Serama 36 Guru Pembimbing dari Tuaran, Tamparuli, Rana, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Pulau-pulau sekitarnya telah hadir dalam kursus tersebut.
JAPIM telah menjemput 2 orang penceramah dari JAPIM Putrajaya untuk mengisi slot kursus. Mereka adalah Ustaz Saifudin Omar dan Ustaz Nahwiyudin. Ustaz Fikri selaku Penyelaras j-QAF Negeri Sabah juga turut menyampaikan taklimatnya.
Selain mereka, beberapa orang pensyarah IP Kent juga turut menyumbangkan tenaga menjayakan kursus ini. Terima kasih dari JAPIM.
Di antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana menjadi guru pembimbing yang berkesan. Guru pembimbing harus memahami terlebih dahulu konsep j-QAF dengan mendalam dan menghayati perana guru-guru j-QAF di sekolah masing-masing.
Beberapa perkara baru yang didedahkan oleh pegawai JAPIM Putrajaya ialah konsep BIG iaitu "Baca Ikut Guru". Ia dilaksanakan semasa tasmik oleh guru-guru selama 10 minit setiap sesi. Ini bertujuan membolehkan para pelajar khatam al-Quran semasa tamat darjah 6 nanti.
Pertambahan masa mata pelajaran Bahasa Arab dari 2 masa kepada 5 masa akan ditentukan pelaksanaannya sedikit masa lagi. Beberapa penelitian sedang dijalankan untuk memastikan perjalanannya lebih berkesan.
Pengajaran iqra yang dilaksanakan sekarang masih belum menepati kaedah sebenar. Guru hanya mengajar buku iqra menggantikan buku muqaddam tanpa menggunakan kaedah iqra yang sepatutnya dan ini di antara faktor pelajar lambat menguasai pembacaan al-Quran. JAPIM Putrajaya berjanji akan membawa pakar dari Indonesia untuk mendedahkan pengajaran kaedah iqra kepada guru-guru j-QAF dan para pensyarah. Kita tunggu akan masanya.
Dalam kursus ini juga peserta berpeluang menonton klip video sesi pengajaran guru-guru j-QAF dan membuat penilaian. Semasa bengkel terakhir, para peserta didedahkan bagaimana cara menyelia pelatih untuk sesi praktikum yang akan bermula Januari tahun hadapan.
Turut dijemput untuk mengisi slot kursus ialah Puan Norsalina Abdullah, Cik Dayang Mayang, Ustaz Harun Sarail dan Ustaz Abdul Satar.
Kursus ini telah sempurna ditutu denganrasminya oleh Tuan Timbalan Pengarah IP Kent, Encik Romli Darus. Turut hadir dalam majlis penutupan ialah Ustaz Harun Sarail, Ketua Jabatan JAPIM, IP Kent.
Gambar-gambar sekitar kursus
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Saifudin
Ustaz Nahweyudin bersemangat menyampaikan taklimat
Ustaz Mohd Fauzi Hassan (Penyelaras) berucap di majlis penutupan
Datu Raiman dan Ustaz Nik Hasan
Ucapan penutupan kursus oleh Encik Romli Darus
Ustaz Fikri turut hadir dalam majlis penutup
0 komentar:
Catat Ulasan