Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

10 September 2008

Suktan Mulut busuk

Pada suatu zaman, ada seorang Sultan di kelilingi pembesar-pembesarnya termasuk 2 orang menteri.

Seorang menteri yang rendah akhlak dan seorang lagi menteri yang soleh. Menteri yang rendah akhlak ni suka membodek Sultan, suka mengaut kekayaan dan tinggi sifat dengki dan khianatnya.

Menteri yang soleh itu disayangi Sultan. Ini menimbulkan kemarahan dan hasad dengki kepada menteri yang rendah akhlak tersebut. Suatu hari, datanglah idea jahat di dalam kepala otaknya. Apabila berjumpa Sultan, dimaklumkannya kepada Sultan bahawa menteri yang soleh itu menjaja-jaja cerita habis suatu negeri bahawa sultan itu bermulut busuk. Sultan berasa tersinggung tapi masih tak berapa percaya kata-kata menteri rendah akhlak tu. "Mana kau dapat sumber cerita ni?Sahih ke?" Tanya Sultan. "Betul Tuanku" jawab menteri rendah akhlak tu, seraya mendapat satu idea,"kalau tuanku tak percaya, malam ini cuba tuanku panggil dia menghadap.Nescaya sewaktu bercakap dengan tuanku dia akan menutup mulutnya dengan tangannya kerana kononnya tidak tahan dengan bau busuk mulut tuanku". Sultan bersetuju tetapi sebelum sultan memanggil menghadap menteri yang soleh itu pada sebelah petang, menteri yang rendah akhlak itu mula mengatur perancangannya. Pada waktu tengahari,dia menjemput menteri yang soleh itu makan tengahari di rumahnya dengan dihidangkan segala lauk pauk dan ulam-ulaman dari kaum kerabat yang kuat baunya seperti budu, petai, cencaluk,tempoyak dan jering. Makanlah menteri yang soleh itu dengan penuh selera tanpa tahu apakah jerat yang ingin dipasang oleh menteri rendah akhlak itu.

  Dipendekkan cerita, tiba waktu petang menghadaplah menteri yang soleh itu menemui Sultan. Sultan pun cuba menguji kebenaran kata-kata menteri yang rendah akhlak tadi. Dia bersembang dengan jarak yang dekat dengan menteri yang soleh itu. Tiba-tiba memang benar, menteri yang soleh itu menutup mulut beliau dengan tangan."Betullah kata menteri tadi. Tergamak menteri yang aku percayai ini menghina dan menjaja aib aku" kata Sultan di dalam hati tanpa mengetahui bahawa kerana sifat sopan dan berhemahlah menteri yang soleh itu menutup mulutnya. Ini kerana ditakuti bau busuk mulutnya akibat makan makanan berbau tadi akan mengganggu ketenteraman dan keselesaan Sultan yg beliau hormat dan sanjungi.

Tanpa usul periksa lagi, Sultan pun menulis sesuatu di atas surat watikah, digulung dan di tulis kepada : "si fulan", lalu diberikan kepada menteri yg soleh itu tanpa diketahui beliau isi kandungan surat itu.

Rupanya perkara ini diperhatikan oleh menteri yg rendah akhlak itu. Semakin membuak-buak perasaan marah dan dengkinya,"celaka sungguh Sultan, aku ingatkan dia murka, rupanya dibaginya pula surat watikah kepada kawan aku tu.Mesti itu watikah perlantikan naik pangkat atau anugerah tanah dan gudang.Ini tak boleh jadi ni.Aku mesti buat sesuatu".

Dengan itu di'slowtalknya' dengan kawannya menteri yang soleh itu memujuknya memberikan surat itu. Sebagai seorang yang tidak mementingkan pangkat dan harta kekayaan, diserahkan menteri yang soleh itu dengan relahati surat itu kepada kawannya menteri yang rendah akhlak tu.

Dipendekkan lagi cerita , maka bergegaslah menteri  yang rendah akhlak itu membawa surat watikah kepada si fulan yang di minta Sultan itu di mana di dalam kepalanya tergambarlah anugerah pangkat, tanah atau gudang yang akan diperolehinya nanti. Apabila sampai dan menemui si fulan tersebut terus diserahkan surat watikah itu. Si fulan itu membuka surat tersebut dan membaca isi kandungan surat tersebut yang berbunyi;
  " Wahai algojo, sebaik sahaja engkau menerima dan membaca surat ini dari orang yang memberikannya kepada mu, maka engkau bunuhlah dia. Dia ialah seorang penyebar fitnah". Arakian terngangalah menteri yang rendah akhlak itu adanya..

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata