Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

20 April 2009

Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih

PADA zaman ini yang dianggap sebagai serba canggih dari segi teknologi maklumat dan sebagainya, masih ada yang berhujah bahawa di dalam memahami ajaran Allah, akal tidak boleh digunakan. Mereka mengajar dan percaya bahawa apa yang perlu ialah beriman (percaya) secara buta tuli. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya mengajar iman tanpa asas ilmu daripada Allah.

Dalam keadaan di mana kita digalak untuk tidak menggunakan akal dalam memahami ajaran Allah, maka mudahlah guru-guru agama palsu untuk memenuhi hati kita dengan ajaran yang jauh menyimpang daripada Addin Allah. Sikap menidakkan sama sekali penggunaan akal adalah sikap yang dimiliki oleh golongan jahiliah.

Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:

³Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: (Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?² (Al-Baqarah:170)

Dalam ayat di atas, apabila Rasulullah menyampaikan ajaran Allah, ada satu golongan yang tanpa kritis terhadap agama yang dianuti oleh mereka, menolak ajaran yang disampaikan oleh baginda. Mereka enggan untuk menilai ajaran yang disampaikan itu dengan memikirkan sama ada agama anutan nenek moyang mereka itu warisan palsu.

Golongan jahiliah itu juga menyangka bahawa mereka menyembah Tuhan, walhal agama mereka dipenuhi pelbagai kepercayaan yang tidak masuk akal serta bersifat syirik. Mereka enggan menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana setia kepada agama warisan daripada nenek moyang mereka.

Namun dalam ayat itu, Allah mengajak kita berfikir dengan soalan yang
bermaksud: ³Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?²

Kumpulan ini berpegang teguh kepada tradisi dan upacara agama mereka dan menyangka bahawa upacara itu adalah sesuatu yang suci. Pegangan dan tindakan seperti itu mudah berlaku apabila kita enggan menggunakan akal bagi memikirkan inti ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Pada masa sama, kaedah yang digunakan oleh iblis dalam menyesatkan manusia amat halus dan canggih. Sebagai contoh, kerap kali guru agama palsu akan menyatakan bahawa ajarannya bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, mereka yang memang jahil mengenai ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran akan menuruti kata-kata guru agama palsu itu dengan Œkeikhlasan¹ yang lahir daripada kejahilan sengaja.

Kejahilan ini dikatakan sengaja apabila seorang itu berani dengan sombongnya enggan membaca al-Quran untuk mengetahui apa yang difirmankan oleh Allah di dalamnya. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:

³Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tiada menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara kamu mengenai apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang pendusta dan sangat ingkar.² (Az-Zumar:3).

Ayat di atas jelas menerangkan keadaan di mana manusia dibawa untuk menyekutukan Allah dengan alasan tindakan seperti ini akan mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya, jelas ajaran Allah ialah cara hidup yang berlandaskan prinsip tauhid semata-mata. Hanya Allah saja yang berhak disembah, bukan berhala berbentuk patung, manusia, jin, ego dan sebagainya.

Hakikatnya ialah selagi orang seperti itu tidak mahu berusaha menilai apa yang mereka lakukan, selagi itulah mereka mudah melakukan perkara yang tidak masuk akal serta bertentangan dengan Addin Allah.

Selagi enggan beriman kepada al-Quran melalui usaha memahaminya, selagi itulah mereka akan disesatkan dengan kitab tulisan manusia. Manusia yang berniat jahat dan ingin memalingkan manusia lain daripada sujud hanya kepada Allah akan menggalakkan keimanan (kepercayaan) buta tuli.

Apabila kita tidak menggunakan akal, kita mudah menerima apa saja yang diajar sebagai agama terutama apabila si guru itu bercakap mengenai perkara yang ghaib. Maka manusia rela untuk mendera diri dengan pelbagai cara, seperti memukul diri sendiri, melukakan badan dan sebagainya, kononnya bertujuan untuk Œmendekatkan diri dengan Allah.¹

Begitu juga apabila kita dilatih untuk tidak menggunakan akal, maka kita mudah dibawa ke alam fantasi atas nama agama. Iblis amat kreatif dalam memujuk manusia ke jalan yang dimurkai Allah. Dengan menggunakan fantasi, pelbagai cerita karut dicampur aduk dengan perencah kebenaran sehingga si guru agama itu diangkat sebagai wali dan segala yang diucapkannya diterima sebagai kata-kata keramat.

Apabila penggunaan akal tidak dibenarkan, amat mencabar untuk berbincang perihal kebenaran dengan orang seperti ini. Berbincang dengan orang seperti ini adalah seperti berbincang dengan orang yang baru habis hisap candu kerana tidak ada sesuatu yang munasabah keluar daripada mulut mereka. Hanya khayalan dan taghut kerana mereka telah mengangkat manusia menjadi wali mereka selain Allah.

Mereka yang mahu boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang
bermaksud:

³Orang yang mengambil perlindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi
(perbuatan) mereka dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserah mengawasi mereka.² (Asy-Syuura:6)

Apabila kita mengkaji pelbagai agama yang wujud di dunia ini, kita akan dapati bahawa pelbagai cerita fantasi diterima sebagai kebenaran dan diamalkan sebagai kebenaran daripada Tuhan. Allah dituduh sebagai pernah menjelma di muka bumi sebagai manusia dan kononnya mempunyai sanak saudara.
Kononnya ada wali-wali manusia yang menerima arahan daripada Tuhan untuk menetapkan pelbagai upacara agama dan sebagainya.

Nabi-nabi juga, sebagai contoh Nabi Isa, dijadikan sekutu dengan Allah. Dari manakah cerita dan kepercayaan ini timbul? Inilah soalan yang jarang sekali ditanya oleh mereka yang lemah minda dan malas berfikir. Ramai juga yang tidak mahu meluangkan masa untuk mengkaji dan membaca kitab suci al-Quran dengan pelbagai alasan. Adakah kita malas membaca surat yang diutus oleh kekasih kita? Mereka yang rela hati boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud:

³Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).² (Al-Baqarah:269)

Kitab suci al-Quran penuh dengan hikmah yang disampaikan oleh Allah kepada mereka yang mahu menerimanya. Al-Quran pun bukanlah kitab yang sukar untuk difahami (sila rujuk surah al-Qamar ayat 17, 22,32, dan 40). Namun, seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah di atas, hanya mereka yang mahu menggunakan minda mereka akan memperoleh peringatan atau mesej yang terkandung di dalam al-Quran.

Kita seharusnya berwaspada terhadap mereka yang sengaja memadamkan peranan akal di dalam menilai agama dan memahami ajaran Allah dan Rasul-Nya. Manusia seperti ini dengan sedar atau tidak, cuba menjatuhkan Addin Allah ke tahap agama yang berasaskan keimanan buta tuli.

Melalui ajaran seperti ini, mereka menyulitkan sebarang usaha untuk mengajak manusia berfikir mengenai ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam al-Quran..
Ajaran yang menidakkan peranan akal juga memberi sokongan kepada mereka yang terjerumus dengan agama palsu supaya terus beriman dengan kepalsuan itu.
Mereka menyangka keimanan tanpa penggunaan minda memadai. Allah tidak pernah menganjurkan keimanan buta tuli seperti ini. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:

³Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang yang mempunyai fikiran.² (Shaad:29)

Apabila membaca al-Quran, kita hendaklah membacanya dengan memikirkan maksud ayat yang terkandung di dalamnya. Kita memarahi anak kita jika ia membaca buku tanpa memahami apa yang dibaca olehnya. Namun, tidak pernah pula kita menilai sikap kita sendiri terhadap bacaan al-Quran. Kita hendaklah membacanya dengan menggunakan akal supaya kita boleh memahami, insya Allah, apa yang difirmankan Allah.

Kalau kita fikirkan secara jujur, bagaimana seorang itu boleh mempercayai
(beriman) sesuatu yang ia tidak tahu? Allah sebenarnya mengajak kita berfikir mengenai pelbagai perkara supaya kita boleh sujud (patuh) kepada-Nya dengan sebenar-benar sujud. Oleh itu, mengajar supaya tidak menggunakan minda bukanlah ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Hakcipta terpelihara © Tahun 1998 - 2003
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel: 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : mailto:drasmadi@laman-map.com


0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata