Radio KITA 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Radio Kita Untuk Kita Kita...
Launch in external player

Daftar Sekarang

Khas Untuk j-QAF Kent 2005 - .....

jqafkent Groups
Melanggan jqafkent
Email:
Lawat jqafkent groups

16 Januari 2008

Peraturan Baru Pakaian Batik Bagi Kakitangan Awam

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Bermula minggu ini semua kakitangan awam lelaki perlu memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Beliau berkata pekeliling kerajaan untuk penguatkuasaan peraturan itu telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan akan dihantar ke semua jabatan kerajaan secepat mungkin.

Sebelum peraturan baru itu, kakitangan awam lelaki dikehendaki memakai baju batik hanya pada 1 haribulan dan 15 haribulan pada setiap bulan.

"Sebelum ini, ia (peraturan memamakai baju Batik) hanya pada hari Sabtu, pada ketika itu mudah untuk diingat. Tetapi oleh kerana ia diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan, orang mudah lupa. Kita akan kembali semula kepada sistem lama...yang lebih mudah untuk diingat.

"Kita hanya benarkan pengunaan baju batik Malaysia dan bukan yang lainnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di sini.

-- BERNAMA

0 komentar:

Khat Arabi

الخط والكتابة العربية الخط والكتابة العربية ميم همزة
Publish at Scribd or explore others: Books grammar Religion-Islam

Sukatan Baru

Asas-Asas Penyelidikan Pendidikan

Belajar Khat

تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي mahmoud تعليم الخط في اللغة العربية للصف الأول الأساسي
Publish at Scribd or explore others: Study Guides, Notes, School Work تعليم خط الصف الأول

Doa Mengelak Wabak

Doa Mengelak Wabak

Mutiara Kata