HUKUM TERNAK BABI
Telah dinyatakan bahawa, hukum makan babi dari orang islam adalah haram. Ianya bersandarkan kepada nas Al-Quran dari firman Allah;
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi"
(Surah Al-Baqarah : 173)
Melihat hukum makan babi adalah haram kepada muslim, maka berdasarkan kepada "dalalah an-nas" (pada pandanganku, bukan dalalah al-Isyarah[1]) ianya adalah haram juga menternak, kerana kalaulah diharamkan makan daging babi, maka terlebih haram menternak babi, kerana dengan wujudnya ternak, menyebabkan boleh makan babi.
Maka dengan itu, difahami, haram bagi orang islam makan babi, disamping haram juga orang Islam terlibat dengan ternakan babi, menjual dan sebagainya. Pun begitu, isu yang dibincangkan disini adalah berkenaan dengan ternakkan babi dari non muslim.
Jika disandarkan kepada tindakan Omar bin Al-Khattab yang menyuruh membunuh babi dalam pemerintahan beliau, hujjah itu perlu diselidik dari sudut siyasah Syariiyyah.
Di kaji dari sudut siyasah Syariiyyah, didapati haram pihak kerajaan membenarkan kewujudan rumah-rumah ibadat dikawasan penempatan orang Islam. Adapun kewujudakan itu pada penempatan non muslim, maka pihak kerajaan Islam wajib memberikan hak kepada mereka.
Begitujuga, jika pihak non muslim memohon dari pihak kerajaan untuk membina rumah ibadat mereka di penempatan non muslim, maka pihak kerajaan wajib memberikan hak tanah bagi pembinaan rumah ibadat tersebut. Adapun jika permohonan itu dilakukan oleh non Muslim dikawasan penempatan muslim, tindakan tersebut adalah dilarang oleh Islam, dan haram pihak kerajaan membenarkan pembinaan rumah ibadat tersebut.
Apabila mereka melakukan upacara peribadatan agama mereka, maka lahirlah isu berkenaan dengan menzahirkan syiar agama mereka dalam melakukan ibadat. Dalam hal ini, ulama berselisih dalam membenarkan tersebut.
Apa yang pasti, seorang ulama dalam mazhab hanafi yang bernama Al-Kasani yang membenarkan perbuatan tersebut tetapi hendaklah syiar agama mereka itu tidak mengganggu gugat keadaan atau menimpa fitnah kepada umat Islam.
Al-Kasani berkata;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ
Maksudnya;
"Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya' (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi" (Badai As-Sanai : 15/240)
Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan juga oleh Al-Qurafi.
Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah non muslim menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam.
Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja. Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl 'Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka.
Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah fi Mujtama' Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah umat islam aman dan terselamat dari fitnah. (Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah fi Mujtama' Al-Islami: m.s. 302)
Jika isu penempatan rumah ibadat yang merupakan perkara yang berkaitan dengan Aqidah pun, Islam memberikan hak kepada non muslim, inikan pula dalam perkara yang melibatkan kepada perkara yang disebut sebagai makanan bagi non muslim.
Maka dengan itu, jika merujuk kepada tindakan omar yang menyuruh membunuh babi dalam pemerintahannya, ianya adalah bersebab, pemerintahan Omar telah menyebabkan Negara-negara dibawah pemerintahan Omar telah menyebabkan ramai rakyat masuk Islam yang menyebabkan golongan non muslim menjadi golongan minority.
Dalam bilangan non muslim yang minority itulah, menyebabkan Omar telah mengarahkan agar babi-babi itu dibunuh.
Ini dikuatkan lagi dengan tindakan Omar sendiri telah mengakui hak non muslim dalam pemerintahan beliau dengan satu surat yang dikeluarkan oleh beliau, yang kandungan surat itu menyatakan;
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم
Maksudnya;
"Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu'minin kepada Ahl Iilya' daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka"( Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308)
Keadaan ini amat berbeza dengan Selangor, yang mana, kita akan dapati bahawa terdapat lagi penempatan non muslim sehinggakan ada sebilangan tempat yang dipenuhi dengan non muslim sehinggakan di sesuatu tempat itu, kehadiran muslim dianggap pelik.
ALLAH LAKNAT YAHUDI
Dalam satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Ahmad, bahawa Jabir bin Abdillah mendengar sabda Nabi SAW;
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْرِ وَبَيْعَ الْأَصْنَامِ
Maksudnya;
"sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya haramkan jual babi, jual bangkai, jual arak dan jual patung berhala"
Setelah menyebut kata-kata ini, seorang lelaki bertanya kepada nabi SAW berkenaan dengan menjual lemak babi yang boleh dibuat untuk menampal kebocoran sampan. Mendengar ucapan lelaki itu, Baginda Nabi SAW berkata;
قَاتَلَ اللَّهُ يَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ عَلَيْهِمْ شُحُومَهَا أَخَذُوهُ فَجَمَّلُوهُ ثُمَّ بَاعُوهُ فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Maksudnya;
"Allah telah menyerang Yahudi, sesungguhnya Allah haramkan kepada mereka lemaknya (babi), tetapi mereka mengambilnya dan mengelokkannya, lalu mereka menjualnya dan mereka makan hasil jualan itu"( Musnad Ahmad : 13971)
Hadis ini merupakan satu pesanan nabi SAW tentang babi. Apa yang didapati, larangan nabi SAW dari hadis ini adalah larangan Nabi SAW terhadap orang Islam. adapun kepada non muslim, hadis ini tidak ditujukan kepada mereka.
Baginda SAW membandingkan dengan orang-orang yahudi adalah kerana, pengharaman babi itu juga telah termaktub didalam taurat. Mereka mengakui pengharaman babi itu menyebabkan mereka tidak memakannya. Pun begitu, mereka telah mengambil sikap menjual babi dan makan dari hasil jualan tersebut. tindakan mereka itu dimurkai oleh Allah SWT.
Hadis ini bukanlah bermaksud – samada difahami secara zahir nas atau secara batin nas – bahawa haram memberikan hak non muslim untuk membina ladang babi. Tetapi, wajib diketahui, sekiranya pihak kerajaan telah memberikan hak membina ladang babi kepada non muslim, lalu didapati terdapat bayaran cukai atau sebagainya, maka bayaran cukai itu tidak boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk disimpan dalam dana umum kerajaan, bahkan hendaklah pihak kerajaan meletakkan pada dana khusus yang hanya digunakan untuk kepentingan non muslim sahaja.
Keadaan ini tidak bercanggah dengan syariah, ini kerana disandarkan kepada kaedah "Al-Qiyas Al-Jali" yang mana, jika kerajaan islam boleh membenarkan non muslim makan babi, maka bersangat dibenarkan kepada non muslim makan hasil kerajaan yang bersumber dari bayaran penjualan babi.
UMNO LULUS, PAKATAN RAKYAT LAKSANA
Tidak semua perkara yang dilakukan oleh UMNO merupakan salah. Bahkan, jika perbuatan tersebut adalah baik, maka tidak ada salahnya menyokong.
Islam sendiri mengajar kepada pengikutnya agar tidak menolak semua perkara yang datang dari non muslim, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan nas.
Baginda SAW menerima cadangan Salman Al-Farisi yang merujuk kepada pengalamannya berperang di Farsi dengan menggali parit dikeliling Madinah bagi menghadapi tentera kuffar dalam sirah peperangan ahzab atau peperangan khandaq, sedangkan farsi ketika itu merupakan sebuah negara yang mengamalkan agama majusi (sembah api).
Begitujuga, tawanan Badar yang kuffar, baginda SAW telah mengambil mereka yang pandai membaca agar menganjar kepada orang-orang islam.
Disini menjadi dalil, jika perkara yang dilakukan oleh orang kafir, lalu orang Islam ingin menirunya, maka itu dibenarkan, tetapi bersyarat agar ianya tidak bercanggah dengan kandungan nas yang sahih. T
idak dinafikan, memang UMNO dan kuncu-kuncunya yang meluluskan projek ternakan babi itu, tetapi apa yang pasti, jika didapati projek tersebut tidak bercanggah dengan nas, maka tindakan itu adalah tidak bercanggah dengan syariah, bahkan dibenarkan kita mengakuinya.
Sabda Nabi SAW;
الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا
Maksudnya;
"kebijaksanaan adalah barang keciciran orang mu'min, barangsiapa yang mendapatinya, maka dia lebih berhak terhadapnya" (Sunan At-Tarmizi : 2611)
NABI ISA BUNUH BABI
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ
Maksudnya;
"Demi nyawaku di tanya-Nya, pasti akan turun Ibnu maryam (nabi isa) kepada kamu dengan membawa hukum yang adil, beliau akan meruntuhkan salib, membunuh babi dan mengugurkan Jizyah" (sahih Al-Bukhari : 2070)
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Isa A.S akan turun di saat hampir dengan hari kiamat nanti dan melakukan beberapa perkara. Antara tindakan isa ketika itu adalah meruntuhkan salib dan membunuh Khinzir.
Menurut Syarah kepada hadis ini, Imam Ibnu Hajar menyatakan;
وَفِيهِ تَوْبِيخٌ عَظِيمٌ لِلنَّصَارَى الَّذِينَ يَدَّعُونَ أَنَّهُمْ عَلَى طَرِيقَةِ عِيسَى ثُمَّ يَسْتَحِلُّونَ أَكْلَ الْخِنْزِيرِ وَيُبَالِغُونَ فِي مَحَبَّتِهِ
Maksudnya;
"Padanya satu celaan hebat terhadap nasrani yang mendakwa bahawa mereka mengikut jalan Isa, tetapi mereka menghalalkan makan babi" (Fath Al-Bari : 7/56)
Dari penjelasan ini, difahami hadis yang disebut oleh Nabi SAW itu bersifat "khabariyyah", bukan bersifat "insyaiyyah", iaitu ianya disebut oleh nabi SAW dengan tujuan untuk "memberitahu" tentang tindakan Nabi Isa AS dikala turun kedunia nanti, bukannya menyatakan kewajipan membunuh babi.
Jika hadis ini difaham dari sudut "Insyaiyyah", sudah pasti Islam mengharamkan wujudnya gereja di sesebuah negara Islam, sedangkan perkara ini dinafikan oleh ijmak ulama, bahkan yang wujudnya semua pemerintahan islam tidak meruntuhkan gereja yang wujud dalam negara Islam ketika itu.
Ini dapat dibuktikan dengan negara-negara arab yang pernah di perintah oleh islam, tetapi disana masih terdapat lagi gereja-gereja yang kadangkala berumur lebih 1000 tahun.
KENAPA TIDAK IMPORT SAHAJA??
Tidak dinafikan dengan pemerintahan Barisan Nasional, penternakan babi ini semakin merebak dengan hebatnya.
Apabila pihak Pakatan rakyat mengambil alih pemerintah, didapati bahawa ternakan babi itu telah dilakukan dalam keadaan yang berselerak.
Dalam kenyataan Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, tindakan yang perlu dilakukan terhadap babi-babi itu digariskan dengan tiga pilihan, iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok[2].
Maka dengan itu, setelah melihat kepada teknologi yang begitu hebat, pihak kerajaan mengambil pilihan yang ketiga, iaitu mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok.
Mungkin orang bertanya dalam isu ini, mengapa tidak di import sahaja. Bagi menjawab isu ini, perlu dilihat dari sudut siyasah syariyyah, iaitu apabila bertembung antara mudharat yang besar dan mudharat yang lebih besar, maka perlu menolak mudharat yang lebih besar dengan melakukan mudharat yang kurang besarnya.
Sepertimana kita tahu, kemenangan Pakatan Rakyat di selangor, bukanlah sepertimana kemenangan di kelantan yang majoriti penduduknya terdiri dari orang islam. Golongan cina merupakan bangsa yang banyak memberikan undi kepada pihak Pakatan Rakyat berbanding orang melayu beragama Islam. Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan di dun-dun dan parlimen yang mempunyai penempatan orang melayu, seperti Sabak bernam dan sebagainya.
Maka dengan itu, jika tindakan pihak kerajaan mengambil pilihan dengan menutup semua operasi ladang berkenaan, maka keadaan ini akan membawa kepada keadaan yang memuharatkan, iaitu sudah pasti golongan non muslim akan melihat bahawa Islam adalah agama yang kerjanya hanya mengharamkan hak mereka.
Bagi mengurangkan kadar mudharat tersebut, memilih pilihan yang membenarkan ternakan dengan disediakan teknologi yang tinggi, yang dengan itu non muslim akan dapat melihat bahawa Islam bukanlah seperti yang dimomokkkan oleh Barisan Nasional dan UMNO.
Disamping itu juga, pihak kerajaan hendaklah membataskan kadar bilangan babi yang dibenarkan diternak dalam ladang yang ingin dilaksanakan projek.
Didapati, peruntukkan 100 Juta Ringgit tersebut bukanlah bermakna, ternakan itu akan ditingkatkan bilangannya, tetapi peruntukan 100 juta ringgit yang disediakan oleh tokey-tokey babi itu adalah untuk memastikan proses penternakan itu benar-benar berkesan, seperti dipasangkan penghawa dingin dengan tujuan babi itu tidak mendatangkan kuman yang boleh merebak, dan sebagainya.
PENUTUP
Padaku, isu ini perlu dirujuk dengan secara halus, dengan penghujahan yang bernas dan ilmiyyah. Bukannya mengulasnya dengan merujuk kepada emosi dan kebencian kita kepada non muslim.
Secara peribadi, aku tidak berapa setuju dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang melaksanakan projek begini. Pun begitu, disebabkan memikirkan keuntungan dakwah Islamiyyah dengan menampakkan kepada non muslim bahawa Islam bukan agama yang sering menindas mereka, maka aku mengambil sikap untuk mengulas isu ini dengan melihat dari sudut yang positif.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

2 komentar:
apabila manusia meninggalkan kerja yang dibawa oleh nabi iaitu kerja dakwah nubuwwah, maka Allah SWT menarik kegerunan dalam diri orang non muslim terhadap orang-orang Islam...bahkan orang-orang islam berasa akan terancam apabila kepentingan mereka (non muslim)tidak ditunaikan..
Betul tu Kicap
Catat Ulasan