KUALA LUMPUR : Maulid Rasul adalah lanjutan daripada tradisi dan warisan Syiah, demikian menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas desas-desus berhubung perarakan Maulid Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan," kata beliau melalui laman drmaza.com baru-baru ini.
Sebab itu, katanya, dalam Fatawa al-Azhar, diakui bahawa ahli sejarahwan Islam pun tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran.
Tambah beliau, mereka (Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir) turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.
"Kemudian pada tahun 488 Hijrah, amalan itu dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta'la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan.
"Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah," katanya lagi.
Adapun Kerajaan Syiah Fatimiyyah, tambah Dr Mohd Asri, mereka mempunyai agenda politik tersendiri seperti berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka.
"Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsung dalam kebanyakan negara sehingga amalan itu dibawa ke dalam negara kita ini," jelas beliau.

http://www.erapakatan.com/berita/perarakan_maulud_nabi_warisan_syiah_-_dr_mohd_asri/
0 komentar:
Catat Ulasan