KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sebanyak 1.2 juta kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada September dan Disember ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai sumbangan kakitangan awam kepada pembangunan negara.
"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008.
"Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," katanya ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.
Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2007 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran.
Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.
0 komentar:
Catat Ulasan