Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.
Kita sentiasa dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin.
Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.
Asal-usul kaum yang laknat.
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani
Israel.
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.
Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV
Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.
Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.
Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
| Launch in external player |
Daftar Sekarang
Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....
|
|
| Melanggan jqafkent |
| Lawat jqafkent groups |
05 Jun 2009
Asal Usul Yahudi
Telah dihantar oleh KITA pada 08:11 0 komentar
Topik Dari JAPIM
02 Jun 2009
Ingat Pesan Emak!!!!
walaupun dilanda pelbagai dugaan..kamu tetap meneruskan perjuangan ..syabas wahai sahabat....Teruskan perjuangan Persetankan lagha2
Telah dihantar oleh KITA pada 00:33 1 komentar
Topik Sumbangan Ahli
30 Mei 2009
Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan. "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu. "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu. "Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut." Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi. Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat. Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari. Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat. Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu. Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat. Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya. Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur. Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w. Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya. Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat. Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia. Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu. Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur. Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati. b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok. Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020713&Itemid=91
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Telah dihantar oleh KITA pada 00:22 0 komentar
Topik Dari Sattar
Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar
Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.
Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.
Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020761&Itemid=91
Telah dihantar oleh KITA pada 00:04 0 komentar
Topik Dari Sattar
20 April 2009
Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih
Dalam keadaan di mana kita digalak untuk tidak menggunakan akal dalam memahami ajaran Allah, maka mudahlah guru-guru agama palsu untuk memenuhi hati kita dengan ajaran yang jauh menyimpang daripada Addin Allah. Sikap menidakkan sama sekali penggunaan akal adalah sikap yang dimiliki oleh golongan jahiliah.
Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:
³Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: (Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?² (Al-Baqarah:170)
Dalam ayat di atas, apabila Rasulullah menyampaikan ajaran Allah, ada satu golongan yang tanpa kritis terhadap agama yang dianuti oleh mereka, menolak ajaran yang disampaikan oleh baginda. Mereka enggan untuk menilai ajaran yang disampaikan itu dengan memikirkan sama ada agama anutan nenek moyang mereka itu warisan palsu.
Golongan jahiliah itu juga menyangka bahawa mereka menyembah Tuhan, walhal agama mereka dipenuhi pelbagai kepercayaan yang tidak masuk akal serta bersifat syirik. Mereka enggan menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana setia kepada agama warisan daripada nenek moyang mereka.
Namun dalam ayat itu, Allah mengajak kita berfikir dengan soalan yang
bermaksud: ³Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?²
Kumpulan ini berpegang teguh kepada tradisi dan upacara agama mereka dan menyangka bahawa upacara itu adalah sesuatu yang suci. Pegangan dan tindakan seperti itu mudah berlaku apabila kita enggan menggunakan akal bagi memikirkan inti ajaran Allah dan Rasul-Nya.
Pada masa sama, kaedah yang digunakan oleh iblis dalam menyesatkan manusia amat halus dan canggih. Sebagai contoh, kerap kali guru agama palsu akan menyatakan bahawa ajarannya bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, mereka yang memang jahil mengenai ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran akan menuruti kata-kata guru agama palsu itu dengan Œkeikhlasan¹ yang lahir daripada kejahilan sengaja.
Kejahilan ini dikatakan sengaja apabila seorang itu berani dengan sombongnya enggan membaca al-Quran untuk mengetahui apa yang difirmankan oleh Allah di dalamnya. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:
³Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tiada menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara kamu mengenai apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang pendusta dan sangat ingkar.² (Az-Zumar:3).
Ayat di atas jelas menerangkan keadaan di mana manusia dibawa untuk menyekutukan Allah dengan alasan tindakan seperti ini akan mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya, jelas ajaran Allah ialah cara hidup yang berlandaskan prinsip tauhid semata-mata. Hanya Allah saja yang berhak disembah, bukan berhala berbentuk patung, manusia, jin, ego dan sebagainya.
Hakikatnya ialah selagi orang seperti itu tidak mahu berusaha menilai apa yang mereka lakukan, selagi itulah mereka mudah melakukan perkara yang tidak masuk akal serta bertentangan dengan Addin Allah.
Selagi enggan beriman kepada al-Quran melalui usaha memahaminya, selagi itulah mereka akan disesatkan dengan kitab tulisan manusia. Manusia yang berniat jahat dan ingin memalingkan manusia lain daripada sujud hanya kepada Allah akan menggalakkan keimanan (kepercayaan) buta tuli.
Apabila kita tidak menggunakan akal, kita mudah menerima apa saja yang diajar sebagai agama terutama apabila si guru itu bercakap mengenai perkara yang ghaib. Maka manusia rela untuk mendera diri dengan pelbagai cara, seperti memukul diri sendiri, melukakan badan dan sebagainya, kononnya bertujuan untuk Œmendekatkan diri dengan Allah.¹
Begitu juga apabila kita dilatih untuk tidak menggunakan akal, maka kita mudah dibawa ke alam fantasi atas nama agama. Iblis amat kreatif dalam memujuk manusia ke jalan yang dimurkai Allah. Dengan menggunakan fantasi, pelbagai cerita karut dicampur aduk dengan perencah kebenaran sehingga si guru agama itu diangkat sebagai wali dan segala yang diucapkannya diterima sebagai kata-kata keramat.
Apabila penggunaan akal tidak dibenarkan, amat mencabar untuk berbincang perihal kebenaran dengan orang seperti ini. Berbincang dengan orang seperti ini adalah seperti berbincang dengan orang yang baru habis hisap candu kerana tidak ada sesuatu yang munasabah keluar daripada mulut mereka. Hanya khayalan dan taghut kerana mereka telah mengangkat manusia menjadi wali mereka selain Allah.
Mereka yang mahu boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang
bermaksud:
³Orang yang mengambil perlindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi
(perbuatan) mereka dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserah mengawasi mereka.² (Asy-Syuura:6)
Apabila kita mengkaji pelbagai agama yang wujud di dunia ini, kita akan dapati bahawa pelbagai cerita fantasi diterima sebagai kebenaran dan diamalkan sebagai kebenaran daripada Tuhan. Allah dituduh sebagai pernah menjelma di muka bumi sebagai manusia dan kononnya mempunyai sanak saudara.
Kononnya ada wali-wali manusia yang menerima arahan daripada Tuhan untuk menetapkan pelbagai upacara agama dan sebagainya.
Nabi-nabi juga, sebagai contoh Nabi Isa, dijadikan sekutu dengan Allah. Dari manakah cerita dan kepercayaan ini timbul? Inilah soalan yang jarang sekali ditanya oleh mereka yang lemah minda dan malas berfikir. Ramai juga yang tidak mahu meluangkan masa untuk mengkaji dan membaca kitab suci al-Quran dengan pelbagai alasan. Adakah kita malas membaca surat yang diutus oleh kekasih kita? Mereka yang rela hati boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud:
³Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).² (Al-Baqarah:269)
Kitab suci al-Quran penuh dengan hikmah yang disampaikan oleh Allah kepada mereka yang mahu menerimanya. Al-Quran pun bukanlah kitab yang sukar untuk difahami (sila rujuk surah al-Qamar ayat 17, 22,32, dan 40). Namun, seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah di atas, hanya mereka yang mahu menggunakan minda mereka akan memperoleh peringatan atau mesej yang terkandung di dalam al-Quran.
Kita seharusnya berwaspada terhadap mereka yang sengaja memadamkan peranan akal di dalam menilai agama dan memahami ajaran Allah dan Rasul-Nya. Manusia seperti ini dengan sedar atau tidak, cuba menjatuhkan Addin Allah ke tahap agama yang berasaskan keimanan buta tuli.
Melalui ajaran seperti ini, mereka menyulitkan sebarang usaha untuk mengajak manusia berfikir mengenai ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam al-Quran..
Ajaran yang menidakkan peranan akal juga memberi sokongan kepada mereka yang terjerumus dengan agama palsu supaya terus beriman dengan kepalsuan itu.
Mereka menyangka keimanan tanpa penggunaan minda memadai. Allah tidak pernah menganjurkan keimanan buta tuli seperti ini. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:
³Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang yang mempunyai fikiran.² (Shaad:29)
Apabila membaca al-Quran, kita hendaklah membacanya dengan memikirkan maksud ayat yang terkandung di dalamnya. Kita memarahi anak kita jika ia membaca buku tanpa memahami apa yang dibaca olehnya. Namun, tidak pernah pula kita menilai sikap kita sendiri terhadap bacaan al-Quran. Kita hendaklah membacanya dengan menggunakan akal supaya kita boleh memahami, insya Allah, apa yang difirmankan Allah.
Kalau kita fikirkan secara jujur, bagaimana seorang itu boleh mempercayai
(beriman) sesuatu yang ia tidak tahu? Allah sebenarnya mengajak kita berfikir mengenai pelbagai perkara supaya kita boleh sujud (patuh) kepada-Nya dengan sebenar-benar sujud. Oleh itu, mengajar supaya tidak menggunakan minda bukanlah ajaran Allah dan Rasul-Nya.
Hakcipta terpelihara © Tahun 1998 - 2003
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel: 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : mailto:drasmadi@laman-map.com
Telah dihantar oleh KITA pada 15:45 0 komentar
Topik Dari Sattar

