Dah dua tiga hari Surau IP Kent dihias dengan lampu lip lap, maklumlah nak sambut raya.
Malam ni semua lampu marak, suasana sugguh meriah, bagi kita yang tak balik beraya kat kampung ni, dapat menikmati cahaya lampu lip lap pun kira ok dah.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya semasa tengah solat isya', teiba saja black out, surau saja, sekeliling terang benderang. Terpaksalah para jemaah bersolat dalam gelap dan kepanasan.
Terasa benar solat terawih malam ni kena malam lailatul qadr, tapi malam ni bukan malam ganjil, tak kesahlah, lailatul qadr tak semestinya malam ganjil, malam genap pun lailatul qadr boleh berlaku.
Selamat beribadat dan mengharapkan ganjaran dari Allah.
0 komentar:
Catat Ulasan