Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

11 Oktober 2007

Takbir beramai-ramai tenggelamkan dentuman mercun

KOTA BHARU, 11 Okt - Umat Islam disaran bertakbir beramai-ramai pada malam Hari Raya Aidilfitri bagi menenggelamkan dentuman bunyi mercun yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, golongan remaja perlu dididik tidak bermain mercun sehingga menyebabkan seruan takbir yang sepatutnya memecah kesunyian malam tenggelam.

"Untuk bertakbir tidak semestinya seseorang itu harus berada di masjid atau madrasah. Di mana-mana pun kita boleh bertakbir sama ada di kedai, pasar raya, rumah atau apa sahaja yang sedang kita lakukan".Image

"Ubahlah tradisi kita khususnya orang Kelantan, kalau yang perempuan jangan asyik sibuk di dapur, sibuk menukar langsir dan sebagainya, sebaliknya jadikan malam hari raya untuk meningkatkan amal ibadat", katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri yang dirakam stesen radio swasta, Manis fm.

Rakaman yang mengambil masa 18 minit itu diadakan di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, baru-baru ini dan ia akan dikeudarakan pada malam Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan perutusan berkenaan akan diulang pada hari raya pertama sebanyak dua kali.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam yang gemar bermain mercun pada malam hari raya tanpa disedari meniru budaya masyarakat lain.

Tegas beliau Islam mempunyai cara yang tersendiri menyambut kegembiraan hari raya, iaitu berzikir, bertakbir di samping membesarkan Allah dengan mengucap "Allahuakhbar" berulangkali.

Beliau juga menyarankan pimpinan masyarakat termasuk ibu bapa mengajak golongan muda serta kanak-kanak datang ke masjid atau madrasah selepas solat Isya' untuk berzikir dan bertakbir beramai-ramai.

"Dengan cara ini golongan remaja serta kanak-kanak yang gemar bermain mercun akan dapat dihapuskan sedikit demi sedikit".

"Mungkin di tempat kita jarang berlaku seperti yang menjadi budaya di Timur Tengah. Kalau kita tidak mengubahkan, ia tidak akan berlaku"  ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa terharu terhadap tindakan seorang armalah yang mendermakan semula bantuan yang diterimanya untuk diagih kepada orang lain.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kebiasaannya golongan tersebut amat memerlukan sumbangan terutamanya selepas kematian suami.

"Bagaimanapun kerana ketaqwaannya terhadap Allah begitu tinggi, walaupun pendapatannya juga tidak seberapa, namun dia mendermakan balik wang tersebut untuk diagihkan pada penerima lain" katanya.

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata