Bashir Ishak Penulis tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini? Kota sarat disimpan tempayan Gula dan santan diuli roti Anak singa di Pulau Teberau Pergilah mandi di Titi Tinggi Berikut adalah pandangan peribadi penulis....(Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati!). Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kenewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi. Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak. Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang. Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....UndurLAH! Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan denga orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti. Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat. Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada.... Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI!
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.
Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
> Radio Kita Untuk Kita Kita...
?>
Launch in external player |
Daftar Sekarang
Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....
Melanggan jqafkent |
Lawat jqafkent groups |
01 September 2008
Apabila Mufti Perlis berpantun...
Telah dihantar oleh KITA pada 01:06
Topik Dari Sattar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Khat Arabi
Sukatan Baru
Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan
مبادئ البحث التربوي
Publish at Scribd or explore others:
0 komentar:
Catat Ulasan