Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

15 April 2008

Tugas guru dalam merencana modal insan

Oleh Ruzain Syukur Mansor

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah memiliki warga berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bagi memacu kegemilangan. Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.

Pendidikan memainkan peranan amat penting di dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju Wawasan 2020.

Antara tugas penting warga pendidik di dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul di dalam membina kepemimpinan yang kental. Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan. Maka cabaran warga pendidik pastinya di dalam menyemai nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu.


Antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara dititikberatkan menerusi beberapa strategi di bawah:

l Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid;

l Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid;

Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, pendidikan sains juga dapat membantu memperkasakan minda saintifik pelajar. Rangsangan minda mampu melahirkan murid berfikiran kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge and Robotic oleh Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.

Manakala, galakan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat di dalam pemikiran bercorak futuristik.

Pembangunan modal insan di kalangan pelajar juga dititik beratkan menerusi pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Pada peringkat Kementerian Pelajaran, usaha ini digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui subjek Pendidikan Islam dan Moral. Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam diserlahkan menerusi pelaksanaan program j-QAF dengan penulis sendiri adalah antara guru yang melaksanakan program cetusan idea Perdana Menteri ini.

Subjek Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan pada 2005 kepada Tahun Empat dan Tingkatan Satu bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai warga negara berkualiti.

Manakala pemantapan aktiviti kokurikulum pula bakal melonjakkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program Kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus kepada syarat kelayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Teknik.

Pembabitan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

l Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi sesama kaum;

l Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan;

l Memperkukuhkan disiplin diri menerusi penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep Rukun Negara;

l Mencungkil bakat dan potensi diri, dan

l Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi juga harus mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul. Penganjuran kempen ini dengan harapan supaya murid dapat menghayati Rukun Negara, serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.

Bagi memperkukuhkan jati diri, aspek pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan pendidik. Melalui kempen antibuli, antiponteng, serta pembabitan ahli masyarakat di dalam kempen pencegahan salah laku murid, diharapkan sedikit sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid.

Berdasarkan statistik diperoleh daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kes membabitkan disiplin pelajar sekolah menurun 0.04 peratus, iaitu daripada 2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada 2004. Manakala penurunan 0.33 peratus iaitu daripada 2.07 peratus pada 2004 kepada 1.74 peratus pada 2005. Ini adalah hasil permuafakatan semua pihak memastikan modal insan yang dilahirkan berdisiplin tinggi serta bermaruah.

Menerusi kupasan ringkas ini tentulah mustahil untuk penulis memperincikan peranan warga pendidik dalam membangun modal insan di sekolah. Namun, ia mampu memberikan gambaran umum bagaimana warga pendidik berperanan melonjakkan kecemerlangan modal insan bak melentur rebung yang masih hijau. Namun segala-galanya tidak akan menjadi realiti andai usaha ini tidak disokong semua pihak.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pentadbir sekolah, guru serta ahli masyarakat harus bersama-sama menggembleng tenaga membangun modal insan bagi memastikan mereka memperkasakan diri memacu kecemerlangan holistik.

Penulis, lulusan Pengajian Ilmu Wahyu UIAM kini bertugas sebagai guru j-QAF di Tanjung Karang, Selangor

Petikan Berita Harian

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata