Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
Launch in external player |
Daftar Sekarang
Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....
Melanggan jqafkent |
Lawat jqafkent groups |
31 Oktober 2007
Transkrip j-QAF 2006
Telah dihantar oleh KITA pada 22:23 0 komentar
Topik Dari JAPIM
30 Oktober 2007
Ucapan Nik Aziz di ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur)
Bismillahir Rahmanir Rahim
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia dan isteri;
Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang;
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh
Menteri Besar Terengganu;
Yang Amat Berhormat
Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor;
YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
Yang Berhormat
Menteri-Menteri Kabinet;
Yang Berhormat
Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;
Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini.
Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan.
Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.
Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.
Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda.
Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.
Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.
YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Tugas pemimpin laksana dasar Allah
Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat.
Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat.
Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah.
Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru.
Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara.
Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.
Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).
Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini.
YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,
Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.
Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.
Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.
Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui.
Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa.
Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian.
Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.
Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi
Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.
Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.
Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.
Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar.
Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.
Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama.
Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan.
Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.
Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit.
Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi.
Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.
Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER
YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,
Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak.
Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.
Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.
Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk.
Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi.
Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini.
Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.
Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.
Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz".
Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan.
Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.
"Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40).
Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan.
Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan.
Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian.
Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama.
Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu.
Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini.
Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam
YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.
Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.
Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.
Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman.
Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh.
Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.
Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.
Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam
Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan.
Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah.
Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.
Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan.
Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa.
Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik.
Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil.
Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini.
Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.
Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167).
Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran.
Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.
Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan
YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan.
Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.
Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.
Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.
Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu
Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.
Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) - mr
Telah dihantar oleh KITA pada 05:55 0 komentar
Topik Dari Sattar
29 Oktober 2007
Sekitar Perjumpaan j-QAF IP Kent Zone Lahad Datu
27 Oktober, Lahad Datu - Perjumpaan j-QAF Zone Lahad Datu telah diadakan di PKG Lahad Datu dan dihadiri seramai 9 pelajar bersama Ustaz Abdul Satar dan Ustazah Sabariah.
Telah dihantar oleh KITA pada 10:25 0 komentar
Topik Dari JAPIM
Pertemuan j-QAF Kent Zone Sandakan
Telah dihantar oleh KITA pada 04:51 0 komentar
Topik Dari JAPIM
23 Oktober 2007
Benarkah orang Melayu 'membunuh diri'?
Semasa 1.8 bilion umat Islam seluruh dunia bergembira menyambut 1 Syawal 1428 yang lalu, orang Melayu yang beragama Islam di negara ini dikejutkan dengan kejadian tiga beranak ditemui mati terminum racun.
Sebuah Akhbar tabloid harian pada 15 Oktober 2007 menyebut ia sebagai 'tragedi dirancang'. Muka hadapan akhbar ini dipetik sebagai berkata, "Tiada apa-apa yang nak diceritakan, mak. Tapi tunggulah kerana segala-galanya akan diketahui pada hari raya nanti," demikian kata Allahyarham Shamsul Hadi Yaakob, 32, kepada ibunya.
Benar seperti dikata, dia dan dua anaknya Nor Malissa Nasuha, 7 dan Muhammad Fariz Hilmi,2, ditemui mati terminum racun pada hari raya pertama. Shamsul turut meninggalkan wang RM380 dalam dompetnya untuk urusan pengebumian mereka.
Akhbar ini dipetik sebagai berkata, tiga beranak ini ditemui mati di pangsapuri Taman Desa Ria, Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya Selangor.
Ketika ditemui, difahamkan Shamsul berada dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat mencederakan dirinya dengan sebilah pisau manakala mulut kedua-dua anaknya berbuih.
Polis juga menemui satu nota yang berbunyi: "Maafkan abang ke atas apa yang berlaku" dipercayai ditulis Shamsul kepada isterinya. Sebak apabila melihat, dua orang kanak-kanak yang masih suci dan bersih turut menjadi 'korban' kerana masalah dalaman di antara ibu dan bapanya.
Pada Jun 2007 yang lalu, seorang ibu Melayu yang beragama Islam terkejut apabila anak remajanya yang berusia 15 tahun terminum racun di bilik tidurnya. Ibu ini tidak menjangka sikapnya yang menegur dan memarahi remaja terbabit kerana bergaul dengan rakan yang dikatakan tidak bagus akhlaknya berakhir dengan satu tragedi.
Kemudian, pada 26 September 2007, di Marang Terengganu, Siti Aishah Sharif, 24, nekad minum air di dalam bekas racun akibat tertekan. Bagaimanapun usianya masih panjang dan sempat diselamatkan.
Menurut akhbar harian tabloid yang sama dipetik sebagai berkata, Siti Aishah Sharif minum racun disebabkan tertekan. Dia dikatakan bertengkar dengan ibunya, Senah Tahar 54 tahun di rumahnya di Kampung Pulau Kerengga.
Anak bongsu ini adalah anak harapan untuk menjaga ibunya semasa tua nanti dan tidak menjangka teguran terhadap sikap anaknya itu membawa kepada insiden tersebut
Mungkin untuk 'meredakan' keadaan kepada keluarga mangsa yang masih hidup dan bersikap 'lunak' kepada pandangan orang-orang Melayu terhadap insiden ini, akhbar harian berbahasa Melayu menggunakan perkataan 'ter' yang disifatkan 'tidak sengaja'.
Apa juga tindakan 'tidak sengaja' dianggap masih boleh dimaafkan walaupun mungkin sesuatu insiden tidak bersikap demikian.
Mungkin juga terdapat insiden orang Melayu yang beragama Islam bertindak 'membunuh diri' tetapi tidak disiarkan oleh media atas faktor tertentu. Ia mungkin dirahsiakan oleh keluarga, penduduk setempat dan mungkin juga media tidak sempat 'menghidu' isu tersebut atau tidak dibenarkan menyiarkannya.
Sebuah akhbar harian keluaran 21 Oktober 2007 lalu dipetik sebagai berkata, penyakit berkaitan kesihatan mental di negara ini diibaratkan sebagai bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa berdasarkan kira-kira 20 peratus rakyat negara ini menghidap tekanan perasaan kronik.
Akhbar ini yang mengambil kenyataan Ketua Jabatan Psikologi Perubatan Universiti Malaya, Professor Dr Mohamad Hussian Habil berkata, dari jumlah itu hanya 0.5 peratus mendapatkan rawatan dipercayai disebabkan pelbagai faktor termasuk tidak mahu dianggap gila dan faktor kewangan.
Beliau dipetik sebagai berkata, pesakit mental kronik ini jika tidak dirawat segera berkemungkinan besar boleh melakukan perkara di luar dugaan termasuk mencederakan diri sendiri atau membunuh orang lain.
Dr Mohamad Hussain menambah, tekanan perasaan yang tidak terkawal mendatangkan keganasan dan kebanyak kes pembunuhan serta keganasan tidak membabitkan pesakit jiwa tetapi dilakukan individu yang gagal mengawal tekanan dan emosi termasuk kanak-kanak.
Bagaimanapun pandangan yang tersiar di akhbar ini tidak menjelaskan kaum mana yang tertinggi daripada 20 peratus yang menghidap tekanan jiwa.
Apa yang penting sekarang insiden 'bunuh diri' atau menyelesaikan masalah peribadi dengan 'minum racun' atau bahan terlarang secara mudah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam di tahap yang membimbangkan.
Kita merasa hairan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku di dalam sebuah negara Islam seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno.
Apakah yang berlaku kepada orang-orang Melayu sekarang? Apakah mereka tidak pernah mendapat pendidikan Islam dari peringkat asas lagi? Atau menganggap Agama Islam sama dengan Agama lain di dunia ini?
Sesetengah pemimpin kita 'sibuk' dengan ajaran sesat. Dan sememangnya hak mereka berbuat demikan. Kita juga telah bersatupadu apabila ada umat kita yang keluar akidah demi mempertahankan Agama Islam yang mulia ini.
Kita seringkali menyebut kebimbangan statistik bilangan orang Melayu yang keluar Islam. Kita cukup peka dan sedikit sebanyak ia `merisaukan’ musuh-musuh Islam terhadap perpaduan kita ini.
Perlu difahami, kita mentaati agama Islam tidak seperti penganut agama lain. Kita patuh kepada Agama kita bukan seperti masuk ke kelab malam:- hari ini masuk dan esok keluar.
Kita perlu menjadi umat yang taat walau menghadapi apa juga cabaran dan dugaan. Tetapi kini kita terleka sedikit apabila orang Melayu yang beragama Islam membunuh diri sebagai penyelesai masalah.
Kita alpa inilah musuh senyap yang tidak kita sedari setelah berlaku secara terbuka yang didedahkan oleh pihak media.Apa yang lebih membimbangkan musuh-musuh Islam sudahpun mengetahui mengenai fenomena ini.
Walau apapun alasan kita sudah tidak boleh lagi membiarkan perkara ini berlaku dan terus berulang. Kita tidak mahu kerana terleka sedikit ia menjadi 'barah' kepada genarasi akan datang. Para dai', para guru, para pemimpin Agama dan para pemimpin politik atau sesiapa sahaja yang sayangkan Agama Islam perlu bersatu mengembeling tenaga mengambil pelbagai kaedah dan kebolehan masing-masing memberi kefahaman mengenai ajaran Islam yang sebenar kepada bangsa Melayu sekarang.
Hanya ulama dan cendekiawan Islam yang mampu memberi penjelasan hukum-hakam mengenai orang Islam yang membunuh diri dan impak yang bakal dihadapi di akhirat kelak. Mereka juga orang yang berupaya dan berkemampuan menjelaskan Islam sebagai 'the way of life'.
Hentikanlah retorik Islam Hadhari. cukuplah semangat pemimpin YADIM, Dato' Nakhaie Ahamd yang mahu membawa Islam Hadhari ke negara Rusia seperti kenyataannya di dalam media harian pada 22 Oktober 2007 lalu berikutan kejayaan anak Melayu menakluki alam angkasa.
Selepas kita menimba ilmu di angkasa dan digunakan sepenuh publisiti oleh para pemimpin Umno kembalilah kepada realiti nyata. Lihatlah kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Lihatlah apa yang sedang berlaku di muka bumi yang bernama Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam dan negara di dalam OIC.
Apa pun masalah yang dihadapi perlu diselesaikan mengikut lunas-lunas Islam dan bukannya mengikut sentimen peribadi. Semua umat di dunia mempunyai masalah dan hanya Islam menjadi penyelesai kepada segala masalah ini.
Tetapi kenapa ini tidak berlaku kepada cara berfikir pemimpin Melayu dan orang Melayu yang mengaku dirinya sebagai orang Islam?
Seorang tokoh Islam pernah menyebut; kemajuan dan kekuatan umat Islam bukanlah dengan cara meninggalkan Agama-Nya kononnya mengikut arus moden tetapi kembalilah kepada Islam, kita akan berjaya.
Telah dihantar oleh KITA pada 16:08 0 komentar
Topik Dari JAPIM
22 Oktober 2007
Bimbingan j-QAF 2007
- Maktab Sabah, KK
- SK Muhibah, Sandakan
- SK St. James, Kudat
- SK Pekan 2, Lahad Datu
- SK Holy Trenity, Tawau
- Pejabat Pelajaran Gabungan, Kota Marudu
Telah dihantar oleh KITA pada 10:26 0 komentar
Topik Dari JAPIM
12 Oktober 2007
Kembali kepada fitrah dalam sambutan Aidilfitri
Hari ini Ramadan yang penuh barakah ini bakal berakhir dan esok Syawal pula menjelma. Dengan ketibaan Syawal yang mulia ini membawa bersama perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya ini kita disunatkan untuk banyak bertakbir, bertahmid dan bertasbih bersempena meraikan kejayaan kita melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadan.
Pada masa yang sama kita juga perlu merenung adakah kita benar-benar memahami akan hikmah sambutan hari raya aidilfitri. Aidilfitri itu sendiri merujuk kepada hari raya fitrah, yakni meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.
Maka titik pertemuan kita dengan Syawal ini seharusnya mencetuskan perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Kita perlu menginsafi bahawa bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita merupakan medan latihan terbaik untuk membuat peningkatan diri. Pemanfaatan Ramadan dengan sebaiknya akan tercermin dalam diri kita walaupun setelah ia berlalu.
Jika sebelum Ramadan dahulu kita sering meninggalkan solat maka biarlah ketika dan sesudah Ramadan ini kita sering menjaga solat kita.
Jika dahulu kita agak keberatan selalu bersedekah maka harapannya selepas ini kita dapat menjadi lebih pemurah. Jika dahulu kita begitu sukar hendak meninggalkan tabiat merokok, maka kini moga-moga kita berjaya berhenti merokok.
Begitulah harapan kita terhadap tarbiyah Ramadan yang telah kita lalui ini. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan ini seharusnya berhasil menyucikan diri daripada tabiat buruk serta sifat-sifat mazmumah.
Justeru itulah yang dikatakan kembali kepada fitrah iaitu asal kejadian manusia yang cenderung ke arah kebaikan.
Sepinya masjid dan surau
Sememangnya dalam menyambut Aidilfitri ini ramai yang sudah mula membuat persiapan serta pulang ke kampung halaman. Namun keghairahan menyambut Hari Raya ini seakan-akan mencuri tumpuan kita daripada memanfaatkan baki Ramadan yang masih tinggal.
Kedapatan masjid dan surau yang kelihatan jumlah saf solat tarawihnya semakin berkurangan. Malam-malam terakhir Ramadan ini terisi dengan aktiviti membuat kuih raya serta pelbagai lagi juadah. Di samping itu, ada yang sibuk mengemas rumah, menjahit pakaian serta langsir dan pelbagai aktiviti lain. Malah pusat beli belah pula semakin dipenuhi oleh para pelanggan untuk membeli persiapan raya.
Namun kita tidak seharusnya lupa akan ganjaran beribadat dalam sepuluh malam terakhir Ramadan ini. Rasulullah s.a.w. sendiri melipatgandakan ibadah malam baginda dalam tempoh waktu sedemikian. Insya-Allah sekiranya kita konsisten beribadat di sepanjang malam Ramadan ini maka kita bakal bertemu dengan lailatul qadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Aidilfitri: antara adat dan ibadat
Di kala Hari Raya nanti masing-masing dengan pakaian yang terbaik tanda kegembiraan kita menyambut raya. Setelah menunaikan solat Hari Raya kita akan pulang ke rumah menikmati juadah, bermaaf-maafan serta menziarahi sanak saudara.
Adakah bentuk sambutan yang kita bakal lalui sekadar berlegar dalam kerangka adat dan budaya sahaja? Bagaimanakah cara sambutan Hari Raya dapat dibentuk menurut acuan ibadah?
Persoalan sedemikian seharusnya bermain di fikiran kita dalam usaha kita menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat kita sebagai hamba Allah.
Kini timbul kecenderungan baru para remaja menyambut hari raya dengan mengunjungi kompleks beli belah. Ada yang datang untuk menonton wayang, bermain boling atau sekadar berpeleseran tanpa tujuan.
Segelintir remaja pula menyambut cuti raya dengan mengunjungi pusat hiburan atau kafe siber. Ada pula yang lebih selesa memerap di rumah menonton rancangan hiburan di kaca televisyen ataupun tidur sahaja.
Sambutan yang terlalu berunsurkan hiburan seakan menjalari golongan remaja kita masa kini. Tidak salah untuk berhibur asalkan tidak melanggar batas syarak dan sesuai masanya serta tidak melekakan. Namun kita perlu merenung bagaimana mengisi sambutan Aidilfitri ini agar dapat mencerminkan kembalinya kita kepada fitrah.
Selain itu, kita perlu meningkatkan kesedaran kita untuk kembali mengeratkan tali silaturahim antara sesama Muslim khususnya keluarga terdekat. Pada ketika hari raya inilah peluang terbaik untuk saling menziarahi dan mengenali sanak saudara kerana masing-masing berkumpul untuk bersama menyambut hari raya.
Ibu bapa harus memain peranan dengan membawa anak-anak berkunjung ke rumah saudara mara. Dengan membiasakan anak-anak sejak kecil melalui amalan sedemikian maka dewasa kelak mereka akan lebih mudah terikut untuk mengamalkannya.
Selain menerima tetamu di kalangan saudara mara, kita juga tidak patut lupa untuk menjamu fakir miskin. Amal jariah sedemikian yang kita dapat laksanakan ketika Ramadan justeru patut diteruskan ketika menyambut aidilfitri. Dengan ini ukhuwah dalam masyarakat dapat terus dieratkan di samping kita dapat beristiqamah dalam bersedekah.
Ibadah puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini juga adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan. Ternyata ibadah puasa dalam Islam mempunyai kesinambungannya dan merujuk bahawa perjuangan menahan nafsu tidak pernah mempunyai titik noktahnya selagi nyawa dikandung badan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kehadiran Syawal yang mulia ini menuntut kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berjaya memanfaatkan bulan Ramadan yang bakal berlalu ini. Semoga latihan iman dan takwa yang kita jalani sepanjang Ramadan mencetuskan perubahan yang berkekalan dalam diri kita semua.
Telah dihantar oleh KITA pada 01:58 0 komentar
Topik Ramadhan
11 Oktober 2007
Takbir beramai-ramai tenggelamkan dentuman mercun
KOTA BHARU, 11 Okt - Umat Islam disaran bertakbir beramai-ramai pada malam Hari Raya Aidilfitri bagi menenggelamkan dentuman bunyi mercun yang semakin menjadi-jadi sekarang.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, golongan remaja perlu dididik tidak bermain mercun sehingga menyebabkan seruan takbir yang sepatutnya memecah kesunyian malam tenggelam.
"Untuk bertakbir tidak semestinya seseorang itu harus berada di masjid atau madrasah. Di mana-mana pun kita boleh bertakbir sama ada di kedai, pasar raya, rumah atau apa sahaja yang sedang kita lakukan".
"Ubahlah tradisi kita khususnya orang Kelantan, kalau yang perempuan jangan asyik sibuk di dapur, sibuk menukar langsir dan sebagainya, sebaliknya jadikan malam hari raya untuk meningkatkan amal ibadat", katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri yang dirakam stesen radio swasta, Manis fm.
Rakaman yang mengambil masa 18 minit itu diadakan di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, baru-baru ini dan ia akan dikeudarakan pada malam Hari Raya Aidilfitri.
Difahamkan perutusan berkenaan akan diulang pada hari raya pertama sebanyak dua kali.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam yang gemar bermain mercun pada malam hari raya tanpa disedari meniru budaya masyarakat lain.
Tegas beliau Islam mempunyai cara yang tersendiri menyambut kegembiraan hari raya, iaitu berzikir, bertakbir di samping membesarkan Allah dengan mengucap "Allahuakhbar" berulangkali.
Beliau juga menyarankan pimpinan masyarakat termasuk ibu bapa mengajak golongan muda serta kanak-kanak datang ke masjid atau madrasah selepas solat Isya' untuk berzikir dan bertakbir beramai-ramai.
"Dengan cara ini golongan remaja serta kanak-kanak yang gemar bermain mercun akan dapat dihapuskan sedikit demi sedikit".
"Mungkin di tempat kita jarang berlaku seperti yang menjadi budaya di Timur Tengah. Kalau kita tidak mengubahkan, ia tidak akan berlaku" ujarnya.
Beliau juga melahirkan rasa terharu terhadap tindakan seorang armalah yang mendermakan semula bantuan yang diterimanya untuk diagih kepada orang lain.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kebiasaannya golongan tersebut amat memerlukan sumbangan terutamanya selepas kematian suami.
"Bagaimanapun kerana ketaqwaannya terhadap Allah begitu tinggi, walaupun pendapatannya juga tidak seberapa, namun dia mendermakan balik wang tersebut untuk diagihkan pada penerima lain" katanya.
Telah dihantar oleh KITA pada 21:46 0 komentar
Topik Ramadhan
09 Oktober 2007
Mesyuarat Induksi Kurikulum
Telah dihantar oleh KITA pada 11:37 0 komentar
Topik Dari JAPIM
Beberapa amalan menghidupkan malam, pagi raya Aidilfitri
Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.
Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan.
Walau bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Sesungguhnya umat Islam merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.
Kemuliaan Hari Raya
Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.
Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."
Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.
Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
"Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.
Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.
Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.
Telah dihantar oleh KITA pada 04:20 0 komentar
Topik Ramadhan
08 Oktober 2007
Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).
Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?
Tepuk dada tanda iman!
Telah dihantar oleh KITA pada 04:57 0 komentar
Topik Ramadhan
07 Oktober 2007
Selamat Hari Raya
Selamat menyambut hariraya fitrah untuk semua ahli blog, semoga kemeriahan menyambut raya tidak dicemari dengan unsur-unsur maksiat.banyakkan bersyukur dan yang lebih penting sambutan ini akan mengeratkan silaturahim dan mendekatkan diri kepada amalan beribadah berkekalan kesinambungan dari ibadah dibulan ramadhan.
Raya tahun ini ana & isteri balik kampung di Kuala Lipis, Pahang dah 2 tahun tak balik. Bagi org Pahang yang dekat-dekat rumah tu jemputlah datang kerumah .
Sempena raya ni juga ana dan isteri memohon kemaafan kepada semua yang sempat bersama kalau ada kesilapan tuturkata dan perbuatan.
Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan & Isteri
Jabatan Pendidikan islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Kent
89207 Tuaran,sabah.
Telah dihantar oleh KITA pada 08:18 0 komentar
Topik Dari JAPIM
06 Oktober 2007
Iktikaf dan persoalannya
Dalam segenap bentuk amal ibadat, termasuklah dalam perkara i˜itikaf khususnya di bulan Ramadan, tidak ketinggalan baginda mencontohkannya kepada umatnya cara, bentuk serta pendekatan i˜itikaf yang sebenar, ia bertujuan agar umatnya tidak tersasar jauh malah terarah kepada hala tuju yang betul dan sihat.
Walaupun dosa-dosa terdahulu baginda telah diampunkan Allah SWT, namun sebagai seorang Nabi dan Rasul, tanggungjawabnya untuk memberi atau menyediakan modul terbaik kepada umat menjadi keutamaan, justeru dalam perbincangan kali ini, penulis berhajat untuk menyatakan panduan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam ibadat i˜itikaf khususnya pada malam-malam terakhir Ramadan dalam bentuk yang paling mudah untuk diamalkan oleh setiap individu muslim dan muslimah.
Makna i˜Itikaf
Ia bermaksud menetap pada satu tempat (terutamanya masjid) sama ada panjang atau pendek tempoh yang dilakukannya.
Hukum i˜Itikaf
Para ulamaâ bersepakat bahawa i˜itikaf hukumnya adalah sunat yang tidak boleh dipaksakan orang lain melakukannya, melainkan ia menjadi hukum nazar yang mesti dilakukan oleh orang yang bernazar.
Tempoh masa untuk beritikaf
Menurut jumhur (kebanyakan) ulamaâ dari kalangan mazhab Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal, tempoh masa untuk beritikaf yang diterima walaupun hanya sebentar, ada juga pendapat yang menyebut bahawa tempoh satu hari juga diterima sebagai amalan untuk beribadat kepada Allah SWT.
yarat untuk beritikaf
I˜Itikaf disyaratkan perlakuannya dalam masjid yang dilakukan solat jamaah, apatah lagi masjid yang diadakan solat Jumaat.
Bagaimana dengan i˜itikaf dalam surau
Sesetengah ulamaâ tidak mensyaratkan masjid yang diadakan solat Jumaat boleh untuk beritikaf, malah masjid atau surau yang didirikan solat jamaah juga adalah sah untuk dilakukan itikaf bagi mereka yang mahu melakukannya. (Ia berdasarkan riwayat Ibnu Abbas dan Aishah yang dipegang oleh Imam Ahmad dan al-Baihaqi).
Selain itu, bagi yang beritikaf, mereka tidak digalakkan menziarahi orang sakit, tidak juga mengurus jenazah, tidak dibenarkan bersentuhan dengan isteri atau melakukan persetubuhan atau melakukan sebarang aktiviti yang tiada kena mengena dengan tujuan beritikaf. Maksud hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (hadisnya yang ke 2473) daripada Saidatina Aishah r.a.
Bagi muslimah pula, adalah digalakkan untuk berada di rumah atau surau yang tidak diadakan solat jamaah. (Disebut dalam as-Syarh al-Mumti)
Hukum beritikaf dalam sebuah bilik penjuru masjid
Jika terdapat bilik-bilik yang bersambung dengan ruang masjid dan sebagainya, ia boleh dijadikan sebahagian tempat untuk beritikaf lebih-lebih lagi buat muslimat. (Fatawa al-Lajnah ad-Da~imah 411/10).
Tujuan beritikaf di bulan Ramadan
Amalan beritikaf boleh dilakukan pada bulan-bulan lain selain Ramadan, namun di bulan Ramadan adalah sangat digalakkan terutama dalam merebut kedatangan Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.
Batal hukum i˜itikaf jika keluar dari masjid/surau
Apabila seorang yang sedang beritikaf dalam masjid, keluar tanpa sebab-sebab yang dibolehkan seperti mengambil wuduk, buang air, mandi, menguruskan makan untuk berbuka atau bersahur (jika tiada pihak yang menguruskannya), bekerja, maka terbatal tujuan i˜itikafnya pada hari itu. (maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Aishah).
Antara i˜itikaf dan belajar, mana lebih diutamakan?
Jika terdapat keinginan para pelajar di sebuah universiti yang tinggal di asrama berdekatan dengan masjid, maka belajar itu adalah lebih diutamakan daripada beritikaf, kerana belajar adalah wajib sementara i˜itikaf pula hukumnya sunnat. (www.islam-qa.com) bab mengenai i˜itikaf.
Apakah amalan tertentu untuk dilakukan ketika beritikaf?
Petunjuk Nabi Muhammad s.a.w dalam urusan i˜itikaf amat mudah, seluruh waktunya dihabiskan dengan berzikir kepada Allah SWT, zikir yang diertikan dengan mengingati Allah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, ia termasuk membaca dan bertadarus al-Quran (berdiskusi, menyelidiki), bersolat sunat (sila lihat Zadul Maad oleh Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah (2/90).
Ahli Jawatankuasa masjid atau surau ketika beritikaf yang mengadakan mesyuarat khas bagi merangka dan membincangkan aktiviti bertujuan meningkatkan prestasi iman dan takwa ahli kariah juga boleh dianggap ibadat kerana mengajak manusia untuk mengingati Allah.
Jika seorang yang bekerja yang terpaksa membawa balik bahan tugasan pejabatnya memandangkan ketibaan awal Syawal semakin hampir untuk disiapkan, tidak berkesempatan untuk beritikaf atau melakukan solat-solat sunat walaupun di rumah, hasratnya tinggi untuk buat, tetapi dihalangi dengan kesibukan tugasan pejabat yang mesti diserahkan keesokan hari, apabila dia tahu bahawa bekerja itu adalah ibadat, maka apa yang dilakukannya juga kerana ibadat, maka segala tindakannya itu adalah diterima sebagai salah satu tuntutan ibadat, namun dia perlu berusaha untuk cuba melakukannya pada malam-malam terakhir yang masih berbaki.
Remaja perlu minta izin kedua ibu bapa untuk beritikaf
Mungkin terdapat segelintir remaja yang baik budi pekertinya yang masih di bawah penjagaan kedua ibu bapa mereka berhasrat untuk beritikaf di masjid bagi meningkatkan hubungan dengan Allah SWT, perlu meminta izin daripada mereka berdua, kerana patuh kepada mereka berdua adalah wajib sedangkan i˜itikaf adalah sunnat, ia bertujuan bagi memastikan agar ibadat i˜itikaf yang dilakukannya mengikut peraturan yang telah digariskan oleh hukum Syaraâ.
Pahala beritikaf
Sabda Rasulullah seperti yang difirmankan Allah dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud : Apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Ku bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnat hingga Aku menyukainya, apabila Aku menyukainya maka Akulah yang akan menjadi pendengaran apa yang didengarnya, menjadi penglihatan apa yang dilihatnya, tangannya bertindak sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan, kakinya melangkah pada apa yang sepatutnya dilakukan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari 6502).
Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Sesiapa yang beritikaf dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, sesungguhnya dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah. (Hadis riwayat ad-Dailami daripada Aishah r.a).
Peranan kita pada malam-malam terakhir Ramadan
1- Perlu kita ketahui, bahawa Allah SWT mahu menguji iman kita dengan pelaksanaan ibadat puasa selama sebulan Ramadan, bagi yang benar beriman, akan melakukan ibadat puasa dengan sungguh-sungguh adapun bagi yang berdusta, tidak sanggup untuk melakukannya dengan ikhlas kepada-Nya.
2- Kita berpuasa dengan niat untuk menyahut arahan Allah dan pahala-Nya.
3- Tidak menghabiskan puasa sehari suntuk dengan banyak tidur.
4- Kita perlu memperbaharui taubat kepada Allah.
5- Kita perlu memperbanyakkan doa, istighfar kepada Allah khususnya di bulan Ramadan, kerana ia menjanjikan kepada kita rahmat dan keampunan Allah serta pelepasan daripada api neraka.
6- Ketika berpuasa, kita perlu menahan pancaindera daripada terjebak pada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
Telah dihantar oleh KITA pada 23:55 0 komentar
Topik Ramadhan
Solat sunat aidil Fitri 1428
Telah dihantar oleh KITA pada 21:35 0 komentar
Topik Dari JAPIM
Pengumuman
Assalamualaikum,
Mulai hari ini, blog ini telah bertukar nama kepada JAPIM IP Kent (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Kent). Tujuannya adalah memberi infomasi terkini kepada warga IP Kent akan segala aktiviti JAPIM.
Walau bagaimanapun, blog ini bukanlah blog rasmi IP Kent dan segala kandungan dalam blog ini tidak mencerminkan dasar dan pendirian IP Kent dan Bahagian Pendidikan Guru serta Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kami berharap, dengan adanya blog ini, para pelajar, bekas pelajar, pensyarah dan semua kakitangan IP Kent akan mendapat manfaatnya.
Terima Kasih
Bloger
Telah dihantar oleh KITA pada 10:29 0 komentar
Topik Dari JAPIM
03 Oktober 2007
Ihya di malam-malam terakhir Ramadan
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam
Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya.
Mereka dengan sendirinya boleh terjaga dari tidur walaupun tidak mengunci jam loceng untuk bangun, tetapi masa untuk Allah agak liat dan sukar untuk dilakukan, sehingga mereka menzalimi diri kerana tidak sanggup melakukan ibadat walaupun hanya dua rakaat.
Justeru, Islam melihat waktu malam adalah penting, kerana peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada waktu malam seperti turunnya al-Quran pada malam al-Qadr, penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah waktu malam, Israk Mikraj juga berlaku pada waktu malam, Qiyamullail waktu malam ia tidak berlaku pada waktu siang, kerana ia masa yang amat sesuai untuk mengadu nasib kepada Allah setelah penat bekerja pada siang hari.
Sesungguhnya Allah SWT memuji hamba-hambaNya yang sanggup bangun waktu malam semata-mata untuk beribadat, bermunajat kepada-Nya dan menjadikan waktu malam bagi menempah tempat di dalam Syurga-Nya, perkara ini disebut oleh Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, kerana melakukan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa tahut dan penuh pengharapan."
Firman Allah lagi dalam ayat 17-18 menerusi surah az-Zariyat: "Mereka (orang-orang yang bertakwa) sedikit sekali tidur di waktu malam - Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.
Malam al-Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadan
Jelas dari apa yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam dua hadis di atas, membayangkan kepada kita tentang kesungguhan baginda untuk bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah, sedangkan dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang diampunkan Allah SWT.
Bukan sahaja baginda melakukannya secara bersendirian, malah memastikan agar isteri dan ahli keluarganya juga tidak membiarkan waktu malam berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti kerohanian sebagai jalan untuk menempah tempat dalam syurga.
Apatah lagi pada malam-malam terakhir Ramadan yang terdapat padanya malam al-Qadr.
Allah SWT sebut dalam al-Quran, bahawa malam al-Qadr adalah lebih baik dari 1000 bulan, iaitu kira-kira 83 tahun empat bulan, ini bermakna jika seseorang itu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan solat fardu berjamaah, tarawih, membaca al-Quran, Qiyamullail menepati malam al-Qadr, maka dia akan meraih pahala sebanyak 83 tahun empat bulan, sedangkan umurnya mungkin baru mencecah 63 tahun, seolah-olah pahalanya tahun ini melebihi dua puluh tahun daripada umurnya, inilah yang dikatakan rahmat dan bonus setahun beribadat.
Kerana pada malam al-Qadr juga para malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, tugas nalaikat pula ada yang mencatat segala amalan yang tidak akan dikurangkan atau ditambah dengan sewenang-wenangnya.
Tetapi mengapakah masih ramai lagi di kalangan umat Islam dalam negara kita tidak bersungguh untuk merebut peluang keemasan ini yang hanya dating setahun sekali?
Menurut para ulama, antara sebab mengapa mereka tidak mengisi malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dengan amalan yang bermanfaat, kerana tidak memiliki iman yang kental, kurang membaca al-Quran, tidak berkawan dengan orang-orang yang bertakwa, orang-orang soleh, tidak istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan Islam, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ajaran Islam sebenar.
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.
Telah dihantar oleh KITA pada 22:11 0 komentar
Topik Ramadhan
Saksi lihat FRU 'mengganas' di Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 3 Okt (Hrkh) - 'Paku dulang paku serpih, kata orang diri yang lebih' begitulah ungkapan yang layak digunapakai terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang sering kali 'mempergunakan' pihak tertentu termasuk anggota keselamatan polis.
Tragedi berdarah pada malam 8 September di Batu Buruk telah mencetus dimensi baru corak politik di negeri ini sama ada amalan demokrasi masih boleh digunapakai atau sebaliknya.
Peruntukkan yang diberi dalam Perlembagaan Negara mengenai hak kebebasan bersuara bagi setiap rakyat semakin terhakis hanya digunakan bagi mengekalkan kuasa pemerintahan Umno/BN sahaja.
Tinjauan Harakah menemui beberapa orang lagi mangsa 'keganasan' polis serta saksi yang melihat kejadian di depan mata penglibatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan SB.
Abdul Majid Kadir, 49, dari Kampung Mengabang Telipot melahirkan rasa kesal dengan tomohan pihak tertentu terhadap PAS yang merosakkan harta benda awam dalam kejadian 8 September lalu.
Katanya, tuduhan PAS 'mengganas' serta menganjurkan rusuhan pada malam itu tidak benar sama sekali dan menyeleweng fakta sebenar. "Saya ada pada malam itu untuk mendengar ceramah Bersih dan tidak dapat masuk kerana sekatan polis tetapi orang ramai berkumpul secara aman melihat keadaan itu. "Saya lihat polis dan FRU yang mula melepaskan air 'water cannon', gas pemedih mata, menangkap dan memukul orang awam terlebih dahulu," jelasnya kepada Harakah, semalam.
Bahkan, katanya kejadian merosakkan kenderaan awam termasuk motosikal dan kereta yang pecah itu dilakukan sendiri oleh anggota FRU yang sedang 'mengamuk'. Menurutnya, terdapat beberapa rakaman yang menggunakan 'handset' oleh orang awam yang melihat kejadian itu dirampas pihak polis dan FRU terbabit. "Saya melihat sendiri beberapa anggota FRU bertindak agresif menendang puluhan deretan motosikal dan memecahkan cermin kereta kancil warna merah dengan kayu 'cota' mereka," ujarnya.
Kata beliau, tuduhan PAS buat rusuhan adalah tidak benar dan kerosakkan harta benda awam yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi turut diragui kebenarannya.
Seorang mangsa tahanan polis, Tengku Mohd Faisal Tengku Ambak, 33, dari Dungun menyifatkan penangkapan terhadapnya dibuat secara rambang oleh pihak polis.
Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan 'merusuh' atau berdemonstrasi pada malam itu tangkap ketika berada di Taman Awam jam 8.45 malam tersebut.
"Polis tangkap saya secara rambang dan saya sama sekali tidak terlibat dengan rusuhan, demonstrasi atau bakar bendera.
"Saya ditahan ketika berada di Taman Awam seawal jam 8.45 malam tanpa sebab dan dibawa menaiki 'black maria' bersama 10 tahanan lain," jelasnya kepada Harakah, semalam.
Katanya, situasi malam itu 'dikuasai' oleh pihak pasukan keselamatan polis yang berperanan mencetuskan kekacauan di Batu Burok.
Manakala, seorang penduduk Imran Ali, 35, dari Jalan Budiman menyifatkan tindakan polis SB dan FRU 'ganas'.
"Saya berani kata sebab saya lihat mereka (polis,FRU) bertindak ganas dengan merosakkan motosikal dan kereta orang awam yang diletakkan di tepi jalan," ujarnya.
Katanya, kerosakkan kenderaan awam yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar itu bukan angkara PAS tetapi pihak FRU sendiri.
Menurutnya, beberapa rakaman dibuat oleh orang awam yang melihat aksi ganas FRU itu telah dirampas 'handset' berkamera mereka. - mks.
Telah dihantar oleh KITA pada 22:07 0 komentar
Topik Berita Semasa
Terawih dalamgelap lebih khusyuk?
Telah dihantar oleh KITA pada 21:39 0 komentar
Topik Ramadhan
Khasiat Tamar
Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa danfraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air,2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.
Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus,zat besi dan vitamin B. Jika diamati pecahan khasiatnya (nutrients), ia mengandungi kandungan air, karbohidrat dan serat yang tinggi dan kadar lemak yang rendah. Serat yang terdapat di dalam tamar amat baik untuk perut dan usus terutama bagi mereka yang mengidap penyakit sembelit.
Mengikut Metchnikoff, seorang saintis yang terkenal di Rusia, banyak memakan tamar akan menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya dan sebaliknya akan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus (friendly bacteria).Malah bagi tamar di sesetengah negara, contohnya California, kadar lemakyang terdapat di dalamnya ialah 0% dan kadar serat bagi setiap 5-6 bijibuah tamar ialah 3 gram. Seseorang yang memperolehi 3 gram serat telah memperolehi 14% daripada keperluan hariannya.
Justeru, sesetengah pengkaji di Amerika menganggap buah tamar sebagai makanan harian yang ideal kerana pakar-pakar pemakanan telah merumuskan, diantara formula pemakanan yang terbaik pada hari ini ialah yang tinggi kadar karbohidrat dan serat serta rendah kadar lemaknya. Formula ini dapat mencegah kegemukan dan mengurangkan risiko menghidap sakit jantung dan barah. Khasiat yang terdapat pada buah tamar memang selari dengan formula pemakanan ini.
Telah dihantar oleh KITA pada 09:52 0 komentar
Topik Ramadhan
Dua sebab kenapa umat Islam mundur
Namun, mari tumpukan kepada azan sebagai seruan mendirikan solat. Ini kerana, tersebut dengan jelas dalam kalimah-kalimat yang tersusun itu seruan: 'Marilah menuju solat' dan diikuti seruan: 'Marilah menuju kejayaan'.
Jadi, sudah tentu 'lagu' dan 'lirik'nya diciptakan untuk solat. Dalam suatu hadis, tersebut kisah di mana para sahabat sedang bermesyuarat bersama Baginda Rasulullah s.a.w untuk memutuskan kaedah yang sesuai untuk menyeru Muslimin menunaikan solat di masjid.
Antara idea yang dibangkitkan ialah penggunaan loceng yang mirip kepada Nasrani serta tiupan serunai yang mirip kepada Yahudi dalam peribadatan mereka. Akhirnya, Bilal pun dipilih sebagai muazzin pertama yang melaungkan azan dari sebuah tempat yang tinggi.
Kaedah azan yang digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat melalui mesyuarat mereka itu sebenarnya mengandungi rahsia besar tentang 'kejayaan', 'kemajuan', 'pembangunan' dan 'kemakmuran' atau apa-apa saja perkataan yang seangkatan makna dengan kebaikan.
Di sini, timbul suatu persoalan baru - yang mana tiba dahulu, atau apa perlu didahulukan? Adakah 'solat' atau 'kejayaan' diutamakan daripada sebarang pekerjaan yang membuahkan 'kejayaan'.
Ini kerana seruan menunaikan solat terlebih awal disebut, dan dikemudiankan seruan bagi menuju kejayaan (al-Falah). Kejayaan di sini, merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.
Pendek kata, kalau kita boleh meluruskan solat, tentulah kita boleh menempa, menempah tiket ke arah kejayaan itu. Tidak cuma menempah. Malah, jika kita lurus soal solat, sudah tentu kita berhasil menguruskan kejayaan kita itu. Ertinya, kita diberi kebolehan mencipta ruang dan peluang untuk berjaya.
Kejayaan ini tentunya tidak dapat dicapai melalui usaha seorang saja melainkan ia mesti dilakukan secara berkumpulan dan berjemaah. Oleh itu, solat yang dimaksudkan di sini ialah solat berjemaah dan bukan solat bersendirian.
Ini kerana, ruh daripada seruan azan tadi bermaksud panggilan kepada orang-ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid, tempat di mana azan itu dilaungkan tadi.
Umum mengetahui bahawa maju dan mundurnya sesuatu bangsa bukanlah kerana bahasa bangsa lain. Bahasa bangsa lain tiada fungsi penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah bangsa. Bukannya bahasa Inggeris akan menyebabkan pelajar itu celik di dalam Matematik-Sains. Tapi, ia bermula dengan 'sikap' rajin, latihan mengulangkaji pelajaran.
Sikap malas dan rajin bekerja ini dipandukan oleh semangat dan motivasi. Semangat pula dibentuk daripada cara berfikir dan memandang sesuatu perkara secara positif.
Semua ini bakal diperolehi oleh seseorang Muslim itu lewat solat-solatnya sama ada yang fardhu atau sunat. Tetapi, dalam solat jemaahlah sikap-sikap yang mencerminkan mundur dan maju umat Islam ini semakin jelas kelihatan.
Maju dan mundur ini pula diukur melalui sikap pergerakan dalam solat berjemaah yang terbahagi kepada dua pergerakan. Pergerakan ke 'depan â€" belakang' dan 'kiri â€" kanan'.
Sebenarnya, ada banyak lagi sikap yang boleh menentukan maju mundurnya umat Islam. Tapi, dalam hubungan azan dan solat berjemaah ini, biarlah kita tumpukan kepada hal ini terlebih dulu. Gerakan ini timbul kerana wujudnya saf depan-belakang dan saf kiri-kanan.
Pergerakan ke depan bererti langkah kemajuan seseorang makmum (dipimpin) menuju ke tempat imam (pemimpin). Sementara, pergerakan kiri dan ke kanan adalah bertujuan bagi merapatkan ikatan perpaduan dan persaudaraan jika wujud ruang kosong di dalam saf itu.
Jadi, inilah dua sikap yang mendatangkan maju mundurnya sesuatu bangsa Muslim itu. Ia adalah sikap selalu bersedia menjadi pemimpin untuk memimpin umat dan sikap sentiasa berusaha merapatkan ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama mereka.
Gerakan menuju ke saf depan apabila dilihat wujudnya kekosongan, adalah menunjukkan seseorang itu sentiasa mara ke depan. Apabila tiba masanya, jika dipelawa untuk menjadi imam, maka seseorang itu bersedia memimpin solat berjemaah pada bila-bila masa.
Apabila seseorang itu melihat di bahagian kiri dan kanannya kosong, maka dia akan terus merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya. Dia tidak akan pernah membiarkan saf itu kosong diisi syaitan dan membiarkan kekosongan diisi kekosongan. Yang menyebabkan seseorang itu rapat kepada saudaranya, ialah kerana dia ingin memenuhi kekosongan itu.
Seseorang yang terasa hidupnya penuh kekosongan dan kesepian, ia sebenarnya menagih pengisian untuk berbual, berbincang, bertukar fikiran. Semua ini menjelma sebagai bahan fikiran saya sejak Ramadan ini ketika menunaikan solat terawih.
Ada peristiwa lain yang tak kurang menariknya berhubung ikatan persaudaraan ini. Suatu ketika, diriwayatkan bahawa Hasan al-Banna pernah mengadili hal solat terawih. Sebelah pihak, ingin membuat 8 rakaat sementara pihak lain mahu 20 rakaat. Al-Banna kemudian memutuskan agar solat terawih itu dibatalkan. Mereka terkejut dengan keputusan itu.
Akhirnya al-Banna bertanya-apakah hukum solat terawih itu? Mereka menjawab ia sunat. Apabila ditanya apakah hukum perpaduan sesama Islam, mereka serentak menjawab, hal memelihara perpaduan umat Islam itu hukumnya fardhu.
"Jika demikian lebih baik tidak mengamalkan yang sunat demi memelihara yang fardhu," kata al-Banna. Perpaduan penting dijaga kerana ia menentukan maju mundur umat Islam.
Percakaran sesama mereka menyebabkan kemunduran. Di beberapa buah masjid jika kita sering menelitikan hal ini, jarak-jarak antara saf tidak dirapatkan. Di sebuah masjid yang pernah saya kunjungi, ada suatu sikap aneh pada jemaahnya.
Apabila saya merapatkan diri bagi menutup ruang antara saf itu, ahli jemaah itu bertindak menghindari saya. Kemudian, saya cuba merapatkan semula. Ternyata dia telah bertindak dengan cara yang sama dan sengaja membiarkan ruang kosong itu wujud.
Dalam renungan saya, dia mungkin mahukan keselesaan. Mungkin jika rapat, keselesaan itu tidak dirasai. Jika benar itu yang dimahukan, adakah keselesaan itu matlamat di dalam solat berjemaah? Setakat ini, hal itu berlaku di desa pendalaman sahaja. Masjid di bandar belum lagi saya melihat wujudnya jarak saf yang terlalu ketara jauhnya.
Pun begitu, ada hal lain yang perlu diberi tumpuan tentang saf kiri â€" kanan ini. Lihat cara VIP menunaikan solat jemaah ketika solat Jumaat. Kita lihat punca wujudnya jarak antara saf itu ialah kerana mereka punya sejadah masing-masing. Jadi ketika bersolat di sejadah, maka secara tak langsung akan wujudlah jarak. Jika tidak, mungkin jarak itu tidak wujud.
Seterusnya, sikap tidak mahu maju ke depan untuk memenuhkan saf di depan jikalau ada ruang kosong di depan mereka. Saya percaya, ada kalangan kita yang pernah menghadapi situasi ini. Iaitu, ahli jemaah itu akan berpura-pura seolah-olah dia tidak nampak ruangan kosong di depannya. Dia akan sentiasa menundukkan pandangannya.
Jika ada orang di saf depan mempelawa ahli jemaah itu mengisi kekosongan di saf depan, nescaya dia berpura-pura mengalihkan wajahnya ke belakang. Pada hemat saya, adalah wajar orang tersebut pergi ke hadapan kerana ruang kosong di saf depan itu memang betul-betul berada di hadapannya.
Jadi, demikianlah sedikit sebanyak dua perkara yang dapat dipelajari dalam solat jemaah. Islam tidak menutup ruang sesiapa pun untuk memimpin solat. Mungkin kita orang yang terkemudian. Tapi lama-kelamaan, ruang itu akan terbuka dan kita akan sentiasa menuju ke depan sehinggalah kita tiba di saf paling depan setelah ada ahli jemaah keluar saf.
Akhirnya, kita mungkin dipelawa untuk memimpin solat tersebut. Tapi, sebelum boleh memimpin itu, kita perlu merapatkan ikatan persaudaraan melalui saf kiri kanan terlebih dahulu, bersikap meraikan mana-mana ahli jemaah yang mahu ke depan jika ada ruang kosong di depannya. Jika dia pelawa kita memenuhi ruang kosong di saf depannya, kita janganlah bertangguh lagi untuk mara terus ke depan.
Saya menulis ini kerana berasa cemas dengan kepimpinan Dunia Islam pada hari ini. Kita ketandusan pemimpin sebenarnya. Semua itu kita boleh pelajari apabila kita mencermati solat jemaah. Saya tidak percaya Islam Hadhari boleh memimpin Dunia Islam hari ini. Kita ramai pemimpin, tapi kepimpinan itu tidak diikat dengan akhlak. Ringkasnya, kita banjir kepimpinan, tapi kemarau keteladanan.
Syahadan, jika tiada orang mahu ke depan, maka kita yang sedar ini patut maju ke depan. Ini bukan bererti kita sudah mantap. Tapi, bagai kata orangâ€"tiada rotan akar pun berguna. Tetapi, setelah kita sedari pimpinan sebenar sudah tiba, maka jangan berebut kepimpinan dengan pimpinan itu pula.
Serahkanlah kepimpinan itu kepada yang berhak menerimanya pada waktu itu, sebab pada waktu itu dia telah ditakdirkan Tuhan untuk memimpin. Coretan ini diakhiri melalui kata-kata novelis Indonesia , Pramoedya Ananta Toer, yang mendalam dan bermakna dan diubah sedikit dengan ayat saya: "Betapa berbezanya bangsa Barat dan bangsa Hindia (Timur) ini. Di Barat, setiap orang berlumba membuat jasa lalu mendapat tempat dalam masyarakat, sesuai dengan sumbangannya itu.
"Tapi dalam bangsa Hindia (Timur), orang berasa cemas jika mereka tidak mendapat penghormatan, lalu mereka berlumba merebutkan tempat agar mendapat kedudukan dalam masyarakatnya."
Sikap berlumba merebut tempat dan kedudukan ini yang menghancurkan slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' selama ini. Kita tidak menderita kekurangan pemimpin. Tetapi, kita banjir dengan pemimpin yang kemarau dengan keteladanan dan akhlak sebagai contoh ikutan kepada rakyatnya.
Syahadan, dua sikap inilah (sentiasa ke depan dan merapatkan persaudaraan) yang perlu diterapkan sebagai sumbangan setiap Muslim yang peka dan prihatin ke atas maju mundurnya bangsa Muslimin. Iaitu, selalu bersedia ke depan sebagai pemimpin dan sentiasa mengukuhkan ikatan tali persaudaraan.
Telah dihantar oleh KITA pada 04:33 0 komentar
Topik Ramadhan
02 Oktober 2007
Buru keistimewaan tujuh golongan di sisi Allah
Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka.
Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.
Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud:
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu kedua matamu berlaing dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu menuruti orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, kerana sesungguhnya seluruh hidup mereka adalag melampaui batas (agama)."
Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.
Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.
Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.
Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.
Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.
Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."
Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.
Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:
1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.
3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.
4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.
5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Ibadat pada waktu malam
Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.
Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.
Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.
Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.
Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.
Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.
Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud.
Telah dihantar oleh KITA pada 22:02 0 komentar
Topik Ramadhan