Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

20 Januari 2008

Kacau Bubur Asyura

20 Januari 200 bersamaan 11 Muharram 1429 - Surau Nurul Yaqin, IPGM Kampus Kent.

Sambutan Tahun Baru 1429 lebih meriah kali ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Satu majlis kacau bubur asyura telah diadakan hari ini. Sebanyak 2 kawah bubur asyura telah selamat masak pada jam 6 petang tadi. Satu kawah bubur beresepi pantai timur memakan masa hampir 9 jam untuk masak, sementara sekawah lagi beresepi utara, hanya 4 jam sahaja dikacau menunggu masak.


Pelajar dari program PISMP Bahasa Arab dan pelajar j-QAF bertungkus lumus mengacau bubur dalam suasana kekeluargaan bersama pensyarah-pensyarah JAPIM. Bermula dari jam 9 pagi tadi mereka sudah berada di Surau.

Pada malamnya, bubur asyura dihidangkan kepada semua jemaah. Satu suasana yang jarang-jarang dirasai oleh pelajar dan pensyarah IPGM Kent.

Diharapkan, majlis sebegini akan menjadi acara tahunan warga Kent.

Doa awal dan akhir tahun

Soalan yang seperti biasa timbul pada hari ini ialah membaca doa awal dan akhir tahun pada hari ini 30 zulhijjah, adakah ianya sunnah. surat khabar utusan Malaysia juga menyiarkan doa ini dan fadhilatnya. dikata oleh sahabat saya yang bertanya bersumberkan dari JAKIM. tidak kiralah sesiapaun yang membawa dan menyebarkannya maka saya telah menulisnya di dalam buku saya Amalan berzikir antara Sunnah dan rekaan manusia. doa ini diambil dari buku kecil Majmuk Syarif seperti berikut.


Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Syeikh al-Imam Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai.

(Sumber: http://abusyuaib.blogspot.com/)

Keutamaan Hari Asyura

Tidak ada sebarang amalan yang memiliki kelebihan untuk dilakukan pada hari 'Asyura MELAINKAN PUASA seperti yang thabit di dalam beberapa hadith Nabi saw, antaranya satu hadith dari Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw tentang (kelebihan) puasa 'Asyura. Nabi saw menjawab:

 أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

Maksudnya: "Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)

Para ulama umat Islam telah bersepakat menyatakan puasa 'Asyura ini termasuk di dalam sunah yang thabit dari Nabi saw. Disunatkan bagi setiap muslim melaksanakannya, Ia adalah hari yang kesepuluh Muharram. 

Adapun cara mununaikannya, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan: "Susunan (kelebihan) puasanya ada tiga, yang paling sempurna ialah puasa (dimulakan) sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, berikutnya (boleh juga) puasa pada hari kesempilan (Tasu'aa) dan kesepuluh ('Asyura), terdapat banyak hadith dalam perkara ini, berikutnya pula (boleh juga) puasa pada sepuluh Muharram sahaja." (Zaad al-Ma'ad. 2/76)

Adakah Kelebihan-kelebihan yang lain ?

Tidak ada kelebihan lain pada hari 'Asyura melainkan puasa sahaja. Jika ada kelebihan-kelebihan lain ia datang dari sumber yang tidak sahih dari Nabi saw. Sebagai contoh satu riwayat yang dikatakan hadith:

من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته

Maksudnya: "Sesiapa yang meluaskan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun."
Hadith ini adalah diriwayatkan dalam beberapa bentuk, namun satupun daripadanya tidak sahih seperti yang telah dijelaskan oleh al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali di dalam  Latoif al-Ma'arif (113). al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata: "Demikian itulah kesemua jalan-jalan hadith ini, berlegar dengan periwayat-periwayat yang Mungkar dan Majhul, barangkali juga mereka dari kalangan orang-orang yang memusuhi Hussain r.a. yang memalsukan hadith kelebihan memberi makan, memakai celak dan selainnya pada hari 'Asyura sebagai bertentangan dengan Syi'ah yang menjadikan hari ini hari kesedihan terhadap Hussain r.a. yang telah dibunuh pada hari tersebut." (Tamam al-Minnah : 411-412)

Perkara yang sama juga terhadap kelebihan menghidupkan malam 'Asyura atau solat sunat 4 rakaat padanya, ziarah kubur pada hari 'Asyura dan sebagainya yang bersumberkan hadith tidak sahih. Sebahagian orang ada juga yang mendakwa pada hari 'Asyura inilah berlakunya taubat Nabi Adam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh atas bukit al-Juudi, kembalinya Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub, selamatnya Nabi Ibrahin daripada api dan sebagainya, semua ini diriwayatkan daripada hadith-hadith yang palsu. (Sila lihat al-Fatawa al-Kubra. 2/248-249)-(melalui perantaraan laman islamonline.net)

wallahua'lam. 

Keutamaan Berpuasa pada Hari Asyura dan Tasu’a di Bulan Muharram

Di dalam kitab beliau Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi -rahimahullah- membawakan tiga buah hadits yang berkenaan dengan puasa sunnah pada bulan Muharram, yaitu puasa hari Asyura / Asyuro (10 Muharram) dan Tasu'a (9 Muharram)

Hadits yang Pertama

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu 'anhuma-, "Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada hari 'Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya". (Muttafaqun 'Alaihi).

Hadits yang Kedua

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Abu Qatadah -radhiyallahu 'anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari 'Asyura. Beliau menjawab, "(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu". (HR. Muslim)

Hadits yang Ketiga

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu 'anhuma- beliau berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan" (HR. Muslim)

TAKHRIJ HADITS

• Hadits yang pertama telah dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Ash-Shaum no hadits 2003, Al-Imam Muslim di dalam Ash-Shiyam no hadits 128, serta Abu Dawud dalam Ash-Shaum no hadits 2444.

• Hadits yang kedua telah dikeluarkan oleh Al-Imam Muslim di dalam Ash-Shiyam no hadits 197, serta Abu Dawud dalam Ash-Shaum no hadits 2425, At-Tirmidzi dalam Ash-Shaum no hadits 767, serta Imam Ahmad dalam musnadnya (4/25)

• Hadits yang ketiga dikeluarkan oleh Al-Imam Muslim di dalam Ash-Shiyam hadits no 34, Ahmad dalam musnadnya (1/225) dan Ibnu Majah di dalam Ash-Shiyam (1736)

(Lihat takhrij Syarh Riyadhus Shalihin)

FAEDAH HADITS

Hadits-hadits di atas menjelaskan kepada kita tentang disyariatkannya berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram). Begitu pula pada hari Tasu'a (9 Muharram) sebagaimana yang akan diterangkan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin – rahimahullah Ta'ala -

Beliau berkata (Syarh Riyadhush Shalihin, Ibnul Utsaimin),

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura, beliau menjawab, 'Menghapuskan dosa setahun yang lalu', ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya –pent). Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa 'Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, ed.) Tasu'a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan', maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu'a.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah 'Asyura [1] dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi karena hari 'Asyura –yaitu 10 Muharram- adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir'aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir'aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.

Oleh karena itu, setelah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahwa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura [2]. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, "Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir'aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah". Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata, "Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian".

Kenapa Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Karena Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

"Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman". (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, dikarenakan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka beliau shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa 'Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh ('Asyura), atau ketiga-tiganya. [3]

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa 'Asyura terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari 'Asyura dan Tasu'ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari 'Asyura dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama. [4]

3. Berpuasa pada hari 'Asyura saja, sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh). [5]

Wallahu a'lam bish shawab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy, muraja'ah dan catatan kaki: Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Rifai)

CATATAN KAKI:

[1] Adapun hadits yang menyebutkan perintah untuk berpuasa setelahnya (11 Asyura') adalah dha'if (lemah). Hadits tersebut berbunyi:

صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود صوموا قبله يوما وبعده يوما . -

"Puasalah kalian hari 'Asyura dan selisihilah orang-orang yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya. (HR. Ahmad dan Al Baihaqy. Didhaifkan oleh As Syaikh Al-Albany di Dha'iful Jami' hadits no. 3506)

Dan berkata As Syaikh Al Albany – Rahimahullah- di Silsilah Ad Dha'ifah Wal Maudhu'ah IX/288 No. Hadits 4297: Penyebutan sehari setelahnya (hari ke sebelas. pent) adalah mungkar, menyelisihi hadits Ibnu Abbas yang shahih dengan lafadz:

"لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع" .

"Jika aku hidup sampai tahun depan tentu aku akan puasa hari kesembilan"

Lihat juga kitab Zaadul Ma'ad 2/66 cet. Muassasah Ar-Risalah Th. 1423 H. dengan tahqiq Syu'aib Al Arnauth dan Abdul Qadir Al Arna'uth.

لئن بقيت لآمرن بصيام يوم قبله أو يوم بعده . يوم عاشوراء) .-

"Kalau aku masih hidup niscaya aku perintahkan puasa sehari sebelumnya (hari Asyura) atau sehari sesudahnya" ((HR. Al Baihaqy, Berkata Al Albany di As-Silsilah Ad-Dha'ifah Wal Maudhu'ah IX/288 No. Hadits 4297: Ini adalah hadits mungkar dengan lafadz lengkap tersebut.))

[2] Padanya terdapat dalil yang menunjukkan bahwa penetapan waktu pada umat terdahulu pun menggunakan bulan-bulan qamariyyah (Muharram s/d Dzulhijjah, Pent.) bukan dengan bulan-bulan ala Eropa (Jan s/d Des). Karena Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mengabarkan bahwa hari ke sepuluh dari Muharram adalah hari di mana Allah membinasakan Fir'aun dan pengikutnya dan menyelamatkan Musa dan pengikutnya. (Syarhul Mumthi' VI.)

[3] Untuk puasa di hari kesebelas haditsnya adalah dha'if (lihat no. 1) maka – Wallaahu a'lam – cukup puasa hari ke 9 bersama hari ke 10 (ini yang afdhal) atau ke 10 saja.

Asy-Syaikh Salim Bin Ied Al Hilaly mengatakan bahwa, "Sebagian ahlu ilmu berpendapat bahwa menyelisihi orang Yahudi terjadi dengan puasa sebelumnya atau sesudahnya. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam,

صوموا يوم عاشوراء و خالفوا فيه اليهود صوموا قبله يوما أو بعده يوما .

"Puasalah kalian hari 'Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya".

Ini adalah pendapat yang lemah, karena bersandar dengan hadits yang lemah tersebut yang pada sanadnya terdapat Ibnu Abi Laila dan ia adalah jelek hafalannya." (Bahjatun Nadhirin Syarah Riyadhus Shalihin II/385. cet. IV. Th. 1423 H Dar Ibnu Jauzi)

[4] (lihat no. 3)

[5] Asy-Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan,

والراجح أنه لا يكره إفراد عاشوراء.

Dan yang rajih adalah bahwa tidak dimakruhkan berpuasa 'Asyura saja. (Syarhul Mumthi' VI)

Wallaahu a'lam.

19 Januari 2008

Pelajar j-QAF Ambilan 2008

Pelajar j-QAF Ambilan 2008 telah hadir melapor diri pada 14 Januari lalu dan kini telah selesai mengikuti Minggu Pengurusan. Mereka akan ditempatkan ke sokolah pada 24 Januari ini.

Sebelum ke sekolah, mereka akan bersama JAPIM selama seminggu. Dalam masa ini, meeka akan diperkenalkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan, Buku Teks, kaedah pengajaran secara sepintas lalu dan berbagai lagi yang mungkin akan membantu mereka bila di sekolah nanti.

18 Januari 2008

Kenangan Konvo j-QAF 2006

Tahniah. 4 pelajar "Cemerlang" peringkat IP Kent.

Kenangan Konvo j-QAF 2006



Sebahagian pelajar yang hadir di majlis konvo bergambar bersama pensyarah dan puan penngarah




Tahniah. 4 pelajar cemerlang di peringkat IP Kent

17 Januari 2008

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah s.a.w.

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.

Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama’ yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.

2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.

16 Januari 2008

Program j-QAF diperluas ke kelas pendidikan khas

Oleh Rosniza Mohd Taha
 

30 sekolah terpilih laksana amali solat, iqra untuk murid istimewa


PROGRAM Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang sebelum ini dilaksanakan di sekolah rendah akan diperluaskan ke 2,366 kelas Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PIPKMP) serta 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) secara berperingkat, mulai tahun ini hingga 2014.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran, Rozainum Ahmad, berkata kira-kira 12,000 murid pendidikan khas seluruh negara dijangka mengikuti program itu, selain membuka peluang 700 jawatan guru j-QAF Pendidikan Khas.

Beliau menjelaskan, buat permulaan sebanyak 30 sekolah yang menyertai PIPKMP akan melaksanakan j-QAF mulai 28 Januari ini, menggunakan dua modul iaitu Modul Amali Solat bagi fardhu Ain dan Modul Kaedah Iqra' untuk tilawah al-Quran.

Katanya, seramai 30 guru j-QAF Pendidikan Khas sudah melaporkan diri di institut pendidikan guru kelmarin untuk mengikuti program orientasi dua minggu dan seterusnya menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di sekolah terbabit.

"j-QAF Pendidikan Khas ini sebahagian usaha melaksanakan program Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah teras dua dan empat iaitu membangunkan modal insan serta merapatkan jurang pendidikan.

"Kurikulumnya berdasarkan kurikulum j-QAF aliran perdana yang disesuaikan mengikut tahap kemampuan murid pendidikan khas.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Bahagian Pendidikan Guru atas kerjasama menempatkan guru j-QAF di 30 sekolah PIKPMP," katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam.

Rozainum berkata program itu dilaksanakan setelah kejayaan projek rintisnya pada Julai hingga Oktober lalu di 12 sekolah PIKPMP membabitkan 100 murid pendidikan khas.

"Semua murid pendidikan khas yang menyertai program rintis berjaya mencapai sasaran menguasai Iqra 1 dalam tempoh 10 minggu, manakala empat dipilih sebagai murid cemerlang dengan pencapaian melebihi sasaran iaitu menguasai Iqra 3 dalam tempoh berkenaan," katanya.

Beliau berkata, j-QAF untuk SKPK akan dimulakan tahun depan menerusi projek rintis di empat sekolah kategori masalah penglihatan dan pendengaran.

"Pelaksanaan j-QAF di SKPK mengambil masa lebih lama untuk dimulakan kerana ia memerlukan alat pengajaran dan pembelajaran khas seperti al-Quran Braille bagi tilawah murid masalah penglihatan," katanya.

Tahun Baru Cina: Sekolah cuti enam hari

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Semua sekolah diberi kebenaran mendapatkan cuti tambahan pada 6, 10 dan 11 Februari ini untuk dirangkumkan dengan cuti umum Tahun Baru Cina yang disambut pada 7 dan 8 Februari.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permohonan serta pandangan pihak sekolah dan ibu bapa mengenai cuti tambahan berkenaan.

"Bagi negeri yang hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu, sekolah boleh bercuti pada hari Rabu 6 Februari dengan mengambil cuti peristiwa dan dibenarkan mengambil cuti berganti pada Ahad 10 Februari dan Isnin 11 Februari.

"Persekolahan pada hari-hari cuti berganti itu hendaklah digantikan pada hari Sabtu 19 dan 26 Januari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alimuddin berkata, bagi negeri-negeri yang hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad, sekolah boleh mengambil cuti peristiwa pada hari Rabu 6 Februari.

Katanya, sekolah terbabit juga dibenarkan mengambil cuti berganti pada Isnin 11 Februari.

Peraturan Baru Pakaian Batik Bagi Kakitangan Awam

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Bermula minggu ini semua kakitangan awam lelaki perlu memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Beliau berkata pekeliling kerajaan untuk penguatkuasaan peraturan itu telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan akan dihantar ke semua jabatan kerajaan secepat mungkin.

Sebelum peraturan baru itu, kakitangan awam lelaki dikehendaki memakai baju batik hanya pada 1 haribulan dan 15 haribulan pada setiap bulan.

"Sebelum ini, ia (peraturan memamakai baju Batik) hanya pada hari Sabtu, pada ketika itu mudah untuk diingat. Tetapi oleh kerana ia diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan, orang mudah lupa. Kita akan kembali semula kepada sistem lama...yang lebih mudah untuk diingat.

"Kita hanya benarkan pengunaan baju batik Malaysia dan bukan yang lainnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di sini.

-- BERNAMA

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata