مُذَكَّر - مُؤَنَّث
MUDZAKKAR (Maskulin) - MUANNATS (Feminin)
Dalam tata bahasa Arab, dikenali adanya penggolongan Isim ke dalam
Mudzakkar (Maskulin) atau Muannats (Feminin). Penggolongan ini ada yang
memang sesuai dengan jenis kelaminnya (untuk manusia dan haiwan) dan ada pula
yang merupakan penggolongan secara bahasa sahaja (untuk benda dan lain-lain).
Contoh Isim Mudzakkar Contoh Isim Muannats
عِيْسَى (= 'Isa) مَرْيَم (= Maryam)
اِبْنٌ
(= putera)
بِنْتٌ (= puteri)
بَقَرٌ (= sapi jantan) بَقَرَةٌ (= sapi betina)
بَحْرٌ (= laut) رِيْحٌ (= angin)
Dari segi bentuknya, Isim Muannats biasanya ditandai dengan adanya
tiga jenis huruf di belakangnya iaitu:
a) Ta Marbuthah ( ة ). Misalnya: فَاطِمَة (=Fathimah), مَدْرَسَة
(=sekolah)
b) Alif Maqshurah ( ى ). Misalnya: سَلْمَى (=Salma), حَلْوَى
(=manisan)
c) Alif Mamdudah ( اء ). Misalnya: أَسْمَاء (=Asma'), سَمْرَاء
(=pirang)
Namun ada pula Isim Muannats yang tidak menggunakan tanda-tanda di
atas.
Misalnya: رِيْحٌ (= angin), نَفْسٌ (= jiwa, diri), شَمْسٌ (= matahari)
Bahkan ada pula beberapa Isim Mudzakkar yang menggunakan Ta Marbuthah.
Contoh: حَمْزَة (= Hamzah), طَلْحَة (= Thalhah), مُعَاوِيَة (=
Muawiyah)
0 komentar:
Catat Ulasan