Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

01 November 2008

Waspada terhadap golongan sesat di kalangan umat Islam

Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan umatnya sejak empat belas abad yang lalu, iaitu satu tempoh yang agak lama, sepeninggalan baginda sebenarnya telah memberikan banyak input mengenai Islam dalam bentuk yang mudah difahami, apatah lagi umat hari ini yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang mudah untuk memahami sesuatu, kerana mereka semakin cerdik.

Namun begitu, apa yang sepatutnya diharapkan dari umat ini ialah bagaimana mereka boleh menjadi individu-individu yang terbaik dalam segenap aktiviti atau agenda harian hidup mereka, kerana peluang dan kesempatan untuk mereka menggarap khazanah ilmu peninggalan baginda Rasulullah s.a.w. terbentang luas, sepatutnya mereka boleh jadi lebih baik dibandingkan umat terdahulu, sama ada di kalangan para sahabat, tabi'in dan generasi selepas itu.

Tetapi apa yang dapat dilihat di kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.

Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., "bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka."

Justeru, tidak hairanlah jika mereka bertindak sesuatu yang menyalahi ajaran agama Islam, akibat daripada menjauhkan diri daripada ulama yang merupakan pewaris nabi-nabi, malah mewarisi tugas, kerja, peranan nabi-nabi dalam menyampaikan kebenaran untuk menyeru manusia seluruhnya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : "Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka."

Jelas daripada apa yang ditegaskan oleh baginda, sesungguhnya bagi mereka yang benar-benar komited dengan Islam, berusaha untuk menyampaikannya kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama akan berhadapan dengan golongan-golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai anti kepada Islam yang mesti dibendung dengan apa cara sekalipun , lebih-lebih lagi golongan pemerintah.

Kenapa tidak, kerana golongan-golongan tersebut boleh memudaratkan akidah, pegangan, kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Islam yang lemah cara berfikirnya, dibimbangi akan mendatangkan musibah yang berpanjangan pada masa akan datang.

Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Begitu juga dengan golongan yang mencipta agama baru, seperti lahirnya golongan yang mengaku menjadi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., seperti Kahar Ahmad, Ayah pin dan lain-lain yang masih aktif dengan penyelewengan mereka yang sepatutnya dihukum sebagai terkeluar daripada agama Islam, namun penguatkuasaan ke atas mereka masih berada pada jalan buntu yang belum dirungkai.

Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, "sisters in Islam" dan lain-lain yang jelas menunjukkan kejahilan mereka mengenai Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam yang jelas menyimpang jauh daripada landasan Islam sebenar.

Yang dibimbangkan, jika golongan-golongan berkenaan tidak dibendung dengan kadar segera oleh pihak berkuasa, lambat laun akan mempengaruhi umat khususnya di kalangan golongan remaja yang longgar ikatan dan hubungan mereka dengan Islam, kerana golongan-golongan berkenaan tidak pernah berdiam diri daripada berperanan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Islam mengikut acuan mereka yang tidak selari dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


31 Oktober 2008

Pusat Pendidikan Islam Fii Dzilal Al-Quran Sabah

 
Cuti Depavali baru ni, kebetulan saya dikunjungi seorang kawan dari Penang, saya mengajaknya melawat PPI Dzilal di Kota Belud.



Perjalanan hampir 1 jam, kebetulan hujan tak berenti-renti sepanjang perjalanan dari Tuaran ke PPI. 5KM terakhir agak meresahkan kawan saya ni sebab terpaksa melalui jalan berlpak dan batu besar-besar.


Kawan saya bergambar bersama Ustaz Ismail (Guru PPI)

Saya cerita sikit pasal PPI kepadanya semasa dalam perjalanan. PPI tertubuh hasil usaha kawan-kawan lama yang bertugas di Sabah, sejak 1990 lagi. Susah payah mereka mencari dana, tenaga pengajar dan membangunkan PPI kini dah nampak hasil. Lebih 20 pelajar PPI kini dapat menyambung pengajian di Semenanjung dan ada yang hampir tamat.


Asya'ari - pelajar PPI

Bulan puasa baru ni, seorang bekas pelajar PPI yang kini di maahad tahfiz Kelantan, kami bawa round masjid sekitar KK, Papar dan Ranau untuk menjadi imam terawih dan mempromosi PPI. Terasa amat bangga sekali orang Sabah bila anak watan mereka dah ada yang boleh diketengahkan dalam soal agama.


Pelajar

Derma sumbanga para dermawan terhadap PPI kini dah sikit-sikit terbayar, jangan kiralah pahala yang Allah bagi, dah tentu berlipat ganda.


Pelajar baru berusia 13 tahun...

Memang 100% dana PPI adalah hasil sumbangan. Pondok-pondok usang yang dibina di atas tapak wakaf seluas 6 ekar ini telah banyak berjasa kepada anak Sabah. Pelajar datang dari seluruh pelusuk Sabah dan mereka belajar secara percuma termasuk makan minum. Sebab mereka adalah terdiri dari anak-anak miskin yang begitu dahagakan ilmu Islam.


Kembar Asya'ari, Shafi'ei

Kita harap suatu hari nanti, akan lahir ulama' yang akan memimpin Sabah. Dan itulah sebenarnya harapan arwah pewakaf tanah.


Pelajar paling cilik - 12 tahun, dah sanggup menuntut ilmu dan berjauhan dengan keluarga

Kini, terdapat 6 pelajar yang baru masuk mengaji di PPI. Mereka baru masuk pada bulan Mei lalu, setelah PPI terpaksa menangguh pengajian, kerana ketiadaan guru. Bukan senang nak cari guru. Tempat yang jauh, habuan tak seberapa, makan apa yang ada, menu yang sama dengan pelajar. Hanya semangat jihad yang menguasai diri untuk guru bertahan di sini.



PPI masih menanti sumbangan anda untuk terus beroperasi. Sumbanglah demi anak bangsa yang dahagakan Islam. Dengan cara terus menghidupkan PPI di Sabah ini, kita akan dapat mengecapi nikmat Islam yang kita anuti ini.
 
Disiarkan di http://www.tranungkite.net


30 Oktober 2008

Kebaikan dan Kajahatan

"Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?



Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.

Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3434

http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=1074 "

15 Oktober 2008

Maklumat Penting Konvokesyen

 

 

KONVOKESYEN

KPLI-LPBS-jQAF

(AMBILAN JANUARI 2007)

 

1.         PENDAHULUAN

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvokesyen bagi graduan KPLI-LPBS-j-QAF Ambilan Januari 2007 akan diadakan  pada 17 hingga 20 November 2008. Majlis ini  dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bersama semua Institut Perguruan (IPG).



 

2.         OBJEKTIF

 

Konvokesyen ini diadakan dengan tujuan untuk:

 

a.    meraikan kejayaan para Graduan menjalani dan seterusnya menamatkan kursus perguruan.

b.    meningkatkan keyakinan dan keprihatinan mereka terhadap tugas dan perkhidmatan keguruan.

c.    memupuk sikap positif dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar IPG ini khususnya dan Graduan amnya melalui aktiviti yang melibatkan semua warga IPG.

d.    menjalin dan mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat bekerja dalam kumpulan sesama warga IP Kent dan masyarakat luar.

e.    memberi peluang kepada para Graduan untuk bertemu semula setelah bertugas di sekolah sebagai guru permulaan.

 

3.         TEMPAT:

 

DEWAN SRI SIANTAN

PERBADANAN PUTRAJAYA

PERSINT 3

PUTRAJAYA

 

4.         TARIKH : 17 Hingga 20 November 2008

 

5.         ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN SIDANG 2

            ( Hanya Yang Melibatkan Graduan IPGM Kampus Kent)

 

17 November 2008 ( ISNIN )

 

1000 – 1130    Pendaftaran Graduan

            1130 -  1300    Taklimat & Raptai  Sidang 1 & Sidang 2

                                   ( IPIpoh  - IPPP - IPTAR - IPSMB - IPKent - IPIK – IPRajang)    

 

18 November 2008 (SELASA)

 

1330 -  1400    :           Tetamu & Graduan mengambil tempat.

                              Perbarisan Graduan

Perarakan Masuk Graduan.

1430 -  1445    :           Ketibaan Tetamu Kehormat.

1500 – 1700    :           Majlis Konvokesyen

                   

           

6.         BAYARAN

 

Jumlah bayaran yang dikenakan kepada para Graduan adalah 

RM 100.00 (SERATUS RINGGIT)

 

6.1       DOBI JUBAH                                     = RM 30.00

6.2       GAMBAR (Dibayar kepada IPT)        = RM 30.00

6.3       CENDERAMATA                               = RM 25.00

6.4       FOLDER                                             = RM 15.00

 

                JUMLAH BAYARAN                                = RM100.00

 

Semua pembayaran mestilah dibuat secara tunai pada masa pendaftaran dan pengambilan jubah konvokesyen

 

7.         PAKAIAN.

 

Semua Graduan diwajibkan memakai jubah yang telah disediakan oleh pihak institut.

 

7.1       PAKAIAN GRADUAN LELAKI:

i.              Memakai pakaian Baju Melayu berwarna hitam

ii.             Kasut berwarna hitam

iii.            Songkok berwarna hitam

 

7.2       PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN:

i.              Memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam.

ii.             Tudung berwarna putih

iii.            Kasut mesti menutup tumit dan jari

iv.           Dilarang memakai purdah

 

8.         PENDAFTARAN GRADUAN:

 

8.1       Pendaftaran Graduan untuk mengambil Jubah:

 

Para graduan boleh mengambil jubah di Kaunter  Lobi Dewan Sri Siantan pada 17 November 2008 Bermula jam 10.00 pagi  

(Sila hubungi Urus Setia Konvokesyen IP Kent/Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk pertanyaan lanjut – di talian 088 788500 samb 34 @ 0139397605 En Mohamad Fauzi Bin Hassan)

  

 

8.         TETAMU.

 

Para Graduan dibenarkan membawa tidak lebih daripada 2 orang tetamu untuk berada di dalam dewan. Para  Graduan juga  tidak dibenarkan membawa anak/kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

 

9.         GAMBAR GRADUAN:

 

Para Graduan boleh membuat tempahan gambar kepada Syarikat yang telah ditetapkan oleh pihak BPG. Bayaran gambar ialah RM 30.00. Semua urusan berkaitan gambar hendaklah dibuat dengan syarikat berkenaan.

 

Hanya jurugambar yang telah ditetapkan dibenarkan mengambil/merakam gambar semasa Konvokesyen berlangsung.

 

10.       PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN.

 

Pihak BPG/IPG tidak menyediakan pengangkutan dan tempat penginapan untuk para Graduan.

 

 

11.       RAPTAI KONVO.

 

Semua Graduan diwajibkan hadir DENGAN BERPAKAIAN KEMAS dan mengikuti raptai Sepenuhnya.  

 

 

Makluman Penting:

Surat Panggilan Konvokesyen akan dihantar secepat mungkin & diemailkan Sila semak email masing-masing  

 

WARGA INSTITUT PERGURUAN  KENT MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA.

 

 

 

 

 

 

 

 



11 Oktober 2008

Kelainan 1 Syawal di Kelantan begitu terasa

 

Kepada mereka yang tak sempat balik untuk beraya di kampung, bacalah berita ini sebagai pengobat rindu

KOTA BHARU, 6 Okt (Hrkh) - Biar pun suasana kegembiraan Hari Raya Aidilfitri semakin berlalu, namun bahangnya masih terasa dengan pelbagai kenduri kendara yang diadakan penduduk.

Kesesakan lalu lintas masih dirasai sehingga semalam memandangkan anak-anak perantau kembali semula ke destinasi mereka. Begitu juga dengan letupan mercun masih kedengaran di sana sini.

Kesyahduan 1 Syawal lalu begitu dirasai apabila pada malam raya kedengaran takbir dilaungkan di corong-corong masjid hampir di segenap tempat. Bermula jam 11 malam sehingga Subuh laungan takbir bergema.

Namun, malam raya agak tercemar dengan letupan mercun yang bertalu-talu seumpama lokasi peperangan di Palestin, Afghanistan atau Iraq. Asap mercun begitu kelam sekali sehingga menjadi jerebu pada malam raya. Image

Biar pun apa pun kelainan Syawal di Kelantan dapat dilihat apabila Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV masih menjadi tumpuan penduduk tempatan dan anak perantau menunaikan solat Hari Raya.

Turut kelihatan di qaryah tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Manakala Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Aidilfitri di masjidnya di Pulau Melaka dengan kehadiran orang ramai yang begitu menyedatkan.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob pula menunaikan solat Hari Raya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat.

Anak-anak perantau pula tidak melepaskan peluang menghadiri perjumpaan Aidilfitri bersama pemimpin kerajaan negeri pada 2 Syawal bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa.

Di kalangan siswazah pula berkempatan bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri pada Ijtimak Markaz Siswazah Kelantan yang diadakan pada 3 Syawal di Balai Islam Lundang.

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) pula mengadakan perhimpunan keluarga pada 4 Syawal yang dihadiri lebih 200 keluarga.

Perhimpunan itu diadakan di Pulau Melaka tidak jauh daripada rumah Menteri Besar yang juga penaung pertubuhan tersebut.

Image Jurucakap pertubuhan tersebut Nik Din Nik Mat berkata, melalui perhimpunan keluarga tersebut ia dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara keluarga yang tinggal di seluruh pelusuk negara.

Katanya, perhimpunan seperti itu dijadikan sebagai acara tahunan yang bermula pada 1991.

"Saya amat terharu kerana pertubuhan ini berjaya menyatupadukan keluarga keturunan Raja Jembal yang sememangnya terkenal dengan pemerintahan yang adil dan saksama di Kelantan suatu ketika dahulu.

"Kalau Raja Jembal masih ada tentunya dia akan gembira melihat betapa ramainya anak cucu berkumpul dan saling sayang menyayangi di antara satu sama lain," kata beliau.

Yang Dipertua PKRJK, Nik Yusuff Nik Muhammad berharap kerabat pertubuhan tersebut sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

Menurutnya semua kerabat mesti mempertahankan maruah keturunan Raja Jembal yang sentiasa bersatu padu, tolong menolong dan maju ke hadapan dalam pelbagai bidang.

"Raja Jembal merupakan seorang pemimpin yang disegani di Kelantan pada suatu ketika dahulu. Oleh itu kita perlu memastikan kehormatan diberi rakyat sejak dahulu terus dipertahankan," katanya.

Kata beliau sehingga sekarang ramai di kalangan kerabat Raja Jembal berjaya dalam pelbagai bidang termasuk pegawai tinggi kerajaan, menerajui syarikat besar, tokoh politik dan korporat.

Menurutnya juga PKRJK kini mempunyai seramai 1200 ahli dari seluruh negara dan mempunyai cawangan di Kedah dan Perak. Manakala usaha sedang dilakukan bagi menubuh cawangan di Terengganu.

PKRJK juga mempunyai laman web sendiri iaitu pkrjk.blogspot.com.

Sementara itu, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) turut mengadakan majlis Pertemuan Hari Raya Aidilfitri di Gelanggang Seni, Sabtu lalu.

Turut hadir pada majlis itu pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin mewakili Takiyuddin.

Berucap pada majlis itu katanya, kerajaan negeri mengisytiharkan Tahun 2009 sebagai Tahun Kesenian Kelantan sebagai usaha memartabatkan lagi seni budaya di negeri ini.

Katanya, mana-mana penyelidik yang berminat mencungkil mengenai kebudayaan dan kesenian dialu-alukan dan ia akan dibukukan sebagai bahan tatapan pelancong dan generasi akan datang.

"Sebenarnya masih banyak maklumat mengenai kebudayaan dan kesenian yang belum diangkat ke persada masyarakat. Oleh itu budayawan perlu mengembelingkan usaha bersama kerajaan negeri bagi mengetengahkan kesenian tersebut," katanya.

Beliau juga mencadangkan PPK memberi tumpuan bagi memartabatkan syiar Islam melalui aktivitinya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Ketua Satu PPK, Husdaini Mamat berharap kerajaan negeri menghidupkan semula anugerah Hadiah Sastera Negeri yang suatu ketika dahulu pernah diadakan di Kelantan.

Katanya, program itu wajar diadakan memandangkan di negeri ini terdapat ramai penulis yang berbakat besar dalam bidang penulisan.

Penyair terkenal, Wan A Rafar mendedahkan pengalamannya mengembara ke beberapa negara pada majlis tersebut termasuk di Istanbul, Turki, Bosnia dan beberapa negara Eropah untuk berrtemu dengan masyarakat Islam di sana.

"Hasil pengembaraan itu saya telah menulis dua buah puisi mengadunkan pengalaman yang amat bermakna," ujarnya.



Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata