Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permohonan serta pandangan pihak sekolah dan ibu bapa mengenai cuti tambahan berkenaan.
"Bagi negeri yang hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu, sekolah boleh bercuti pada hari Rabu 6 Februari dengan mengambil cuti peristiwa dan dibenarkan mengambil cuti berganti pada Ahad 10 Februari dan Isnin 11 Februari.
"Persekolahan pada hari-hari cuti berganti itu hendaklah digantikan pada hari Sabtu 19 dan 26 Januari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alimuddin berkata, bagi negeri-negeri yang hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad, sekolah boleh mengambil cuti peristiwa pada hari Rabu 6 Februari.
Katanya, sekolah terbabit juga dibenarkan mengambil cuti berganti pada Isnin 11 Februari.
0 komentar:
Catat Ulasan