Dalam segenap bentuk amal ibadat, termasuklah dalam perkara i˜itikaf khususnya di bulan Ramadan, tidak ketinggalan baginda mencontohkannya kepada umatnya cara, bentuk serta pendekatan i˜itikaf yang sebenar, ia bertujuan agar umatnya tidak tersasar jauh malah terarah kepada hala tuju yang betul dan sihat.
Walaupun dosa-dosa terdahulu baginda telah diampunkan Allah SWT, namun sebagai seorang Nabi dan Rasul, tanggungjawabnya untuk memberi atau menyediakan modul terbaik kepada umat menjadi keutamaan, justeru dalam perbincangan kali ini, penulis berhajat untuk menyatakan panduan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam ibadat i˜itikaf khususnya pada malam-malam terakhir Ramadan dalam bentuk yang paling mudah untuk diamalkan oleh setiap individu muslim dan muslimah.
Makna i˜Itikaf
Ia bermaksud menetap pada satu tempat (terutamanya masjid) sama ada panjang atau pendek tempoh yang dilakukannya.
Hukum i˜Itikaf
Para ulamaâ bersepakat bahawa i˜itikaf hukumnya adalah sunat yang tidak boleh dipaksakan orang lain melakukannya, melainkan ia menjadi hukum nazar yang mesti dilakukan oleh orang yang bernazar.
Tempoh masa untuk beritikaf
Menurut jumhur (kebanyakan) ulamaâ dari kalangan mazhab Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal, tempoh masa untuk beritikaf yang diterima walaupun hanya sebentar, ada juga pendapat yang menyebut bahawa tempoh satu hari juga diterima sebagai amalan untuk beribadat kepada Allah SWT.
yarat untuk beritikaf
I˜Itikaf disyaratkan perlakuannya dalam masjid yang dilakukan solat jamaah, apatah lagi masjid yang diadakan solat Jumaat.
Bagaimana dengan i˜itikaf dalam surau
Sesetengah ulamaâ tidak mensyaratkan masjid yang diadakan solat Jumaat boleh untuk beritikaf, malah masjid atau surau yang didirikan solat jamaah juga adalah sah untuk dilakukan itikaf bagi mereka yang mahu melakukannya. (Ia berdasarkan riwayat Ibnu Abbas dan Aishah yang dipegang oleh Imam Ahmad dan al-Baihaqi).
Selain itu, bagi yang beritikaf, mereka tidak digalakkan menziarahi orang sakit, tidak juga mengurus jenazah, tidak dibenarkan bersentuhan dengan isteri atau melakukan persetubuhan atau melakukan sebarang aktiviti yang tiada kena mengena dengan tujuan beritikaf. Maksud hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (hadisnya yang ke 2473) daripada Saidatina Aishah r.a.
Bagi muslimah pula, adalah digalakkan untuk berada di rumah atau surau yang tidak diadakan solat jamaah. (Disebut dalam as-Syarh al-Mumti)
Hukum beritikaf dalam sebuah bilik penjuru masjid
Jika terdapat bilik-bilik yang bersambung dengan ruang masjid dan sebagainya, ia boleh dijadikan sebahagian tempat untuk beritikaf lebih-lebih lagi buat muslimat. (Fatawa al-Lajnah ad-Da~imah 411/10).
Tujuan beritikaf di bulan Ramadan
Amalan beritikaf boleh dilakukan pada bulan-bulan lain selain Ramadan, namun di bulan Ramadan adalah sangat digalakkan terutama dalam merebut kedatangan Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.
Batal hukum i˜itikaf jika keluar dari masjid/surau
Apabila seorang yang sedang beritikaf dalam masjid, keluar tanpa sebab-sebab yang dibolehkan seperti mengambil wuduk, buang air, mandi, menguruskan makan untuk berbuka atau bersahur (jika tiada pihak yang menguruskannya), bekerja, maka terbatal tujuan i˜itikafnya pada hari itu. (maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Aishah).
Antara i˜itikaf dan belajar, mana lebih diutamakan?
Jika terdapat keinginan para pelajar di sebuah universiti yang tinggal di asrama berdekatan dengan masjid, maka belajar itu adalah lebih diutamakan daripada beritikaf, kerana belajar adalah wajib sementara i˜itikaf pula hukumnya sunnat. (www.islam-qa.com) bab mengenai i˜itikaf.
Apakah amalan tertentu untuk dilakukan ketika beritikaf?
Petunjuk Nabi Muhammad s.a.w dalam urusan i˜itikaf amat mudah, seluruh waktunya dihabiskan dengan berzikir kepada Allah SWT, zikir yang diertikan dengan mengingati Allah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, ia termasuk membaca dan bertadarus al-Quran (berdiskusi, menyelidiki), bersolat sunat (sila lihat Zadul Maad oleh Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah (2/90).
Ahli Jawatankuasa masjid atau surau ketika beritikaf yang mengadakan mesyuarat khas bagi merangka dan membincangkan aktiviti bertujuan meningkatkan prestasi iman dan takwa ahli kariah juga boleh dianggap ibadat kerana mengajak manusia untuk mengingati Allah.
Jika seorang yang bekerja yang terpaksa membawa balik bahan tugasan pejabatnya memandangkan ketibaan awal Syawal semakin hampir untuk disiapkan, tidak berkesempatan untuk beritikaf atau melakukan solat-solat sunat walaupun di rumah, hasratnya tinggi untuk buat, tetapi dihalangi dengan kesibukan tugasan pejabat yang mesti diserahkan keesokan hari, apabila dia tahu bahawa bekerja itu adalah ibadat, maka apa yang dilakukannya juga kerana ibadat, maka segala tindakannya itu adalah diterima sebagai salah satu tuntutan ibadat, namun dia perlu berusaha untuk cuba melakukannya pada malam-malam terakhir yang masih berbaki.
Remaja perlu minta izin kedua ibu bapa untuk beritikaf
Mungkin terdapat segelintir remaja yang baik budi pekertinya yang masih di bawah penjagaan kedua ibu bapa mereka berhasrat untuk beritikaf di masjid bagi meningkatkan hubungan dengan Allah SWT, perlu meminta izin daripada mereka berdua, kerana patuh kepada mereka berdua adalah wajib sedangkan i˜itikaf adalah sunnat, ia bertujuan bagi memastikan agar ibadat i˜itikaf yang dilakukannya mengikut peraturan yang telah digariskan oleh hukum Syaraâ.
Pahala beritikaf
Sabda Rasulullah seperti yang difirmankan Allah dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud : Apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Ku bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnat hingga Aku menyukainya, apabila Aku menyukainya maka Akulah yang akan menjadi pendengaran apa yang didengarnya, menjadi penglihatan apa yang dilihatnya, tangannya bertindak sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan, kakinya melangkah pada apa yang sepatutnya dilakukan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari 6502).
Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Sesiapa yang beritikaf dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, sesungguhnya dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah. (Hadis riwayat ad-Dailami daripada Aishah r.a).
Peranan kita pada malam-malam terakhir Ramadan
1- Perlu kita ketahui, bahawa Allah SWT mahu menguji iman kita dengan pelaksanaan ibadat puasa selama sebulan Ramadan, bagi yang benar beriman, akan melakukan ibadat puasa dengan sungguh-sungguh adapun bagi yang berdusta, tidak sanggup untuk melakukannya dengan ikhlas kepada-Nya.
2- Kita berpuasa dengan niat untuk menyahut arahan Allah dan pahala-Nya.
3- Tidak menghabiskan puasa sehari suntuk dengan banyak tidur.
4- Kita perlu memperbaharui taubat kepada Allah.
5- Kita perlu memperbanyakkan doa, istighfar kepada Allah khususnya di bulan Ramadan, kerana ia menjanjikan kepada kita rahmat dan keampunan Allah serta pelepasan daripada api neraka.
6- Ketika berpuasa, kita perlu menahan pancaindera daripada terjebak pada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
0 komentar:
Catat Ulasan