Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

29 November 2007

Maklumat Terkini Konvokesyen

KONVOKESYEN

KPLI-LPBS-jQAF

(AMBILAN JANUARI 2006)

 

1.         PENDAHULUAN

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvokesyen bagi graduan KPLI-LPBS-JQAF Ambilan Januari 2006 akan diadakan  pada 11-14 Disember 2007. Majlis ini  dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bersama semua Institut Perguruan (IPG).

 

2.         OBJEKTIF

 

Konvokesyen ini diadakan dengan tujuan untuk:

 

a.    meraikan kejayaan para Graduan menjalani dan seterusnya menamatkan kursus perguruan.

b.    meningkatkan keyakinan dan keprihatinan mereka terhadap tugas dan perkhidmatan keguruan.

c.    memupuk sikap positif dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar IPG ini khususnya dan Graduan amnya melalui aktiviti yang melibatkan semua warga IPG.

d.    menjalin dan mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat bekerja dalam kumpulan sesama warga IP Kent dan masyarakat luar.

e.    memberi peluang kepada para Graduan untuk bertemu semula setelah bertugas di sekolah sebagai guru permulaan.

 

3.         TEMPAT

 

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA DAN

INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA

 

4.         TARIKH : 11 – 14 DISEMBER 2007

 

5.         ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN

 

10 DISEMBER 2007 ( ISNIN )

 

1400 – 1500    Pendaftaran Graduan Cemerlang

1500 - 1700     Raptai  Sesi I

 

11 DISEMBER 2007 (SELASA)

 

0730 - 0745     Tetamu mengambil tempat.

                  Perbarisan Graduan

Perarakan Masuk Graduan.

0900 - 0930     Ketibaan Tetamu Kehormat.

                  (YB. Dato' Noh bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran)

           

            1300 – 1530    Pendaftaran ( 84 Graduan IP KENT )

            1530 -  1530    Raptai

                                    ( Tempat : Auditorium IPBA )

 

  

12 DISEMBER 2007. (RABU)

     

      Tempat :Dewan Besar IPBA

 

1330 - 1400     Tetamu mengambil tempat.

                  Perbarisan Graduan

Perarakan Masuk Graduan.

1415 - 1430     Ketibaan Tetamu Kehormat.

(Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia dijangka tiba pada jam 1415 petang )

 

5.         BAYARAN

 

Jumlah bayaran yang dikenakan kepada para Graduan adalah 

RM 100.00 (SERATUS RINGGIT)

 

5.1       DOBI JUBAH                                     = RM 30.00

5.2       GAMBAR (Dibayar kepada IPT)        = RM 30.00

5.3       CENDERAMATA                               = RM 25.00

5.4       FOLDER                                           = RM 15.00

 

                JUMLAH BAYARAN                                = RM100.00

 

Semua pembayaran mestilah dibuat secara tunai pada masa pendaftaran dan pengambilan jubah konvokesyen

 

6.         PAKAIAN.

 

Semua Graduan diwajibkan memakai jubah yang telah disediakan oleh pihak institut.

 

6.1       PAKAIAN GRADUAN LELAKI:

i.              Memakai pakaian Baju Melayu berwarna hitam

ii.             Kasut berwarna hitam

iii.            Songkok berwarna hitam

 

6.2       PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN:

i.              Memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam.

ii.             Tudung berwarna putih

iii.            Kasut mesti menutup tumit dan jari

iv.           Dilarang memakai purdah

 

7.         PENDAFTARAN GRADUAN:

 

7.1       Pendaftaran Graduan untuk mengambil Jubah:

 

Para graduan boleh mengambil jubah di IP BAHASA MELAYU MALAYSIA pada sesi pendaftaran Graduan Cemerlang (jika terlibat) pada 10 Disember 2007 bermula jam 1300 - 1500   dan Pendaftaran Graduan serta raptai 11 Disember 2007 bermula jam 1300 hingga 1500 petang

(Sila hubungi Urus Setia Konvokesyen IP Kent/Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk pertanyaan lanjut – di talian 088 788500 samb 34 @ 019 8071372 Cik Naema Kadir)

 

7.2       Pendaftaran Graduan untuk konvokesyen:

 

TARIKH

MASA

TEMPAT

PERKARA

10/12/07

1300

-

1500

Dewan Besar IBMM

Pendaftaran untuk Raptai Graduan Cemerlang

11/12/07

1300

-

1500

Dewan Besar IBMM

Pendaftaran untuk Raptai bagi 85 Graduan.

12/12/07

1100

-

1300

Dewan Besar IPBA

Pendaftaran Konvokesyen bagi 85 Graduan

 

Kad Nama Konvokesyen dan Kad Tetamu akan diberi semasa pendaftaran di IBMM.

 

8.         TETAMU.

 

Para Graduan dibenarkan membawa tidak lebih daripada 2 orang tetamu untuk berada di dalam dewan. Para  Graduan juga  tidak dibenarkan membawa anak/kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Para tetamu akan ditempatkan di Auditorium IPBA.

 

9.         GAMBAR GRADUAN:

 

Para Graduan boleh membuat tempahan gambar kepada Syarikat yang telah ditetapkan oleh pihak BPG. Bayaran gambar ialah RM 30.00. Semua urusan berkaitan gambar hendaklah dibuat dengan syarikat berkenaan.

 

Hanya jurugambar yang telah ditetapkan dibenarkan mengambil/merakam gambar semasa Konvokesyen berlangsung.

 

10.       PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN.

 

Pihak BPG/IPG tidak menyediakan pengangkutan dan tempat penginapan untuk para Graduan.

 

 

11.       RAPTAI KONVO.

 

Semua Graduan diwajibkan hadir dan mengikuti raptai sepertimana yang   dinyatakan pada jadual (Perkara 6) di atas.

 

WARGA INSTITUT PERGURUAN  KENT MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA.

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata