"Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekelian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru;
Maksudnya; Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari harta penduduk negeri maka ia adalah tertentu bagi Allah, bagi Rasulullah, bagi kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin serta ibnu sabil. Ketetapan tersebut supaya harta itu tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya daripada kamu. Dan setiap apa yang di bawa aoleh rasul kepadamu maka terimalah dan setiap apa yang dilarang terhadapmu maka jauhilah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Hubungan rapat antara kehidupan dunia yang fana ini dengan hari akhirat yang kekal selamanya mestilah di semat sebaik mungkin dari segi keyakinan dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita tidak terjerumus ke lembah kesesatan dan kehinaan. Pemisahan antara kehidupan dunia dengan pembalasan hari akhirat menyebabkan manusia rosak dan melakukan penindasan di muka bumi ini. Pemisahan antara dunia dengan panduan agama menyebabkan kezaliman berleluasa dan keadilan tergugat oleh tangan-tangan ganas yang sentiasa dahagakan huru-hara.
Kesakitan Rasulullah s.a.w pada penghujung bulan Sofar yang membawa kepada kewafatan baginda pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 hijrah bersama dengan peninggalan dua panduan yang beharga iaitu al Quran dan as Sunnah bagi menjamin keamanan sejagat agar terus terjaga. Islam sebagaimana yang diberitahu oleh al Quran dan diterangkan oleh hadis tidak pernah melarang umatnya untuk maju dan membina tamaddun yang tinggi tetapi dengan syarat mesti selari antara kemajuan kebendaan dengan rohani. Pembinaan tamaddun berdasarkan Islam bukan bertujuan untuk menunjuk kemegahan dengan sesuatu binaan yang paling tinggi dan paling besar sahaja tetapi ia mestilah disertai dengan manfaat pembangunan tersebut kepada rakyat di samping pembangunan kebendaan itu naik bersama suburnya pembangunan insan. Pembinaan tamaddun Islam tidak dibina bersama dengan penindasan terhadap rakyat seperti kenaikan harga barang-barang asasi untuk hidup di mana ia dibina setelah kebajikan semua rakyat telah mencukupi bukannya dibina ketika rakyat memerlukan wang ringgit untuk menyara kehidupan dan bukan juga dibina atas hutang yang menyebabkan rakyat terus merana.
Tamaddun Islam mempunyai nilai kebendaan yang tinggi disamping penerapan kepada nilai kemanusian berasaskan agama yang unggul. Ini diakui oleh kerajaan Sepanyol melalui kenyataan mereka beberapa tahun yang lalu di mana mereka mengatakan pembinaan tamaddun oleh kerajaan Islam yang pernah bertapak di Cardova begitu hebat tetapi kerajaan Sepanyol hari ini hanya mampu menjadikannya sebagai peninggalan sejarah yang agung tanpa dapat menghidupkan roh kepada tamaddun tersebut kerana hanya Islam sahaja yang mampu menghidupkan tamaddun yang dibina oleh mereka di Sepanyol itu dengan meniupkan kembali roh Islam ke dalamnya.

- bersambung -
0 komentar:
Catat Ulasan