Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

16 Januari 2008

Program j-QAF diperluas ke kelas pendidikan khas

Oleh Rosniza Mohd Taha
 

30 sekolah terpilih laksana amali solat, iqra untuk murid istimewa


PROGRAM Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang sebelum ini dilaksanakan di sekolah rendah akan diperluaskan ke 2,366 kelas Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PIPKMP) serta 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) secara berperingkat, mulai tahun ini hingga 2014.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran, Rozainum Ahmad, berkata kira-kira 12,000 murid pendidikan khas seluruh negara dijangka mengikuti program itu, selain membuka peluang 700 jawatan guru j-QAF Pendidikan Khas.

Beliau menjelaskan, buat permulaan sebanyak 30 sekolah yang menyertai PIPKMP akan melaksanakan j-QAF mulai 28 Januari ini, menggunakan dua modul iaitu Modul Amali Solat bagi fardhu Ain dan Modul Kaedah Iqra' untuk tilawah al-Quran.

Katanya, seramai 30 guru j-QAF Pendidikan Khas sudah melaporkan diri di institut pendidikan guru kelmarin untuk mengikuti program orientasi dua minggu dan seterusnya menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di sekolah terbabit.

"j-QAF Pendidikan Khas ini sebahagian usaha melaksanakan program Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah teras dua dan empat iaitu membangunkan modal insan serta merapatkan jurang pendidikan.

"Kurikulumnya berdasarkan kurikulum j-QAF aliran perdana yang disesuaikan mengikut tahap kemampuan murid pendidikan khas.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Bahagian Pendidikan Guru atas kerjasama menempatkan guru j-QAF di 30 sekolah PIKPMP," katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam.

Rozainum berkata program itu dilaksanakan setelah kejayaan projek rintisnya pada Julai hingga Oktober lalu di 12 sekolah PIKPMP membabitkan 100 murid pendidikan khas.

"Semua murid pendidikan khas yang menyertai program rintis berjaya mencapai sasaran menguasai Iqra 1 dalam tempoh 10 minggu, manakala empat dipilih sebagai murid cemerlang dengan pencapaian melebihi sasaran iaitu menguasai Iqra 3 dalam tempoh berkenaan," katanya.

Beliau berkata, j-QAF untuk SKPK akan dimulakan tahun depan menerusi projek rintis di empat sekolah kategori masalah penglihatan dan pendengaran.

"Pelaksanaan j-QAF di SKPK mengambil masa lebih lama untuk dimulakan kerana ia memerlukan alat pengajaran dan pembelajaran khas seperti al-Quran Braille bagi tilawah murid masalah penglihatan," katanya.

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata