masyarakat Kelantan sebagai "masyarakat yang  bersyukur". Ah, waktu itu saya pun  melimpah-limpah rasa bersyukur di dalam diri. Biarlah apa pun perbalahan yang  sedang berlaku di luar sana, khasnya di kawasan pilihan raya kecil Permatang  Pasir, dengan segala tuduhan-tuduhan liar terhadap Tok Guru Nik Aziz, mengatakan  dia ekstrim dan menyelewengkan fahaman agama dan sebagainya, namun di sini  sekarang saya sedang mendengar satu ungkapan yang sangat tinggi  nilainya. Ungkapan itu bukan  diucapkan oleh orang politik atau orang berkepentingan politik, atau orang yang  mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu, tetapi diucapkan oleh seorang  pegawai tinggi kerajaan persekutuan, kepada seorang kawan lamanya, yang sekadar  berceritakan hal dirinya dan suasana kerjanya. "Dan yang paling pentingnya," katanya lagi,  bercerita kepada Qosim, "kerja di sini paling tak ada stress. Kalau di  negeri lain, bila ada menteri nak datang, atau exco nak datang, kita kena  pastikan orang ramai akan hadir. Kalau tak, kita kena marah. Di sini tak ada itu  semua. Exco hadirkah, atau Menteri Besar hadirkah, macam itu saja. Tak ada  tekanan langsung. Kita buat kerja kita macam biasa." Katanya lagi, "Campur tangan politik tak ada di  sini. Exco nak melobi, nak minta itu ini, tak ada. Kita buat kerja kita  betul-betul cara professional." Dan  ini disokong pula oleh isterinya, yang menceritakan perihal perubahan pada diri  suaminya. "Nampak dia kerja lebih releks dan enjoy di sini,"  katanya. Hanya kemudian baru saya  tahu rupa-rupanya mereka suami isteri itu bukan orang Kelantan. Sekarang mereka  tinggal di Kelantan ialah kerana kerja. Beberapa tahun lagi akan pencen. Maka  mereka sedang berfikir samada hendak terus menetap di Kelantan atau balik ke  Perak, atau ke Kedah, kampung asal mereka. "Sesekali terfikir untuk terus menetap di sini," kata si suami. "Menjadi  sebahagian daripada masyarakat yang bersyukur." Ya, masyarakat yang bersyukur, atau umat yang  bersyukur, adalah suatu keadaan masyarakat atau umat yang hampir kepada yang  sempurna, atau yang ideal. Seperti sebuah Utopia. Sesuatu yang hanya diimpikan  kewujudannya. Tetapi baru malam tadi saya mendengarnya diucapkan secara real  oleh seorang pegawai tadbir kerajaan yang berpengalaman.  Tidakkah ini suatu berita yang sangat  menggembirakan? Dan ini bukannya suatu yang terjadi dengan sendirinya, atau  terjadi secara kebetulan. Ini adalah suatu pencapaian, hasil daripada kepimpinan  dan suatu sistem pentadbiran yang lain, bukan sistem pentadbiran arus perdana  yang banyak dikenali umum itu.  Memang ini bukan suatu pengiktirafan yang dibuat sebagai hasil suatu  kajian terhadap masyarakat Kelantan baru dibawah kepimpinan ulamak Tok Guru Nik  Aziz. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu cetusan pemikiran atau  tanggapan yang genuine, dan bukan yang direka-reka atau diada-adakan  kerana tujuan tertentu.   
Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
> Radio Kita Untuk Kita Kita...
      
      
      
?>
| Launch in external player | 
Daftar Sekarang
Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....
|   | 
| Melanggan jqafkent | 
| Lawat jqafkent groups | 
28 September 2009
Sudah lahirkah suatu umat yang bersyukur?
Malam itu saya diajak seorang kawan, Qosim,  untuk ikut be
 Telah dihantar oleh KITA pada 22:46
Topik Sumbangan Ahli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Khat Arabi
Sukatan Baru
Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan
مبادئ البحث التربوي 	
	Publish at Scribd or explore others:			
 

 
0 komentar:
Catat Ulasan