Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

28 April 2008

Dunia bagai wanita tua terbaring nazak menunggu ajal

H Fansuri

Kalau tidak salah saya, Buletin Utama pada Khamis lalu (24 April) telah menyiarkan satu laporan mengenai keadaan cuaca dan perubahan iklim di Semenanjung Tanah Melayu. Ia memberi laporan bahawa seluruh kawasan Pantai Timur akan terkena tempias perubahan cuaca dan ketidakstabilan iklim baru-baru ini.

Ada laporan akhbar yang menuliskan bahawa sekarang ini, hampir semua lautan di dunia kini berhadapan dengan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang.

Menurut suatu kajian, antara kawasan laut yang paling teruk terjejas termasuklah Laut Utara, Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Caribbean, Pantai Timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Bagaimanapun, kawasan yang paling kurang terjejas adalah berhampiran kutub.

Tahun lalu, ada laporan menyebut bahawa ibu kota Thailand , Bangkok bakal tenggelam dalam tempoh 15 tahun bermula sekarang. Dalam kalangan insan yang arif, 'terus mata' dan menurut sahibul riwayat, kota yang banyak mengundang padah dan masalah terhadap penduduk Melayu Muslim di Selatan Thai itu akan tenggelam dalam 15 bulan saja lagi!

Sudah tentu lautan yang akan menenggelamkan Bangkok . Hal yang sama berlaku dengan lagenda tenggelamnya bandar Atlantis, kerajaan di Tasik Chini, Pahang, kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, bangsa yang tenggelam di bawah Laut Mati serta lain-lain kerajaan yang pernah ditenggelamkan Tuhan.

Pun begitu, ada juga lagenda yang menyebut Gunung Keriang pada asalnya sebuah pulau. Paras laut kemudiannya menurun sehingga wujud pendudukan manusia baru di situ. Dan, apabila paras laut surut dalam tempoh yang lama, pulau Keriang digelar sebagai gunung.

Laut amat penting kepada manusia. 70% isi bumi adalah lautan dan 30% adalah daratan. Ertinya, laut ada kemampuan untuk surut membentuk kerajaan, negara baru dan ada masa pula paras laut akan naik meningkat lalu menenggelamkan kedaulatan kerajaan lama.

Tubuh kita berasal daripada dunia ini. Ertinya, peratus air dalam tubuh lebih banyak dari daging di tubuh kita. Air di bumi yang diminum bertukar menjadi darah dalam tubuh lalu, makanan yang dicerna tercerna menjadi zat-zat protein yang bergabung menjadi bahagian daripada daging yang membalut tulang rangka kita. Demikianlah proses kehidupan.

Sakit di kulit tubuh kita adalah sakit di kulit bumi. Kulit dunia yang cedera, disiat pembangunan adalah seperti yang kita rasakan. Air sungai yang kotor bagaikan darah kita yang dicemari toksin yang dimakan daripada makanan segera atau makanan yang disembur racun buatan manusia.

Makanan pada zaman dulu, tiada unsur-unsur perubahan ini di mana segala isi kandungan genetiknya sekali pun telah pun diubah.

Dunia yang dihuni pada hari ini sebenarnya tidak wujud seperti yang dilihat pada hari ini. Perubahan iklim cuaca yang menyebabkan manusia, kerajaan berpindah randah mencari penempatan baru. Kemarau yang melanda menyebabkan sesuatu puak akan bergerak bagi mencari penempatan baru bagi meneruskan penghidupan.

Dunia bagaikan 'wanita tua' dalam peristiwa Isra' Mikraj

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah telah melihat gambaran dunia seperti wanita tua yang sedang memakai perhiasan. Wanita tua ini masih cantik dengan solekan, dandanan dan perhiasannya. Tetapi, dalam tubuhnya sudah bersarang pelbagai penyakit sejak lama.

Gejala tanah runtuh di Malaysia baru-baru ini, jalan retak di Johor akibat banjir besar, pemanasan global adalah gejala yang lahir daripada kesakitan yang dialami 'wanita tua' ini sejak puluhan ribu tahun dulu ketika manusia berperang dan nazaknya makin kuat saat 'anak-anaknya' bersengketa, berlumba meletupkan nuklear, C4, water Canon, molotov.

Mungkin di bawah perut 'wanita tua' (bumi yang kerap digelar 'ibu pertiwi') di Johor itu telah ada batu-batuan yang telah mula retak, patah disimbah asid kilang yang sudah mendap, meresap jauh dalam tanah, merosakkan nadi-nadi, sendi-sendi, saraf, tulang belakang dan saraf tunjang di tubuhnya.

Dunia ini bagaikan ibu tunggal, wanita tua yang pernah jelita digilai pemuda ketika masa muda-muda dahulu. Dia mungkin sedang terbaring nazak, sambil memerhatikan gelagat insan yang masih gila berperang di hujung nyawanya. Dunia atau wanita jelita ini menjadi semakin tua lantaran karenah anak-anaknya yang sentiasa bersengketa!

Apakah proses penuaan? Menurut satu tafsiran penuaan ertinya suatu proses pengurangan air dalam tubuh badan. Makin meningkat usia, makin berkurangan air dalam tubuh kita.

Dunia kita begitu juga. Ia sudah tua dan peratus air laut berjumlah 70% itu berkurangan. Ia mungkin bukan berkurangan. Maksudnya, air yang berkualiti sejumlah 70% berkurang daripada peratus yang asalnya. Mungkin, kini cuma 30% air bersih. Dan baki 40% adalah air yang tidak berkualiti, tidak dirawat dengan sempurna, air keruh di Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan lain-lain limpahan kekotoran di sungai-sungai lain di dunia!

Ben Halpern, saintis di Pusat Analisis Ekologi dan Sentisis Kebangsaan di Universiti California , Santa Barbara telah menyebut dalam satu kajian bersama pasukannya tentang lautan. Menurutnya, ada dua hal yang tak terduga mutakhir ini mengenai lautan kita.

"Pertama, setiap sudut lautan di dunia sedah terjejas akibat sekurang-kurangnya satu kegiatan manusia. Kedua, lebih 40 peratus lagi terjejas akibat pelbagai kegiatan yang mereka lakukan. Lautan kita tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Sementara itu, seorang penyelidik lain pula mendedahkan bahawa kadar oksigen di dalam air cetek di sepanjang pantai Oregon menurun hingga ke paras kosong untuk kali pertama pada 2006. Bagaimana hidupan laut ini akan bernafas di dalamnya? Jikalau tiada hidupan laut yang berzikir kepada Tuhan, nescaya dunia ini akan kiamat.

Dunia ini diwariskan kepada manusia untuk menjaganya. Disebutkan di dalam al-Qur'an: "Aku (Allah) ingin menciptakan atas bumi ini seorang Khalifah." Lihat bagaimana Allah meletak diriNya sebagai pihak pertama, dunia pihak kedua dan manusia pihak ketiga.

Jadi, siapa yang paling hampir dan rapat kepada Allah antara bumi dan manusia? Kita dapat merumuskan pendirian bahawa bumi itulah yang paling dekat kepadaNya berbanding manusia itu sendiri. Sejauh manakah kita memelihara dunia yang dilihat Rasulullah sebagai wanita tua ini?

Adakah kita memeliharanya sebagai isteri tercinta, atau wanita pelacur, wanita simpanan dan wanita jalang? Prof Dr Syed Hossein Nasr dalam sebuah karyanya yang pernah saya baca menyebutkan manusia hari ini menggunakan dunia serta sumbernya seperti melayan seorang pelacur dan bukannya isteri.

Seorang suami akan menjaganya setelah menikmati isterinya. Tapi, dunia hari ini telah dinilai sebagai wanita lacur di mana khazanahnya dipunggah untuk dinikmati dan hampas kekotoran telah disepahkan tanpa tanggungjawab.

Tidak mustahil bahawa suatu masa nanti wanita pelacur ini akan bangkit memberontak dengan caranya yang tersendiri. Siapa yang jatuhkan menteri kesihatan Chua Soi Lek? Siapakah Altantuya dari Monggolia? Siapa Sufiah pelajar Oxford yang pernah meniti laluan sejarah gemilang?

Mereka pada asalnya kaum baik, tetapi telah dibentuk oleh keadaan yang pincang, sistem yang musnah dan memusnahkan dan akhirnya mereka bangkit dan keluar memberontak dengan cara yang tersendiri. Jangan salahkan mereka. Mereka tak bersalah. Bukan salah ibu mengandung. Salahkan bapanya (penguasa) yang tidak memakai 'sarung'!

Pemberontakan perempuan ini sama seperti pemberontakan dunia sebagai wanita tua kita, iaitu bumi atau dunia atau alam buana yang pernah kita zaliminya sejak sekian lama. Bencana besar bakal melanda!

Kata sahibul riwayat, negara kita akan tertimpa bencana besar. Apabila saya sambungkan sanad riwayat ini kepada teman-teman, saya diketawakan. Apabila diajukan kepada orang tua di Bukit Tembaga, jawapannya, "Kena sedia dengan amalan, jangan hebahkan."

Kata sahibul riwayat lain, adapun amalan itu adalah 44 kali bacaan al-Fatihah 3 kali Jumaat, (selepas solat Jumaat) secara berjemaah. Demikian kaifiatnya guna merawat roh alam yang sakit in secara alternatif. Wallahu 'Alam. Oleh kerana kita berasal daripada tanah, dunia kita menderita penyakit yang sama dengan kita. Dunia tidak ditimpa penyakit ketika dunia dihuni dinosaur dan haiwan-haiwan purba yang tidak banyak menggunakan senjata kimia.

Setiap haiwan ada satu senjata. Tapi, manusia berbekalkan satu senjata, iaitu akalnya, dia boleh mencipta scud, tomahawk, kapal selam perang daripada Perancis dan ribuan senjata lagi. Dalam perang antara Habil dan Qabil itulah darah pertama jatuh atas nama dendam, sakit dan iri hati. Darah tertumpah atas niat jahat ini membuatkan dunia mula bergetar.

Darah yang tumpah kerana kecelakaan jalan raya, penyembelihan haiwan untuk makanan tak termasuk dalam sebab yang boleh menyebabkan dunia bergetar. Lafaz talak misalnya, menurut satu riwayat boleh menggoncangkan tiang Arasy.

Demikian 'hebatnya' manusia! Setiap perlakuan manusia yang buruk dapat menyebabkan porak-poranda di dunia ini. Kali terakhir nazaknya berakhir dengan kiamat di mana dunia tidak lagi dapat menanggung segala kebejatan akhlak yang timbul akibat perang manusia.

Sungai-sungai di negara seperti pembuluh darah, urat-urat berselirat di dalam tubuh yang menjadi laluan darah selama ini. Tuhan mencipta sistem peredaran darah yang mengalir, mengaut sampah-sarap, mengangkut toksin di seluruh tubuh dan kemudian dihembuskan keluar sebagai karbon dioksida. (Bilakah sungai kota yang coklat akan jernih kembali?)

Merah darah yang semakin pudar itu akan kembali cerah dan segar warna merahnya saat ia bergabung dengan oksigen. Ini kitaran sungai darah di mana putaran itu menyebabkan darah sentiasa mengalir lancar dan tidak tersekat pula oleh sekatan-sekatan di liang-liang urat yang kerap tersumbat dengan semak-samun lemak dan lain-lain unsur.

Jika manusia sakit, maka doktor, tabib, pawang dan dukun itulah yang dirujukkan sebagai sandaran penawarnya. Tetapi, jika alam buana ini menderita kesakitan, kepada siapa yang kita majukan pertolongan, bantuan dan pengharapan?

Siapakah doktor, tabib, dukun dan pawang yang dapat menyembuhkan derita sekali gus merawar 'kesihatan dunia kini?

'Rawatan alternatif' kepada dunia?

Akhir-akhir ini timbul istilah 'rawatan alternatif' yang mana cara merawat bersandarkan kepada getaran, aura, cakra dan lain-lain unsur yang tidak dapat dicerap penglihatan mata kasar. Alam kita mungkin dapat dirawat dengan kaedah itu di samping kaedah yang boleh dicapai pancaindera seperti hubungan kerjasama sejagat menangani 'global warming'.

Di Bali, beberapa bulan lalu telah diadakan Sidang Kemuncak tentang Pemanasan Global dan Al-Gore yang pernah berlawan dengan Bush di Amerika telah menjadi juara di dalam sidang kemuncak tersebut. Beberapa resolusi telah pun dicapai. Itu kerja manusia Barat.

Mungkin usaha manusia Barat ini boleh dianggap sebagai doktor atau tabib yang mencari penawar untuk tubuh, raga, alam kasar. Tapi, rawatan ini bukan untuk penyembuhan roh, jiwa. Jika tubuh terluka, maka penawarnya bersifat zat yang boleh dipegang. Tetapi, jiwa, roh yang terluka, terkoyak, penawarnya bersifat ghaib yang tidak dapat dicapai indera.

Di mana usaha manusia Timur yang mana nenek moyang mereka dahulu terkenal dengan sifat mesra alam? Penyembuhan mereka ini dapat menumpukan kepada roh, jiwa. Di sini kita melihat peninggalan kesan jejak warisan terdahulu untuk menyembuhkan bumi ini.

Islam misalnya mendidik kita bagaimana cara meminta hujan guna merawat kegersangan bumi yang tidak subur. Akal tidak dapat memikirkan bagaimana hubungan solat sunat ini dapat menyeru awan dan hujan kemudiannya akan turun.

Inilah rawatan alternatif kepada alam ini. Al-Gore dan ahli-ahli dalam Sidang Kemuncak Pemanasan Global tak akan pernah terfikir dan terjangkau akan kaedah rawatan alternatif seumpama ini. Pada Barat, bumi ini kering dan tiada roh yang hidup menaungi bumi ini.

Tapi, kita percaya bahawa alam ini punya roh tersendiri yang menghidupkan dan apabila ia pergi, maka kering dan gersanglah di sesebuah bumi itu dan apabila ia meninggalkan keseluruhan bumi, maka tamatlah usia bumi ini. Peristiwa ini dikenali sebagai kiamat.

Setiap pokok ada roh sendiri yang mana pada malam-malam mereka akan pergi beramai-ramai menuju ke suatu tempat. Nenek moyang kita menyedari akan hal ini. Sebab itulah mereka tersasar memuja semangat padi, kononnya agar semangat itu tidak melarikan diri.

Sehinggalah Islam tiba dan mengasuh mereka supaya sujud kepada Allah; tuan punya roh tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman ruji dan sebagainya, maka nenek moyang kita pun terlepas bebas daripada amalan khurafat tersebut.

Dalam tubuh kita begitulah juga. Ada beberapa anggota yang lumpuh menjelang hari tua seperti kaki, tangan. Ada beberapa tempat di bumi ini telah kering, gersang, lumpuh atau 'mogok', enggan bekerja seperti biasa untuk menumbuhkan pohonan hijau merendang.

Jadi jangan kita fikir manusia sahaja yang pandai mogok dan berpiket. Bumi kita ini akan mogok (tidak mahu bekerja seperti biasa) dan pandai berpiket juga. Dan ia tidak perlukan permit polis untuk berpiket. Ketika itu, segala macam kekuasaan di dunia ini akan hancur melebur, malah PBB pun tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya tinggal berputih mata.

Ada bumi yang mogok kerana perbuatan insan seperti operasi 'bumi hangus' yang dibuat oleh tentera Jepun dalam serangan mereka dahulu. Ada belahan bumi yang mogok hingga menyebabkan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat lain.

Insan jahat (penghuni neraka) bagaikan virus dan bakteria yang akan berperang bersama insan kamil (ahli syurga) seumpama antibiotik dalam tubuh kita. Maka, bumi telah bersedia untuk mogok dan berpiket menantikan saat itu.

Adapun punca kenapa dunia ini bergolak adalah kerana penghuni neraka dan syurga telah berkongsi hidup yang sama di dunia ini. Sebab itu di akhirat nanti mereka akan dipisahkan antara syurga dan neraka sekali gus akan menghalang mereka daripada bertembung.

Dunia oh dunia! Dunia ini akan selamat dan berjaya diselamatkan oleh mereka yang kuat dan ikhlas bernafas, jujur menjalani kehidupannya sebagai insan kami manusia sempurna. Dunia bergolak bukan kerana ia didiami oleh haiwan, tapi ia hancur kerana perutnya telah melahirkan manusia berperangai haiwan. Bukan salah ibu mengandung.

27 April 2008

HUKUM TERNAK BABI

HUKUM TERNAK BABI

 
Telah dinyatakan bahawa, hukum makan babi dari orang islam adalah haram. Ianya bersandarkan kepada nas Al-Quran dari firman Allah;

 
 إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ 

Maksudnya;
          "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi" 

(Surah Al-Baqarah : 173)
 

Melihat hukum makan babi adalah haram kepada muslim, maka berdasarkan kepada "dalalah an-nas" (pada pandanganku, bukan dalalah al-Isyarah
[1]) ianya adalah haram juga menternak, kerana kalaulah diharamkan makan daging babi, maka terlebih haram menternak babi, kerana dengan wujudnya ternak, menyebabkan boleh makan babi.  

Maka dengan itu, difahami, haram bagi orang islam makan babi, disamping haram juga orang Islam terlibat dengan ternakan babi, menjual dan sebagainya.
 Pun begitu, isu yang dibincangkan disini adalah berkenaan dengan ternakkan babi dari non muslim.

Jika disandarkan kepada tindakan Omar bin Al-Khattab yang menyuruh membunuh babi dalam pemerintahan beliau, hujjah itu perlu diselidik dari sudut siyasah Syariiyyah.
 

Di kaji dari sudut siyasah Syariiyyah, didapati haram pihak kerajaan membenarkan kewujudan rumah-rumah ibadat dikawasan penempatan orang Islam. Adapun kewujudakan itu pada penempatan non muslim, maka pihak kerajaan Islam wajib memberikan hak kepada mereka.
 

Begitujuga, jika pihak non muslim memohon dari pihak kerajaan untuk membina rumah ibadat mereka di penempatan non muslim, maka pihak kerajaan wajib memberikan hak tanah bagi pembinaan rumah ibadat tersebut. Adapun jika permohonan itu dilakukan oleh non Muslim dikawasan penempatan muslim, tindakan tersebut adalah dilarang oleh Islam, dan haram pihak kerajaan membenarkan pembinaan rumah ibadat tersebut.
 

Apabila mereka melakukan upacara peribadatan agama mereka, maka lahirlah isu berkenaan dengan menzahirkan syiar agama mereka dalam melakukan ibadat. Dalam hal ini, ulama berselisih dalam membenarkan tersebut.
 

Apa yang pasti, seorang ulama dalam mazhab hanafi yang bernama Al-Kasani yang membenarkan perbuatan tersebut tetapi hendaklah syiar agama mereka itu tidak mengganggu gugat keadaan atau menimpa fitnah kepada umat Islam.
 

Al-Kasani berkata;

  فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ 

Maksudnya;
          "Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya' (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi" (Badai As-Sanai : 15/240) 

Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan juga oleh Al-Qurafi. 

Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah non muslim menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam. 

Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja. Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl 'Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka. 

Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah fi Mujtama' Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah umat islam  aman dan terselamat dari fitnah. (Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah fi Mujtama' Al-Islami: m.s. 302)

 
Jika isu penempatan rumah ibadat yang merupakan perkara yang berkaitan dengan Aqidah pun, Islam memberikan hak kepada non muslim, inikan pula dalam perkara yang melibatkan kepada perkara yang disebut sebagai makanan bagi non muslim. 

Maka dengan itu, jika merujuk kepada tindakan omar yang menyuruh membunuh babi dalam pemerintahannya, ianya adalah bersebab, pemerintahan Omar telah menyebabkan Negara-negara dibawah pemerintahan Omar telah menyebabkan ramai rakyat masuk Islam yang menyebabkan golongan non muslim menjadi golongan minority.

Dalam bilangan non muslim yang minority itulah, menyebabkan Omar telah mengarahkan agar babi-babi itu dibunuh.
 

Ini dikuatkan lagi dengan tindakan Omar sendiri telah mengakui hak non muslim dalam pemerintahan beliau dengan satu surat yang dikeluarkan oleh beliau, yang kandungan surat itu menyatakan;

 
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم 

Maksudnya;
          "Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu'minin kepada Ahl Iilya' daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka"( Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308) 

Keadaan ini amat berbeza dengan Selangor, yang mana, kita akan dapati bahawa terdapat lagi penempatan non muslim sehinggakan ada sebilangan tempat yang dipenuhi dengan non muslim sehinggakan di sesuatu tempat itu, kehadiran muslim dianggap pelik.
 

ALLAH LAKNAT YAHUDI 

Dalam satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Ahmad, bahawa Jabir bin Abdillah mendengar sabda Nabi SAW;

 
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْرِ وَبَيْعَ الْأَصْنَامِ 

Maksudnya;
          "sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya haramkan jual babi, jual bangkai, jual arak dan jual patung berhala" 

Setelah menyebut kata-kata ini, seorang lelaki bertanya kepada nabi SAW berkenaan dengan menjual lemak babi yang boleh dibuat untuk menampal kebocoran sampan. Mendengar ucapan lelaki itu, Baginda Nabi SAW berkata;

 
قَاتَلَ اللَّهُ يَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ عَلَيْهِمْ شُحُومَهَا أَخَذُوهُ فَجَمَّلُوهُ ثُمَّ بَاعُوهُ فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ 

Maksudnya;
          "Allah telah menyerang Yahudi, sesungguhnya Allah haramkan kepada mereka lemaknya (babi), tetapi mereka mengambilnya dan mengelokkannya, lalu mereka menjualnya dan mereka makan hasil jualan itu"( Musnad Ahmad : 13971) 

Hadis ini merupakan satu pesanan nabi SAW tentang babi. Apa yang didapati, larangan nabi SAW dari hadis ini adalah larangan Nabi SAW terhadap orang Islam. adapun kepada non muslim, hadis ini tidak ditujukan kepada mereka.
 

Baginda SAW membandingkan dengan orang-orang yahudi adalah kerana, pengharaman babi itu juga telah termaktub didalam taurat. Mereka mengakui pengharaman babi itu menyebabkan mereka tidak memakannya. Pun begitu, mereka telah mengambil sikap menjual babi dan makan dari hasil jualan tersebut. tindakan mereka itu dimurkai oleh Allah SWT.
 

Hadis ini bukanlah bermaksud – samada difahami secara zahir nas atau secara batin nas – bahawa haram memberikan hak non muslim untuk membina ladang babi.  Tetapi, wajib diketahui, sekiranya pihak kerajaan telah memberikan hak membina ladang babi kepada non muslim, lalu didapati terdapat bayaran cukai atau sebagainya, maka bayaran cukai itu tidak boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk disimpan dalam dana umum kerajaan, bahkan hendaklah pihak kerajaan meletakkan pada dana khusus yang hanya digunakan untuk kepentingan non muslim sahaja. 

Keadaan ini tidak bercanggah dengan syariah, ini kerana disandarkan kepada kaedah "Al-Qiyas Al-Jali" yang mana, jika kerajaan islam boleh membenarkan non muslim makan babi, maka bersangat dibenarkan kepada non muslim makan hasil kerajaan yang bersumber dari bayaran penjualan babi.
 

UMNO LULUS, PAKATAN RAKYAT LAKSANA
 

Tidak semua perkara yang dilakukan oleh UMNO merupakan salah. Bahkan, jika perbuatan tersebut adalah baik, maka tidak ada salahnya menyokong. 
 

Islam sendiri mengajar kepada pengikutnya agar tidak menolak semua perkara yang datang dari non muslim, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan nas. 
 

Baginda SAW menerima cadangan Salman Al-Farisi yang merujuk kepada pengalamannya berperang di Farsi dengan menggali parit dikeliling Madinah bagi menghadapi tentera kuffar dalam sirah peperangan ahzab atau peperangan khandaq, sedangkan farsi ketika itu merupakan sebuah negara yang mengamalkan agama majusi (sembah api).
 

Begitujuga, tawanan Badar yang kuffar, baginda SAW telah mengambil mereka yang pandai membaca agar menganjar kepada orang-orang islam. 
 

Disini menjadi dalil, jika perkara yang dilakukan oleh orang kafir, lalu orang Islam ingin menirunya, maka itu dibenarkan, tetapi bersyarat agar ianya tidak bercanggah dengan kandungan nas yang sahih.
 T

idak dinafikan, memang UMNO dan kuncu-kuncunya yang meluluskan projek ternakan babi itu, tetapi apa yang pasti, jika didapati projek tersebut tidak bercanggah dengan nas, maka tindakan itu adalah tidak bercanggah dengan syariah, bahkan dibenarkan kita mengakuinya.
 

Sabda Nabi SAW;

 
الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا 

Maksudnya;
          "kebijaksanaan adalah barang keciciran orang mu'min, barangsiapa yang mendapatinya, maka dia lebih berhak terhadapnya" (Sunan At-Tarmizi : 2611) 

NABI ISA BUNUH BABI 
 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ 

Maksudnya;
          "Demi nyawaku di tanya-Nya, pasti akan turun Ibnu maryam (nabi isa) kepada kamu dengan membawa hukum yang adil, beliau akan meruntuhkan salib, membunuh babi dan mengugurkan Jizyah" (sahih Al-Bukhari : 2070) 

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Isa A.S akan turun di saat hampir dengan hari kiamat nanti dan melakukan beberapa perkara. Antara tindakan isa ketika itu adalah meruntuhkan salib dan membunuh Khinzir.
 

Menurut Syarah kepada hadis ini, Imam Ibnu Hajar menyatakan;

 
وَفِيهِ تَوْبِيخٌ عَظِيمٌ لِلنَّصَارَى الَّذِينَ يَدَّعُونَ أَنَّهُمْ عَلَى طَرِيقَةِ عِيسَى ثُمَّ يَسْتَحِلُّونَ أَكْلَ الْخِنْزِيرِ وَيُبَالِغُونَ فِي مَحَبَّتِهِ 

Maksudnya;
          "Padanya satu celaan hebat terhadap nasrani yang mendakwa bahawa mereka mengikut jalan Isa, tetapi mereka menghalalkan makan babi" (Fath Al-Bari : 7/56) 

Dari penjelasan ini, difahami hadis yang disebut oleh Nabi SAW itu bersifat "khabariyyah", bukan bersifat "insyaiyyah", iaitu ianya disebut oleh nabi SAW dengan tujuan untuk "memberitahu" tentang tindakan Nabi Isa AS dikala turun kedunia nanti, bukannya menyatakan kewajipan membunuh babi.
 

Jika hadis ini difaham dari sudut "Insyaiyyah", sudah pasti Islam mengharamkan wujudnya gereja di sesebuah negara Islam, sedangkan perkara ini dinafikan oleh ijmak ulama, bahkan yang wujudnya semua pemerintahan islam tidak meruntuhkan gereja yang wujud dalam negara Islam ketika itu.

Ini dapat dibuktikan dengan negara-negara arab yang pernah di perintah oleh islam, tetapi disana masih terdapat lagi gereja-gereja yang kadangkala berumur lebih 1000 tahun.
 

KENAPA TIDAK IMPORT SAHAJA??
 

Tidak dinafikan dengan pemerintahan Barisan Nasional, penternakan babi ini semakin merebak dengan hebatnya.

Apabila pihak Pakatan rakyat mengambil alih pemerintah, didapati bahawa ternakan babi itu telah dilakukan dalam keadaan yang berselerak.
 

Dalam kenyataan Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, tindakan yang perlu dilakukan terhadap babi-babi itu digariskan dengan tiga pilihan, iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok[2].
 

Maka dengan itu, setelah melihat kepada teknologi yang begitu hebat, pihak kerajaan mengambil pilihan yang ketiga, iaitu mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok.
 

Mungkin orang bertanya dalam isu ini, mengapa tidak di import sahaja. Bagi menjawab isu ini, perlu dilihat dari sudut siyasah syariyyah, iaitu apabila bertembung antara mudharat yang besar dan mudharat yang lebih besar, maka perlu menolak mudharat yang lebih besar dengan melakukan mudharat yang kurang besarnya.
 

Sepertimana kita tahu, kemenangan Pakatan Rakyat di selangor, bukanlah sepertimana kemenangan di kelantan yang majoriti penduduknya terdiri dari orang islam.
 Golongan cina merupakan bangsa yang banyak memberikan undi kepada pihak Pakatan Rakyat berbanding orang melayu beragama Islam. Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan di dun-dun dan parlimen yang mempunyai penempatan orang melayu, seperti Sabak bernam dan sebagainya. 

Maka dengan itu, jika tindakan pihak kerajaan mengambil pilihan dengan menutup semua operasi ladang berkenaan, maka keadaan ini akan membawa kepada keadaan yang memuharatkan, iaitu sudah pasti golongan non muslim akan melihat bahawa Islam adalah agama yang kerjanya hanya mengharamkan hak mereka.
 

Bagi mengurangkan kadar mudharat tersebut, memilih pilihan yang membenarkan ternakan dengan disediakan teknologi yang tinggi, yang dengan itu non muslim akan dapat melihat bahawa Islam bukanlah seperti yang dimomokkkan oleh Barisan Nasional dan UMNO.
 

Disamping itu juga, pihak kerajaan hendaklah membataskan kadar bilangan babi yang dibenarkan diternak dalam ladang yang ingin dilaksanakan projek. 
 

Didapati, peruntukkan 100 Juta Ringgit tersebut bukanlah bermakna, ternakan itu akan ditingkatkan bilangannya, tetapi peruntukan 100 juta ringgit yang disediakan oleh tokey-tokey babi itu adalah untuk memastikan proses penternakan itu benar-benar berkesan, seperti dipasangkan penghawa dingin dengan tujuan babi itu tidak mendatangkan kuman yang boleh merebak, dan sebagainya.
 

PENUTUP
 

Padaku, isu ini perlu dirujuk dengan secara halus, dengan penghujahan yang bernas dan ilmiyyah. Bukannya mengulasnya dengan merujuk kepada emosi dan kebencian kita kepada non muslim.
 

Secara peribadi, aku tidak berapa setuju dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang melaksanakan projek begini. Pun begitu, disebabkan memikirkan keuntungan dakwah Islamiyyah dengan menampakkan kepada non muslim bahawa Islam bukan agama yang sering menindas mereka, maka aku mengambil sikap untuk mengulas isu ini dengan melihat dari sudut yang positif.
 

Sekian 

Wallahu 'Alam
 

Al-Bakistani

http://al-bakistani.blogspot.com 

abu_abdillah_azzam@yahoo.com 

19 April 2008

Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam !!

Oleh: cucumatkilau

 Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem "Fitna" yang dikatakan menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu. Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu.

Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda.

Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi Muhammad SAW, kini telah  menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan Rosnah itu.

Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu "Dunia Baru The Movie" juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam. Filem  yang diapditasikan daripada drama "Dunia Baru" itu telah ditayangkan kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan impaknya terhadap penonton. Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.

Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman.  Filem itu mengisahkan gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej  dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya  M. Hitler Zami berusaha membawanya ke layar perak.

Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".

Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.

Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.

Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini. Biarpun ianya tidak secara "jelas" menghina agama Islam, namun langkah mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup "Aurat" dan langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu, dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita. Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini.  Kabarnya DVD dilem berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini, pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesebuah drama atau pun filem.

 Klik Untuk Lihat Youtube >>   SEPOHON KAYU DUNIA BARU THE MOVIE     


4,726 bakal guru daftar di 27 IPG Julai

PELAJAR baru Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) bagi ambilan sesi Julai 2008 akan mendaftar serentak di 27 institut pendidikan guru (IPG) seluruh negara, 14 Julai ini.

Berikutan itu, calon terpilih menjalani temu duga dan juga menduduki Inventori Sahsiah Keguruan yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 30 Mei, boleh menyemak keputusan masing-masing mulai 10 Jun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata Kementerian Pelajaran menerima 108,394 permohonan dari seluruh negara untuk mengisi 4,726 tempat ditawarkan menerusi enam KPLSPM pada sesi ini.

Beliau berkata, lima kursus terbabit adalah program di luar negara, iaitu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara yang mengunjurkan pengambilan 150 pelajar.

Seterusnya, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua/TESL) (500), Program Kembar Bahasa Perancis (15), Program Kembar Bahasa Jerman (15) dan Program Kembar Bahasa Cina (100).

"Satu lagi KPLSPM ialah Program Perguruan Pendidikan Rendah yang mengunjurkan pengambilan 3,946 pelajar di 27 IPG seluruh negara.

"Program ini membabitkan pengajian selama empat tahun, selain kursus persediaan selama satu setengah tahun, dan pelajar akan memperoleh ijazah sarjana muda perguruan apabila bergraduat," katanya pada sidang akhbar di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA), Kuala Lumpur, kelmarin.

Razali berkata, pemilihan calon berjaya bergantung kepada kedudukan merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan INSAK, selain memberi keutamaan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bagi pengambilan sesi ini, beliau berkata, permohonan diterima daripada 152 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan SPM tahun lalu, diikuti 11A (352), 10A (670), 9A (1,062), 8A (1,428), 7A (2,297), 6A (3,635) dan selebihnya 5A ke bawah.

Katanya, perkembangan positif itu jelas menunjukkan minat ramai lulusan cemerlang SPM untuk menyertai profesion keguruan negara.

15 April 2008

Tugas guru dalam merencana modal insan

Oleh Ruzain Syukur Mansor

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah memiliki warga berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bagi memacu kegemilangan. Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.

Pendidikan memainkan peranan amat penting di dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju Wawasan 2020.

Antara tugas penting warga pendidik di dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul di dalam membina kepemimpinan yang kental. Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan. Maka cabaran warga pendidik pastinya di dalam menyemai nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu.


Antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara dititikberatkan menerusi beberapa strategi di bawah:

l Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid;

l Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid;

Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, pendidikan sains juga dapat membantu memperkasakan minda saintifik pelajar. Rangsangan minda mampu melahirkan murid berfikiran kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge and Robotic oleh Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.

Manakala, galakan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat di dalam pemikiran bercorak futuristik.

Pembangunan modal insan di kalangan pelajar juga dititik beratkan menerusi pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Pada peringkat Kementerian Pelajaran, usaha ini digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui subjek Pendidikan Islam dan Moral. Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam diserlahkan menerusi pelaksanaan program j-QAF dengan penulis sendiri adalah antara guru yang melaksanakan program cetusan idea Perdana Menteri ini.

Subjek Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan pada 2005 kepada Tahun Empat dan Tingkatan Satu bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai warga negara berkualiti.

Manakala pemantapan aktiviti kokurikulum pula bakal melonjakkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program Kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus kepada syarat kelayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Teknik.

Pembabitan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

l Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi sesama kaum;

l Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan;

l Memperkukuhkan disiplin diri menerusi penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep Rukun Negara;

l Mencungkil bakat dan potensi diri, dan

l Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi juga harus mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul. Penganjuran kempen ini dengan harapan supaya murid dapat menghayati Rukun Negara, serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.

Bagi memperkukuhkan jati diri, aspek pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan pendidik. Melalui kempen antibuli, antiponteng, serta pembabitan ahli masyarakat di dalam kempen pencegahan salah laku murid, diharapkan sedikit sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid.

Berdasarkan statistik diperoleh daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kes membabitkan disiplin pelajar sekolah menurun 0.04 peratus, iaitu daripada 2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada 2004. Manakala penurunan 0.33 peratus iaitu daripada 2.07 peratus pada 2004 kepada 1.74 peratus pada 2005. Ini adalah hasil permuafakatan semua pihak memastikan modal insan yang dilahirkan berdisiplin tinggi serta bermaruah.

Menerusi kupasan ringkas ini tentulah mustahil untuk penulis memperincikan peranan warga pendidik dalam membangun modal insan di sekolah. Namun, ia mampu memberikan gambaran umum bagaimana warga pendidik berperanan melonjakkan kecemerlangan modal insan bak melentur rebung yang masih hijau. Namun segala-galanya tidak akan menjadi realiti andai usaha ini tidak disokong semua pihak.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pentadbir sekolah, guru serta ahli masyarakat harus bersama-sama menggembleng tenaga membangun modal insan bagi memastikan mereka memperkasakan diri memacu kecemerlangan holistik.

Penulis, lulusan Pengajian Ilmu Wahyu UIAM kini bertugas sebagai guru j-QAF di Tanjung Karang, Selangor

Petikan Berita Harian

13 April 2008

Video SCHISM lawan dakyah Fitna

 JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

[http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk]


"Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam 'Schism' saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir," katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

"Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan."

"Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas," katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat 'berasaskan kebencian' dan Wilders menyalahgunakan 'kebebasan bersuara yang dinikmatinya," kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan 'Schism'.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

Saksikan video ini..

http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk

06 April 2008

April Fool, Buat Renungan & Pedoman Kita Semua

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya  merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi
Illal Liqaq

 

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata